Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Friday 13 February 2015

Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Usai sampai di Melaka selepas Maghrib,Intan tertidur kepenatan...sehinggalah 2.30 pagi,baru terjaga di tengah malam.

Now,tak boleh tidur...seakan tak percaya bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah meninggalkan dunia ini.Pemergiannya yang ditangisi ummah, mengetuk akal dan jiwa ini serta merta.Hati bertanya...

Sejauh mana aku sudah menyumbang kepada masyarakat dan dalam gerakerja dakwah?

Adakah aku sudah siap merangka perjalanan hidupku untuk agama?

Sudahkah aku persiapkan diri untuk bertemu dengan malaikat maut?

Malu rasanya untuk menjawab soalan-soalan ini,cukup malu...sedangkan dunia ini sungguh singkat untuk kita berlengah-lengah..

Kematian TGNA dimuliakan lagi di malam Jumaat (9.45pm) dan bersamaan tarikh syahidnya Imam Hassan Al Banna (12 Februari),seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi.

Ya Allah,sesungguhnya,kami menjadi saksi akan kesungguhan TGNA dalam dakwah dan membawa arus perubahan kepada ummah khususnya di Kelantan.Tok Guru merupakan nakhoda/pemimpin/idola rakyat(i.e. kami)  sepanjang hayat beliau...He's our Umar...

Rehatlah duhai Sang Murabbi..Terima kasih atas sumbangan dan jasamu kepada ummah.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat sana,inshaAllah...