Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Saturday, 19 July 2014

Shaklee dan Israel

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas, kecoh sekejap dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Shaklee ni menyumbang kepada dana negara Israel..Abang sulung saya yang doktor pun ada menghantar mesej,meminta saya untuk memeriksa perkara ini dengan lebih mendalam.Saya? Chilllllll aje..sebab seingat saya tak ada pula logo Shaklee dalam list boikot yang dikeluarkan oleh  Innovative Minds (inminds).Tapi tak mengapalah,sudah menjadi suatu tanggungjawab jika datang suatu berita,kena jalankan usul periksa dahulu supaya kita tidak berlaku zalim kepada sesiapa.

Jom mulakan siasatan.

1. First, kita lawat website tu dulu http://www.kenesethisrael.com/


Walla....ada lambang Shaklee kat bawah...Oppppps, tunggu kejappppp,jangan stop kat sini je. Klik lambang Shaklee tu dulu.Bila siasat,kena habis-habisan,sampai kita betul-betul puas hati... And it will land us here: http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html




Cantik website....tapi ni bukan website Shaklee ye.. Address website Shaklee ialah www.shaklee.com .

2. Klik About Us,bahagian Our Team.



Terpampanglah nama pemilik website ini yang juga merupakan Shaklee Independent Distributor(SID) @Pengedar Bebas Produk Shaklee di US yakni Roz Fishman dan David Miller yang mungkin salah seorang daripada ahli Congregation Keneseth Israel.

Siapakah Roz Fishman dan David Miller ini?Mereka juga adalah pengedar bebas produk Shaklee seperti saya dan SID yang lain.Assuming saya dan Puan A ada jual Shaklee. Saya sedekahkan duit profit margin atau duit bonus Shaklee saya kepada kerajaan Hamas,tapi Puan A tak. Adakah ini bermaksud Shaklee ada memberi sumbangan kepada dana kerajaan Hamas?Jawapannya ialah TIDAK.Sebab duit tersebut adalah hasil titik peluh saya, dan saya berhak untuk melaburkannya ke mana yang saya mahu.

Satu lagi, apakah anda tahu what is the congregation all about?

Keneseth Israel Congregation is a traditional, egalitarian, Conservative synagogue. We are a warm and open congregation and welcome all to participate in our activities: spiritual, educational, and social.
Synangogue mengikut Dictionary.com bermaksud:
  1.  Jewish house of worship, often having facilities for religious instruction.
  2. an assembly or congregation of Jews for the purpose of religious worship.
  3. the Jewish religion; Judaism.
Kalau mengikut pembacaan dan pemahaman saya daripada website berkenaan,ia adalah sebuah komuniti untuk orang Jewish di Louisville.Mereka adalah pengikut Judaism,Israelis,tapi mereka bukan puak Zionis.Sama juga jika diberi contoh Malaysia.Saya Malaysian,Melayu Muslim,tapi saya bukan pengikut ajaran Ayah Pin atau Al Arqam.

Ada sahaja possibility ini adalah strategi SID ini untuk menarik customer, khususnya orang-orang Jewish US untuk membeli produk Shaklee dengan mereka.Al maklum,membeli sambil menderma.Itu strategi dan hak masing-masing.Kalau SID Malaysia nak berbuat demikian pun boleh.Hasil jualan tersebut kita agihkan sedikit untuk saudara-mara kita yang memerlukan termasuklah penduduk Gaza yang diserang hebat oleh tentera Zionis sekarang.

Anyway, semalam Shaklee juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kaitan Shaklee dan Keneseth Israel.


Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kembali keadaan.

Buat semua pembaca, saya harap anda selidik dengan cermat dan terperinci terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum share tentang perkara ini di media sosial.Seperti yang disebut dalam al Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[Quran 49:6]
Jika anda ingin menegur sekalipun,nasihat saya tegurlah secara berhikmah dan lebihkan kepada 'seek for explanation' instead of membuat kenyataan yang bersifat tuduhan. InshaAllah,suasana akan lebih harmoni.

