Like Us On FB!

Tuesday, 15 July 2014

Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku...

Wahai isteriku,

13hb Julai 1986, lahirnya engkau di Klinik Pancho, Kota Bharu. Dengan harapan besar umi dan abah agar anak perempuan mereka menjadi seorang wanita yang solehah dan lemah lembut apabila dewasa nanti, diberikan satu nama yang cukup indah dan lembut di bibir, Intan Nadia.

28 tahun telah berlalu. Alhamdulillah engkau kini telah bergelar seorang isteri dan juga umi kepada 2 cahaya mata. Isteri yang baik dan solehah untuk suaminya, dan juga seorang umi yang penyabar dan penyayang kepada kedua-dua orang puterinya.

Selamat hari lahir wahai isteriku. 28 tahun yang penuh suka dan duka, tersungkur dan bangun semula. Abang doakan tahun-tahun yang mendatang menjanjikan kejayaan buat isteriku tersayang, kejayaan di dunia dan akhirat insyaAllah. Ameen.

Yang Benar,
Abang Roy
Sang Suami

P/S: I'm still 27 =P


2 Comments:

nak kasi surprise tu...
patutla sebelum tu dia ada tanya lahir kat mana :P

Post a Comment