Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Saturday 31 May 2014

Tips Ketika Cuaca Panas


Assalamualaikum,

Sekarang Intan berada di rumah mertua di Kluang, Johor.Keadaan cuaca disini sangat kering dan panas,asyik berpeluh je saya dan anak-anak..almaklum, sekarang ni musim kemarau..

Oleh yang demikian, kali ini saya nak share tentang tips-tips ketika cuaca panas untuk manfaat kita bersama =)

Matahari yang terik bersinar
So,cuaca panas sebenarnya memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesannya terhadap kesihatan kita boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).




Berikut adalah antara cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 

Elakkan daripada:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawa ini:

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Cuaca panas memberi idea kepada ibu-ibu di China untuk mencipta baju daripada buah .Kreatif sungguh!

Shaklee turut menawarkan produk yang mampu membantu anda untuk mencegah 'dehidrasi' dan memberi kecergasan kepada anda sepanjang hari. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk tersebut atau ingin tahu lebih lanjut,hubungi saya dengan segera ye?

FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Friday 30 May 2014

Training Yang Seronok

Assalamualaikum dan hiii kawan-kawan,

Kali ini Intan nak share pasal sebuah training yang baru sahaja Intan attend for my company - Creating Your Learning Solutions. Training ini diadakan di PETRONAS Leadership Center , atau nama dulu-dulu yang glamer sikit PETRONAS Management and Training Centre(PERMATA) di Bangi. Training ini sebenarnya specifically untuk HR fraternity, especially yang performing capability function, namun tak ada halangan untuk fraternity lain join sama kalau mereka berminat.

Ada 16 peserta secara keseluruhannya ,hampir kesemuanya daripada Semenanjung Malaysia, 4 Sarawak dan 1 daripada Turkmenistan. Menariknya,peserta-peserta daripada Sarawak adalah technician plant di sana, dan sebenarnya mereka tersalah enroll training tersebut. Hanya menyedari pada hari kelas dijalankan,hahaha...Untuk pengetahuan,kebiasaannya training untuk Executive dan Non Executive ini diadakan secara berasingan...Jadi, peserta dalam training kali ini agak diverse, dan menjadi suatu cabaran buat our Trainer,Puan JJ to cater.

Hari Pertama

Pada hari pertama, kami belajar model ADDIE . Kalau nak create training program, kena pakai model ini lah..Tapi PETRONAS hebat (ecece,up sket employer saya), they use this model and introduce PETRONAS 6Es untuk Instructional Design Model . Siap paten lagi uolllsss!

Konsep ADDIE




Hari Kedua

Pada hari kedua,semua peserta perlu melakukan persembahan selama 3 minit dengan menggunakan basic prop.Intan present apa ye? Saya present How To Wear A Diaper To Your Baby dengan menggunakan alat bantuan video,teddy bear dan diaper,hahaha..ampeh kan? To be honest,sangatlah kurang preparation,haha!*malu* Yang lain-lain ada present pasal Breathing Technique untuk release stress, Teknik Membantu Bayi Yang Tersedak, How to Swaddle A Baby,dan lain-lain lagi.

Sampai giliran seorang kawan yang baru sahaja saya kenali di training ini,Aerna. Beliau menceritakan kisah anak keduanya yang sering sakit sawan bermula dari umur 8 bulan sehingga sekarang,umur 3 tahun kalau tak silap..Disebabkan sering diserang sawan, anak Aerna menghadapi masalah untuk berjalan,bertutur dan lain-lain.Suatu dugaan untuk ibu-ibu yang HEBAT dan TERPILIH sahaja. 

Intan memang kagum dengan semangat ibu bapa yang dianugerahkan 'special kids' i.e. kanak-kanak kelainan upaya. Mereka banyak membaca, membuat kajian sendiri,serta bergolok gadai demi memastikan anak-anak mereka mampu berjalan,berfikir dan bermain sebagaimana kanak-kanak yang lain.Terutamanya kaum ibu.I always salute your strength and patience..

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Intan senaraikan beberapa tips yang mungkin bermanfaat buat anda samaada dalam presentation mahupun lain-lain situasi:

Tips 1: Untuk menyampaikan tajuk presentation seperti Aerna memerlukan emosi yang sangat kuat.Hence,kita tidak digalakkan untuk melakukan presentation yang bersifat very personal unless jika kita mampu mengawal emosi diri.