Buat SID lain,banyakkan bersabar dan maafkanlah mereka yang membuat kenyataan-kenyataan sebegini kerana mereka tidak tahu.Manusia ini sifatnya bukan sempurna,dan ada kelemahannya.Kita juga sama,sering berlaku salah bukan sahaja pada manusia,malah pada Sang Pencipta..So,0-0 ye? Berterima kasih juga kepada yang memberi pendedahan kerana kita lebih cakna dengan isu ini selepas ini :)

Allahualam...


Note: Cuba bersikap neutral..

Tuesday, 15 July 2014

Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku...

Wahai isteriku,

13hb Julai 1986, lahirnya engkau di Klinik Pancho, Kota Bharu. Dengan harapan besar umi dan abah agar anak perempuan mereka menjadi seorang wanita yang solehah dan lemah lembut apabila dewasa nanti, diberikan satu nama yang cukup indah dan lembut di bibir, Intan Nadia.

28 tahun telah berlalu. Alhamdulillah engkau kini telah bergelar seorang isteri dan juga umi kepada 2 cahaya mata. Isteri yang baik dan solehah untuk suaminya, dan juga seorang umi yang penyabar dan penyayang kepada kedua-dua orang puterinya.

Selamat hari lahir wahai isteriku. 28 tahun yang penuh suka dan duka, tersungkur dan bangun semula. Abang doakan tahun-tahun yang mendatang menjanjikan kejayaan buat isteriku tersayang, kejayaan di dunia dan akhirat insyaAllah. Ameen.

Yang Benar,
Abang Roy
Sang Suami

P/S: I'm still 27 =P


Friday, 11 July 2014

Lirik Bila Tiba ( Ost. Sang Kiai ) - Ungu


Assalamulaikum...

Lagu ni banyak berputar di corong radio,tapi saya tak pernah ambil pusing.Tak tahu pun lagu ni berkenaan kematian,hinggalah suatu hari ketika saya dan suami di dalam kereta , on the way ke rumah babysitter :

En Suami : (driving sambil menyanyi-nyanyi...perasan suara dia macam arwah Ustaz Asri Ibrahim dari Rabbani,hihi)

Saya : Beria nyanyiii...

En Suami : Lagu ni best...Tau tak lagu ni pasal kematian?Rare betul kumpulan bukan nasyid nyanyi lagu-lagu macam ni...And, lagu ni dia nyanyi sambil bunyi dia tarik dan hembus nafas..nak bagi lagi sedih..

Saya : Haa?Yeke...(ragu-ragu).Tak pernah pay attention pulak.Jap nak concentrate dengar...errrrmm,betulla..adalah dengar bunyi dia tarik nafas masa nyanyi tu, and I find it annoying bila dok concentrate kat buni tu...T.T

En Suami: Haha...abang suka!Lagu-lagu sedih banyak guna teknik macam ni tau...

Saya : (masih ragu-ragu . Tak percaya kat En suami T.T)

Asalnya saya kurang gemar lagu ini, tapi bila dengar balik banyak kali...eh, the melody is very nice, the lyrics is powerful...the so called teknik nak buat orang sedih tu pun takdelah obvious sangat...So,why should I not like it?Hihi..

Sekarang saya pun tukang nyanyi kalau naik kereta..(atau ketika berada atas motor).Saya kongsikan lirik dan lagunya di bawah untuk penghayatan bersama.






Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara

Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan

Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...

( Korus )
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooo...

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati

( Ulang Korus )




Note: Suka lagu peringatan dan memberi pengajaran :)


Thursday, 10 July 2014

Isu Gelandangan Di Malaysia


Recently memang kecoh dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Tengku Adnan Mansor berkenaan isu initiatif beliau untuk membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.Antara highlight dalam kenyataan beliau ialah masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di KL khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung.Then, dia tambah lagi rencah, katanya aktiviti-aktiviti soup kitchen ini juga menggalakkan mereka kekal bergelandangan dan tidak mempunyai pekerjaan.Ramai di antara gelandangan tersebut yang telah mendapat kerja kembali kepada kehidupan sebegitu kerana ianya lebih mudah.

