Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Friday 26 September 2014

Perpustakaan Awam Selangor

Assalamualaikum...

Based on tajuk,tentu korang dah tahu topik apa yang Intan nak bincang kali ni.Jadi,Intan nak bertanya suatu soalan yang cukup mudah...Dalam setahun dua ni,berapa kali korang dah melawat perpustakaan?Lalu kot sebelah perpustakaan tak dikira ye?Mesti mau masuk punyaaaa...

Haaa....ada sebulan sekali?Tu kira cukup hebat dah...Yang 'paling hebat,tak pernah jejak,hihi..Saya?Saya.....dah lama tak jejak semenjak keluar daripada universiti,hiiiii...2x5 jugak la.

Satu soalan untuk difikirkan bersama...Kenapa perpustakaan tidak ada dalam list kunjungan rakyat Malaysia?Sedangkan shopping malls dan pusat-pusat hiburan rakyat ni berpusu-pusu dihadiri oleh rakyat tempatan?Hihi...

Jawapannya mudah sahaja.

Perpustakaan di Malaysia tidak memiliki 'daya penarik'nya.No X Factor yang membuatkan kami mahu berkunjung ke sana lagi melainkan di musim peperiksaan sahaja (mungkin).Tak rasa the 'F' word - FUN! Which sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan budaya masyarakat yang tidak mesra buku-buku ilmiah, kurang berilmu dan berfikiran kritis.

Dulu-dulu semasa saya kecil,saya selalu berkunjung ke Perpustakaan Negeri Kelantan yang terletak berdekatan dengan Stadium Kota Bharu,Kelantan.Bila kawan-kawan sekolah rendah mahu ke sana,saya pasti akan cuba memujuk ibu bapa saya untuk menghantar saya ke perpustakaan juga.

Reason???

Tak nak kalah dengan kawan-kawan yang lain..haha! Besides, saya cuba menanam persepsi bahawa siapa yang kerap datang ke perpustakaan adalah orang-orang yang pandai,dan saya juga mahu menyaingi kepandaian rakan-rakan saya di sekolah :P

Setelah sekian lama masa berlalu,saya sudah lama tidak berkunjung ke mana-mana perpustakaan melainkan perpustakaan di universiti untuk study last minute sebelum exam,haha..Itu masa saya di Nottingham UK,suasana perpustakaannya agak kondusif untuk belajar (dan tidur :P).

Jadi pada hari weekend tempoh hari, kami telah membawa Zunnurain dan Zinnirah ke Perbadanan Perpustakaan Raja Tun Uda,Shah Alam di Seksyen 13,berdekatan dengan Kelab Golf Sultan Abd. Aziz Shah. Tempat ini berjaya di discover setelah kami menghadiri sebuah workshop keibu bapaan yang dianjurkan di sana.First time Intan set my eyes on it, memang terus jatuh cinta!I'm impressed....it really feels like going back to UK,lol. Modern facilities with nice surroundings..

Ni salah satu perpustakaan di Jubilee Campus,The University of Nottingham,UK.Cantik kan?Rindu awak 500% ~

Based on my readings, Perpustakaan Raja Tun Uda ini terbahagi kepada beberapa bahagian - kanak-kanak,remaja dan orang dewasa.Anda boleh lihat sendiri the 'charms' of this library..

Cool x?

No Games plzzz..teheeee...
Ni Zon Kanak-kanak riang cam Nur and Nia..


Tempat favorite - Reading Tree

Ia juga memiliki 2 gimnasium mini(1 untuk lelaki,1 untuk perempuan - suka,suka!) dan 1 gimnasium utama(campur lelaki & perempuan).Kalau nak walk in, bayar RM5 je untuk 3 jam.Kalau nak jadi ahli,bayar RM30 untuk keahlian seumur hidup + RM 40 untuk yuran bulanan.

They also had cafetaria,,bilik teater 3D,XD/6D,pusat siber dan bilik meeting.Saya tak pernah explore ke facilities tersebut melainkan ke salah satu bilik meeting di sana.So,tak boleh nak komen lebih-lebih,hihi...But the room is pretty much conducive.

Salah seorang daripada bekas penuntut UITM Shah Alam pernah memberitahu saya bahawa perpustakaan universiti mereka sangat crowded menjadikan ia kurang kondusif sebagai tempat untuk mengulangkaji pelajaran. So far, perpustakaan ini tak crowded,so no worries yea!

Oh,satu perkara penting yang perlu saya beritahu juga di sini!

Mereka menyediakan perkhidmatan coaster dan bas percuma daripada a beberapa tempat terpilih termasuk Kompleks PKNS dan kawasan Seksyen 18 (whee,dekat umah!).Check out the their schedule here!

So kawan-kawan, if you're looking for an educational place for your kids,or tempat untuk buat tesis/assignments/etc, I would recommended this place.Tak kenal,maka tak cinta...tapi kalau anda rasa nak berkapel2,jiwang2 kat sini,mintak maaf naaa...carik tempat lain,plzzzz.Ahakss!

Jemput datang !



Ibu dan anak mithali (sila ameenkan,plss...tq,hehe)