Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Sunday 19 October 2014

Set Diabetes/Kencing Manis Shaklee

Sumber: www.podiatrybrooklyn.com
Sumber: www.podiatrybrooklyn.com
Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih suka mencuba rawatan tradisional dan herbal. Ramai yang menjadikan rawatan hospital sebagai ‘last resort’ atau pilihan terakhir mereka.
Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Apa yang mereka tidak sedar adalah kelewatan mereka ke hospital itulah yang mengakibatkan doktor tiada pilihan lain. Pada kami, nyawa adalah lebih penting daripada kaki. ‘Life Before Limb’, itulah prinsip kami.

Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.

Pesakit kencing manis mudah mendapat masalah jangkitan ini akibat tiga keadaan pesakit kencing manis iaitu:
  1. Neuropathy – Ia adalah keadaan dimana terdapat kerosakan pada sistem saraf pesakit. Ia boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu ‘sensory’, ‘motor’ dan ‘autonomic’
  2. Vasculopathy – Vasculopathy pula merujuk kepada keadaan tidak normal pada system salur darah pesakit kencing manis. Sistem peredaran darah pesakit ini biasanya kurang baik akibat tersumbat yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen serta nutrien.
  3. Immunopathy – Immunopathy adalah keadaan di mana pesakit kencing manis ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan  kuman akibat kelemahan sistem pertahanan badan merek

Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Saya pernah mendapat pesakit yang melecur kakinya akibat daripada bertungku. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.

Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai penyakit kencing manis, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa doktor sekiranya kaki mereka terluka. Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!

Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:
  1. Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
  2. Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
  3. Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
  4. Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
  5. Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.
Pesakit kencing manis yang mempunyai luka atau ulser di kaki mempunyai 15 peratus risiko untuk menghadapi amputasi atau dipotong kaki mereka akibat kaki yang membusuk, bernanah dan mati (gangrene).

Marilah kita sama-sama menasihati kenalan kita mengenai kepentingan menjaga kaki dan mengawal paras gula dalam darah.  Lebih baik lagi ialah mengelakkan diri dan kenalan kita daripada menghidap kencing manis.

Antara supplemen Shaklee yang biasa dicadangkan untuk pesakit diabetes ialah gabungan antara B-Complex,GLA dan Zinc Complex.Jika anda memiliki bajet lebih, boleh gunakan Vivix.


Sekalipun anda mengambil makanan tambahan, nasihat dan ubat-ubatan daripada doktor sama sekali tidak boleh diabaikan.Sentiasa dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor-doktor bertauliah dari semasa ke semasa.

Credit: Dr Mahyuddin,Malaysian Medical Gazette


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Sunday 5 October 2014

Manfaat Herblax Shaklee

Beberapa hari yang lepas, adik ipar saya mengadu kepada Incik suami tentang masalahnya yang sudah beberapa hari tidak membuang hajat besar. Tak syok kan, bila kita tak ada masalah sembelit, ia akan membuatkan perut mengembung dan rasa yang sangat tidak selesa. Jika ini berlaku,ia adalah satu petanda bahawa pengambilan air dan serat dalam badan tidak mencukupi , menyebabkan najis menjadi keras dan  kering, lalu sukar untuk melalui usus.

Jadi, Intan dan suami cadangkan beliau untuk mengambil Herblax. Kami sudah mencuba untuk mencuci usus suka-suka i.e. detox sebelum ini,dan alhamdulillah kesannya amat menakjubkan!

Apakah antara kebaikan Herblax ini?

  • membersihkan najis yang tersekat dan membuang toksin dalam badan
  • meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut membantu mengembalikan proses semula jadi pembersihan usus (natural bowel movement)
  • mengempiskan perut
  • mengurangkan bau badan


So,apa yang terjadi setelah beliau mengambil Herblax?

Kali pertama, adik ipar saya mengambil 2 biji Herblax .Maksimum pengambilan Herblax sehari adalah 4 biji ,namun kebiasaannya 2 biji Herblax sudah mencukupi kerana kesannya agak kuat buat saya dan suami.

Tapi,mungkin usus adik ipar saya ni extra kebal sikit. Hari pertama tidak mendatangkan apa-apa hasil,melainkan pertambahan pembuangan air kecil sahaja.Saya kemudiannya mengesyorkan untuk meningkatkan dos kepada 4 biji dan mengingatkan beliau untuk minum air yang banyak.

Esoknya?Keluar habis apa yang patut dikeluarkan...hehe,alhamdulillah...

So,siapa ada masalah sembelit,boleh cuba Herblax ni..inshaAllah,kompem tak perlu kerut-kerut muka nak membuang pasni.Hihi..

Satu lagi kan, penting juga untuk kita detox usus kita,atau dalam kata lain membuang segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus.Apabila usus kita bersih dan sihat, barulah badan kita dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum.Oleh itu, Intan sangat sarankan kawan-kawan yang ingin mengambil supplemen turut membuat weekly detox dengan herblax ,agar tahap penyerapan nutrien di tahap optimum.

Cara Makan HerbLax?

Untuk detox dan kesihatan jangka masa panjang, digalakkan untuk mengambil herblax sebanyak 2 kali seminggu (2-4 biji sehari).

Harganya sangat berpatutan - harga runcitnya ialah RM52.50, untuk 120 biji tablet.

 Mahu tahu tentang produk ini dan jugak produk lain dengan lebih lanjut? Hubungi saya, Puan Intan di 019-762 6464.


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE