Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Sunday 10 May 2015

Manfaat Peppermint Ginger Plus

Jika anda mencari-cari supplemen untuk merawat senak perut dan angin berlebihan dalam badan, peppermint ginger plus Shaklee mungkin boleh membantu.Bahan semulajadi seperti halia dan pudina yang terdapat dalama produk ini digunakan secara tradisional untuk merawat sindrom gangguan usus (IBS).

Siapa yang perlukan Peppermint Ginger Plus?
  • Mereka yang kerap gastrik,kembung perut,masalah angin,dan pedih ulu hati
  • Ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness dan loya
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang mengalami masalah muntah selepas menjalani pembedahan
  • Mereka yang mengalami masalah cirit birit
  • Mereka yang gemar mengembara dan mabuk laut/darat semasa dalam perjalanan
  • Mereka yang menghadapi masalah sendawa dan penghadaman



Manfaat Peppermint Ginger Plus
  • Daun pudina yang terdapat dalam produk ini membantu untuk melegakan otot perut
  • Membantu melegakan sakit gastrik,pedih ulu hati dan cirit birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan akibat kemoterapi
  • Daun pudina meransang pengeluaran peluh,jadi ini menyekat demam akibat selsema
  • Melegakan sakit ketika haid,loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak
  • Satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia membantu untuk menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita
  • Melegakan sakit perut,kembung perut dan melegakan gejala flu
  • Membantu melegakan masalah alergi pada saluran usus
  • Melegakan masalah batuk dan kahak


Apa Yang Membezakan Shaklee dan Produk Lain? (Shaklee's Difference)

  • Peppermint Ginger Plus merupakan kombinasi rumusan 4 herba daripada Barat dan Timur iaitu pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis.
  • Dibuat daripada bahan semuladi,bukan sintetik
  • Dihasilkan daripada prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini
  • Sangat membantu melegakan  loya,gastrik,mabuk laut/darat,sendawa dan masalah penghadaman.
Maka, anda boleh menggunakan Peppermint Ginger Plus bagi menggantikan pil Chi Kit Teck Aun(cirit birit),panadol untuk rasa loya dan ubat angin ketika perut kembung.

3 in 1,best kan?Intan pasti  kawan-kawan yang lebih kurang sebaya dengan Intan sekarang, ramai yang tengah mengandung atau merancang untuk mengandung.Oleh itu,boleh jadikan produk ini sebagai kawan baik anda semasa tempoh kehamilan ye? :)

Jika anda berminat untuk dapatkan  Peppermint Ginger Plus,hubungi Intan di 019-7626464 atau PM sahaja Intan di FB samaada di personal page (Intan Nadia Taib) atau di fan page (Super Vitamin Shop)

Yang best,jika anda menjadi member bulan ini dengan pembelian sebarang produk,akan melayakkan diri anda untuk mendapat bonus PERCUMA Vitalea daripada pihak Shaklee!So,rugilah kalau tak jadi member sekarang,Vitalea merupakan multivitamin yang penting sebagai asas pembinaan tubuh kita,Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan.

Jadi,jangan tunggu lama-lama...hubungi Intan dengan segera.

Wassalam.



Thursday 2 April 2015

3 Tips Untuk Mudah Hamil

Ada dikalangan kita yang bunting pelamin...Ada yang lambat sedikit.Ada juga masih menanti sehingga kini...

This is one of my soft spot. Melihat kawan-kawan atau sanak saudara yang sangat mengingini kehidupan mereka dihiasi dengan bunyi tawa dan juga tangisan anak-anak kecil.Siapa yang tidak mahu bergelar mama/papa justeru mempunyai peluang untuk memeluk/mencium/bermain/dan lain-lain dengan anak sendiri?Zuriat inilah yang bakal menyambung generasi dan warisan keluarga kita.

Namun begitu,masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum cakna perihal kesuburan diri.Sekadar menganggap bahawa perlu berusaha untuk lebih kerap/kuat untuk meningkatkan potensi kehamilan adalah tidak tepat.Banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi kesuburan badan anda.Jom baca perkongsian Intan berkenaan tips-tips untuk mudah hamil.

1. Jaga Pemakanan dan Diet

Ini antara tips yang utama dan sangat penting. Anda perlu memastikan kesihatan badan anda adalah di tahap optimum sebagai persediaannya untuk conceive.Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

Bagaimana dengan supplemen?

Mengikut kajian pakar perubatan, asid folik dapat membantu merawat masalah kesuburan lelaki. Ia akan mengurangkankan kecacatan pada kromosom pada sperma lelaki.Sperma yang mengalami kecacatan apabila disenyawakan dengan telur ovum,akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Selalunya wanita yang mengalami keguguran  di peringkat awal kehamilan adalah disebabkan masalah ini.Untuk mengurangkan risiko ini, para suami dinasihatkan untuk mengambil asid folik daripada 700-1000mcg sehari.

Supplemen B Complex Shaklee yang mengandungi Asid Folik

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis.Bagi wanita,ia membantu dalam kematangan telur ovum,pembentukan palcenta dan ketika janin di'tanam' ke rahim. Bagi pasangan yang agak sukar untuk mendapatkan zuriat, perlu mengambil supplemen asid folik sebagai usaha untuk merawat masalah kesuburan. - Credit

2. Ketahui Waktu Subur & Ovulasi

Untuk mengira ovulasi kalkulator ini bagi mengira waktu subur anda.Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

 Alhamdulillah saya dan suami guna teknik jadual ni untuk merancang keluarga dan berhasil.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. 

