Like Us On FB!

Saturday, 31 May 2014

Tips Ketika Cuaca Panas


Assalamualaikum,

Sekarang Intan berada di rumah mertua di Kluang, Johor.Keadaan cuaca disini sangat kering dan panas,asyik berpeluh je saya dan anak-anak..almaklum, sekarang ni musim kemarau..

Oleh yang demikian, kali ini saya nak share tentang tips-tips ketika cuaca panas untuk manfaat kita bersama =)

Matahari yang terik bersinar
So,cuaca panas sebenarnya memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesannya terhadap kesihatan kita boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).




Berikut adalah antara cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 

Elakkan daripada:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawa ini:

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Cuaca panas memberi idea kepada ibu-ibu di China untuk mencipta baju daripada buah .Kreatif sungguh!

Shaklee turut menawarkan produk yang mampu membantu anda untuk mencegah 'dehidrasi' dan memberi kecergasan kepada anda sepanjang hari. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk tersebut atau ingin tahu lebih lanjut,hubungi saya dengan segera ye?

FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


2 Comments:

good sharing...anyway..tq sbb singgah di blog saya...

tq datang~love your blog too :D

Post a Comment