Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Sunday 29 December 2013

Duniaku Dakwahku

Layan pula lagu ni,lagu tema Pencetus Ummah yang ditayangkan di saluran Astro Oasis - 106..nyanyian Altimet dan Ayai Illusi,under KRU production. 




Rancangan Pencetus Ummahni merupakan salah satu santapan rohani saya semasa berpantang.Content yang dipersembahkan oleh setiap peserta sangat bagus dan membersihkan jiwa.Yang saya 'tensen' sikit bila ada soalan-soalan daripada penonton yang menggetarkan jiwa dan meruntun hati yang mendengar. eg: soalan dari isteri kepada PU yang juga merupakan suaminya,soalan dari ibu kepada PU yang juga merupakan anaknya,dan etc.Pada minggu ke 4,PU Rahmat mengulas tentang Ayat-ayat Cinta,dan mendapat soalan daripada seorang mualaf yang berkelainan upaya yang  berjiwa besar ingin menjadi seorang daie dan menyumbang kepada Islam.Anda boleh ikuti persembahan PU Rahmat dan soalan yang diajukan kepada beliau di bawah :
                                                                    
..

Harapnya lebih banyak inisiatif dari pelbagai pihak untuk menghasilkan produk-produk yang bermanfaat dan bertunjangkan shariah Islam sebagai alternatif kepada budaya hedonisme yang semakin mengancam akidah dan menumpulkan intelektual masyarakat Malaysia.





The Wedding Breaker by Evelyn Rose


Pernah dengar tentang novel The Wedding Breaking hasil karya Evelyn Rose?Hari ni saya dapat berita daripada Facebook yang penulisnya merupakan rakan satu batch saya semasa berada di SMS Pasir Puteh,Kelantan dulu..Wahhh,siapakah gerangan insan ini?Saya berteka teki seorang diri kejap.

So,apa lagi..saya gunakan khidmat En Google,and jenggggg! It’s Imannnnn!!!Wan Iman Wan Nazi,my friend satu kelas masa di SMSPP,selalu lepak and tido rumah dia bila pegi Sheffield masa belajar degree di UK. Merangkap teman satu course dengan Encik suami..hihi. Diam-diam sekarang dah bergelar sebagai penulis novel ye..Inshaallah,novel ini akan di’ dramakan’ di Slot Akasia menggantikan siri Playboy Itu Suami Aku pada hari Isnin-Khamis,pukul 7 malam. Boleh baca sinopsisnya di sini.



bersama pelakon-pelakon drama Arianna Rose

the said book

iman di interview oleh pihak media


I’m pretty much sure kawan-kawan Sheffield masih ramai lagi yang unaware about this..apa-apapun I am so happy for you,Iman. Hope you find what you really like/want to do in life...Semoga Iman akan menghasilkan buku-buku yang berkualiti dan banyak member pengajaran dan nasihat buat masyarakat khususnya anak-anak muda di luar sana.

Once again,good luck iman. Next time,try masukkan watak Intan dalam tu pulak…kasik angkat as heroin or datin-datin ke..keskes..(kidding).Buat kawan-kawan yang turut ingin menjadi penulis atau apa sahaja karier yang anda inginkan,don’t ever stop and give up. Contohi orang-orang yang telah berjaya…they may fall down,but they bounce higher and to a greater heights afterwards.Good Luck!

PS: saw Evelyn Rose di interview oleh Nasi Lemak Kopi O di TV 9 hari ini,tapi tak pay attention sebab sibuk melayan Zinnirah yang tak sihat.






Monday 2 December 2013

Congratulations : Saiful Firdaus' Wedding!

Assalamualaikum wbt..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada sepupu saya, Mohd Saiful Firdaus bin Hussin yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan Halyani pada 23 Disember 2013 di Ipoh,Perak. Dah lama sepupuku ini mencari pelengkap tulang rusuknya...Akhirnya berjaya juga,hihihi!!Tahniah Oh,I'm truly happy for you!!

Malangnya,saya tak dapat menghadirkan diri ke majlis beliau kerana masih berpantang di Kelantan. Tapi takpe,gambar-gambar yang diterima dari whatsapp menjadi pengubat duka..ecehhh...


The Bunting..ni sure gambar zaman menuntut kat German dulu,hehe..

Adikku Mat D ditangkap sedang berbual atau dalam bahasa kasarnya 'flirting' with pengapit perempuan (Hihi Mat D,Kak Na gurau...jangan marah yee)

My dear Abah and Ummi..wondering bila nak dapat next menantu in our family..

Oh's big family..