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20


3. Elakkan/Kawal Tekanan Anda

Gaya hidup yang sibuk dan kompetitif membuatkan kita mudah penat dan stress.Stress akan memicu otak untuk mengirimkan signal yang mempengaruhi hormon yang mengendalikan ovulasi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Department Fisiologi,Medical College of Hoigo di US, stress boleh menurunkan kualiti hormon testosteron dan sperma dan kualiti sel telur ovum. Stress juga bisa mengganggu keintiman dan menurunkan hasrat untuk berhubungan seks.

Masalah pejabat,habiskan di pejabat sahaja k? Usah dibawanya pulang.Bila di rumah, tumpukan perhatian anda kepada keluarga dan pasangan.

Dear Stress,Let's Break Up ~
Ada banyak lagi tips-tips lain, tapi ini merupakan antara tips utama yang ingin Intan kongsikan bersama teman-teman. Kalau anda berminat nak tahu,boleh je mesej Intan di Facebook atau di whatsapp ye?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Good  luck!


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE













Friday 13 February 2015

Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Usai sampai di Melaka selepas Maghrib,Intan tertidur kepenatan...sehinggalah 2.30 pagi,baru terjaga di tengah malam.

Now,tak boleh tidur...seakan tak percaya bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah meninggalkan dunia ini.Pemergiannya yang ditangisi ummah, mengetuk akal dan jiwa ini serta merta.Hati bertanya...

Sejauh mana aku sudah menyumbang kepada masyarakat dan dalam gerakerja dakwah?

Adakah aku sudah siap merangka perjalanan hidupku untuk agama?

Sudahkah aku persiapkan diri untuk bertemu dengan malaikat maut?

Malu rasanya untuk menjawab soalan-soalan ini,cukup malu...sedangkan dunia ini sungguh singkat untuk kita berlengah-lengah..

Kematian TGNA dimuliakan lagi di malam Jumaat (9.45pm) dan bersamaan tarikh syahidnya Imam Hassan Al Banna (12 Februari),seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi.

Ya Allah,sesungguhnya,kami menjadi saksi akan kesungguhan TGNA dalam dakwah dan membawa arus perubahan kepada ummah khususnya di Kelantan.Tok Guru merupakan nakhoda/pemimpin/idola rakyat(i.e. kami)  sepanjang hayat beliau...He's our Umar...

Rehatlah duhai Sang Murabbi..Terima kasih atas sumbangan dan jasamu kepada ummah.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat sana,inshaAllah...















Wednesday 14 January 2015

Vitalea For Children dan Kelebihannya



Tempoh hari Intan ada jumpa specialist pediatrician untuk checkup Zunnurain dan Zinnirah. Ketika sesi checkup tersebut, doktor memberitahu bahawa kedua mereka berkongsi suatu masalah yang sama yakni kurang berat badan,it's way under the graph.Aiseyyymann...rasa macam budak-budakni cam berat je,rupa-rupanya selim melim sorang-sorang =(

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
So,Intan buat kesimpulan sendirilah...most probably sebab kurang makanlah,apetah lagi makanan berkhasiat. Anak-anak ini di fasa mahu bermain all the time, sampai kadang-kadang tak mahu makan sebab nak main je.So,mak ayah dialah tukang perabis makanan,which explains why badan kami semakin 'sasa' lately,haha!

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.So yeah, talk to doctors and follow his advice =)

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:


  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Tapi ada satu masalah...kebanyakan anak-anak sangat sukar mengambil pemakanan yang seimbang,apetah lagi nak memaksa mereka untuk makan sayur.Dehhhh...So,untuk membantu mereka melengkapkan kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan, dan mendapatkan kesihatan yang optimum, Intan syorkan Vitalea For Children~


Kenapa Vitalea For Children?

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  •  Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  •  Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas 
  • Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA 
  • Rasa yang sedap







Apa Yang Membezakan Vita-Lea for Children Chewable Berbeza Dengan Lain-lain Produk Di Pasaran?

  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan 
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti Yeszaa,kurangla sikit risiko kerosakan gigi kanak-kanak riang ni kan?
  • Pembungkusan BPA free
Siapa Yang Perlukan Multivitamin ini?

  • Yang kurang selera makan
  • Yang suka makan junk food
  • Untuk tingkatkan system imun
  • Yang kurang makan makanan berkhasiat
  • Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
  • Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
  • Yang selalu jatuh sakit
  • Yang kurang aktif


Untuk yang menghadapi masalah untuk mengunyah tablet, Intan syorkan Mealshakes Shaklee, untuk dibancuh bersama susu atau air kegemaran anak-anak.Semudah 1,2,3!

Mealshakes yang very nutritious!
Bulan January 2015 ini ada beberapa promosi menarik yang diadakan oleh pihak Shaklee. Antaranya ialah Buy 3 Free 1 Vitalea For Children. Jika anda mahu satu sahaja pun boleh dong~

Macam biasalah, contact Intan di 019-7626464 untuk mendapatkan harga tebaik untuk produk ini.Any enquiries, just direct dengan Intan di sini ye?

Cheriosss!

PS: Ada yang tanya shaklee kenapa harganya mahal dari  yang dulu Ini message dari pihak Shaklee

"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.

Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume 1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM 1.48 per serving compare to old formulation’s RM 1.20, which is an increase of only about 20%.

FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE







































Media Berkaitan