So what he did under his capacity as Menteri is melarang sebarang aktiviti soup kitchen dilakukan dalam lingkungan dua kilometer daripada Lot 10 di Bukit Bintang yang mana meliputi satu kawasan besar dalam pusat bandar.Siapa yang yang menderma kepada gelandangan akan dikenakan denda RM150!(errrr....bukan ke kita perlu membantu insan yang memerlukan bantuan?Tapi kena penalti pula..)





First and foremost,saya berterima kasih kepada Datuk kerana prihatin dengan kebersihan kota raya Kuala Lumpur dan niat baik Datuk untuk membasmi masalah gelandangan ini.Cuma, saya berpendapat bahawa ini bukan satu langkah yang praktikal dan bijak.Kenapa?

  1. Kami lebih gembira jika kerajaan memberi tumpuan untuk menumpaskan sindiket peminta sedekah yang semakin berleluasa dan bukannya menghukum NGO mahu pun individu yang mahu memberi makanan secara percuma kepada golongan memerlukan.
  2. Soup kitchens biasanya memberi makanan berbungkus kepada golongan gelandangan ini.Dan golongan gelandangan ini biasanya akan membawa makanan-makanan ini kembali ke 'tempat tinggal' mereka samaada untuk dikongsi bersama pasangan/keluarga atau disimpan untuk jangka masa yang tertentu.
  3. Hidup sebagai gelandangan bukannya suatu hidup yang indah.Secara logiknya,tiada siapa yang sanggup tidur di kaki lima,berbumbungkan langit dan tidur dalam kesejukan semata-mata ingin mendapat sedikit makanan sekali atau 2 kali sehari.
  4. Bukan semua gelandangan ini memiliki kad pengenalan bagi pengesahan diri.Mereka mungkin foreigner,anak luar nikah,pelacur,penagih dadah,atau orang-orang biasa yang mungkin nasibnya tidak seberuntung kita.Tiada IC menyukarkan mereka untuk mendapat kerja,mendapatkan perkhidmatan perubatan di klinik/hospital dan sebagainya.
  5. Aktiviti soup kitchen ini bukan memberi wang ringgit kepada golongan gelandangan.Jika diberi wang ringgit,risiko penyalahgunaan wang tersebut adalah amat tinggi.Jadi program seumpama ini adalah langkah yang lebih sesuai untuk membantu golongan gelandangan meneruskan hidup mereka berbanding memberikan mereka duit,dan ianya tidak patut dihalang.
Beratur untuk menerima makanan

Saya pernah menyertai kumpulan PETRONITA yang bekerjasama dengan Charity Right untuk mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di Anjung Singgah,dan kawasan sekitarnya. Sungguh tak disangka-sangka,begitu ramai sekali yang beratur untuk mendapatkan makanan.

Masih tersemat diingatan kisah seorang aunty yang turut beratur untuk menerima makanan semasa kami bertugas mengagihkan makanan.Beliau memberitahu bahawa dengan satu bungkusan makanan yang diberi itu mampu membantu mereka bertahan sehingga seminggu.Beliau turut menyewa peti sejuk dengan membayar RM1 sehari untuk memastikan makanan yang yang beliau miliki bertahan lebih lama.

Perkongsian kisah hidup beliau benar-benar memberikan impak kepada kehidupan saya. Memberi satu peringatan untuk audit diri, di mana tahap kesyukuran ini kepada Ilahi terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikannya.

Oleh itu, saya harap kerajaan akan menimbang kembali cadangan-cadangan yang telah diwar-warkan berkenaan isu gelandangan dan soup kitchen ini. Apa yang penting ialah tugas kita untuk memulihkan semangat mereka dan bantu golongan ini sedaya upaya,at least to get their basic needs.Mungkin kita sedikit beruntung, tidak pernah berada at the lowest point of our life.Take some time to reflect, and put ourselves in their shoes (some tak ada shoes pun).Pastinya kita mengharapkan ihsan dan kebaikan daripada orang lain.

It's irony bilamana kerajaan mampu memberi rumah,maintenance etc yang berjuta-juta harganya kepada 2 ekor panda, tapi menghalang untuk memberikan bantuan kepada golongan gelandangan , i.e. mereka yang benar-benar dalam kesusahan dan memerlukan perkara-perkara asas, be it food,shelter etc .

Just my 2 cents =)