Lovely couple...barakallah...

Majlis bertandang bagi pihak lelaki akan diadakan pada 7 Disember 2013 di Kota Bharu,Kelantan.Not sure if my Ummi will allow me to join the event. Tapi,masa tu dah masuk sebulan dah berpantang..so,boleh cuba negotiate untuk berjalan-jalan melihat alam setelah sekian lama dikuarantin di rumah..the best thing is,my hubby will be coming back to KB for the weekends,hurrayyy!!!Adalah pembantu dan penghibur tambahan untuk menjaga 2 anak dara :)

Apa-apapun buat Oh dan Yani,selamat melayani bahtera sebagai suami isteri...banyakkan bersabar dan bersepakat dalam berumah tangga ye..Buat cousinku Oh,jaga isteri baik-baik...she's your amanah,dan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadamu akan di soal di akhirat kelak..Buat Yani,please take care of my cousin..hopefully kita boleh jumpa,borak dan gossip-gossip nanti..buat awek-awek dan jejaka-jejaka yang masih bujang dan belum bertemu jodoh...jangan putus asa untuk berusaha dan berdoa banyak-banyak kepada Allah...moga-moga Dia akan menemukan kita dengan jodoh yang terbaik,di waktu dan tempat yang terbaik,inshaAllah...

Daa~

Sunday 1 December 2013

Reflection During Confinement - Day 28

Whoaa..dah hari ke 28 since I delivered healthy Zinnirah to this world!Baru sedar bilamana saya menerima SMS dari seorang junior yang saya kenali semasa menuntut di UK dulu. To be honest, saya tak kira dan tak ingat sebab diri ini sebenarnya takdelah berpantang mana,hihihi...ampun Ummi!Anakmu ni nakal sikit,itu yang terbabas sana sini..hihihi..

Happy and Carefree

My family said I looked so happy and carefree...ehemmmm2...yelah,siapa tak carefree kalau makan pakaian dijaga..ada bantuan tambahan kalau kita memerlukan pertolongan..macam Tuan Puteri gituuuu!Tambahan pula dah lama saya tak masuk office,fikirkan tentang kerja yang tak akan habis...Huk!tak nak masuk ofis..=(

Hakikatnya,I really-really-really need this long break...I really need time for my family,and of course for myself as well. Pernah tak dengar, semakin kita jauh dari ofis,semakin kita menjadi diri yang sebenar?hihi..sebab tula kalau orang nak jalan-jalan or nak pergi menenangkan diri,nak pi jauh-jauh...kalau boleh oversea terusss,kelasssss!

Alhamdulillah,masa berpantang ni saya manfaatkan sebaiknya...This is the best time to reflect balik apa yang saya mahukan dalam hidup dan kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ni. This is the time to recharge yourself and start a new beginning..dalam maksud kata yang lain berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Kadang-kadang suasana sekeliling kita kurang membantu dalam membentuk dan mengekalkan jati diri yang baik.Sebagai contoh,ada yang menghadapi cabaran pasangan yang pesimis dalam setiap perkara dan kurang memberi sokongan kepada kita.Ada pula yang memiliki rakan-rakan dan jiran yang suka menyebarkan fitnah dan talam dua muka..Seterusnya cuba menyebarkan cas-cas yang negatif kepada kita. Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, pasti sukar sekali kita menangkis bedilan peluru negatif tersebut dan senantiasa bersikap positif dihadapan ramai.But yeah,let's keep telling ourselves to remain positive no matter what happen.Keep Moving FORWARD!Jangan pula bila orang being pessimist dan memburukkan sesuatu perkara, kita join sekali..hehe..




Buat wanita-wanita yang bakal menjadi ibu dan berpantang, rebutlah peluang berpantang ini untuk menilai kembali hubungan kita dengan manusia dan Allah SWT selaku Sang Pencipta. Agak-agak kalau kita jumpa dengan Rasulullah SAW sekarang, would he be happy to see us menguruskan kehidupan seharian selama ini?Redha Allalhkah dicari atau redha manusia yang kita dambakan?Set our target and priority in life..Bagi kaum lelaki,I'm so sorry sebab you guys tak dapat cuti panjang-panjang macam kaum wanita..TAPI, kita  still wajib untuk cermin kembali diri ini dan improve dari semasa ke semasa ye?

Jappp...awattt,tak ada masa? 

Well,find one! =)

Jangan biarkan diri ini terus tidak terarah..fikir apa yang anda mahu dalam hidup dan tetapkan tekad untuk menggapainya.

‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)


JANGAN menjadi PEMUJA DUNIA.