Tips 2 : Apabila ingin menyampaikan komen terhadap penyampaian atau apa jua sekalipun, komen yang positive terlebih dahulu disusuli dengan perkataan "However","But",etc. Ayat kena cantik berlapis...Sebagai contoh, Mr Harun Aziz has presented his thoughts well,and very entertained. However, may I suggest for En Harun to use a prop  to make his presentation more interesting...haaa,kalau jadi Harun Aziz,anda terasa tak?Boleh terima kan?

Tips 3 : Jika anda present menggunakan whiteboard ataupun flip chart, pastikan anda diam ketika menulis di whiteboard atau flipchart,dan hanya bercakap ketika sudah habis menulis dan badan menghadap audiens.Ini untuk memastikan bahawa suara anda sentiasa jelas dan anda 100%  bersedia menyampaikan sesuatu kepada peserta.

Tips 4 : Setiap kali ada peserta yang bertanya, puji mereka.. eg : That's a very good question, Ms Yoona.Sure kembang, and lagi attentive pastu...

Tips 5 : Agak-agak anda, siapa yang dinobatkan sebagai the best speaker dalam 3 minute presentation tersebut?Untuk makluman, tempat pertama dan ke 2 diungguli oleh peserta technician daripada Sarawak. The technicians are not well verse in English,jadi mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Tapi mesej mereka jelas difahami, dan caranya kreatif dan menyeronokkan.So,siapa pun diri anda,masing-masing berpeluang untuk berjaya,cuma teknik dan caranya perlu tepat dan sesuai. PERCAYA bahawa anda MAMPU,inshaAllah success will follow.

So, ini gambar kami yang gembira semasa training..Harapnya next time ada training dan trainer yang interesting macamni lagi...


Aerna..berkongsi tentang keadaan anak beliau
Puan JJ,one of the best trainer I have ever met..tak perlu bukak nota langsung,haha
Razzy,how to get a good body shape..hehe
Tengah belajar breathing technique yang betul
Sharing on how to help choking baby
The 2 Intans
Our fitness trainer..he's a composer too..how cool is that?

FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Sunday 25 May 2014

Fakta Berkenaan Protein Soya - Dr Richard Brouse




Adakah kacang soya penyebab kanser?

Soya yang telah dimasak lama mengandungi sebatian-sebatian bersifat karsinogenik. Satu proses yang dinamakan TVP (textured vegetable protein) adalah proses penyebab kanser di mana ia berlaku apabila soya diproses dan perlu melalui laluan salur bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi. TVP ini yang lazimnya digunakan di dalam burger soya dan sosej soya. IA perlu dielakkan.

Bagaimana dengan kacang soya panggang?

Kacang soya kaya dengan lemak tumbuhan. Jika kacang soya dipanggang dan dimakan seperti kekacang, haba daripada proses memanggang akan mengubah lemak ini menjadi asid lemak trans yang kita ketahui adalah lemak yang menyebabkan kanser dan masalah jantung. Sekiranya kacang soya panggang ini disimpan lama,minyak di dalamnya akan berubah menjadi bersifat lebih karsinogenik. ELAKKAN makan kacang soya panggang.

Saya dapat tahu protein soya tidak baik untuk buah pinggang?

Protein haiwan lebih susah dihadam berbanding protein tumbuhan. Bagi kebanyakan orang yang mempunyai masalah penghadaman, protein yang tidak dihadamkan sepenuhnya akan membebankan buah pinggang. Protein dalam bentuk serbuk dan bersifat lebih mudah hadam adalah bentuk protein TERBAIK untuk dipilih. Protein bukan musuh – malah ia sangat perlu untuk kehidupan. Walaubagaimanapun, protein berlebihan boleh membebankan buah pinggang sekiranya anda mengambil protein dalam kadar lebih daripada 2 gram protein bagi setiap pound berat badan anda, DAN anda tidak mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi – ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Saya menghidap kanser payudara dan diberitahu saya tidak boleh mengambil soya?

Soya adalah makanan ‘phyto-estrogen’ yang mengandungi unsur yang menyamai komponen seperti hormon. Akan tetapi, kekuatan estrogen ini ialah 1/1000 berbanding estrogen badan yang bersifat lebih kuat. Oleh itu, adalah baik sekiranya anda memenuhkan system penghadaman dengan tepung soya mentah berkualiti tinggi kerana estrogen yang lebih lemah ini akan menyekat bahagian penerima estrogen daripada menerima estrogen badan dan melindungi badan daripada kanser yang hidup dengan estrogen.

Tujuh senarai semak perlu untuk mengetahui kualiti produk soya.


1) Adakah kacang soya ditanam secara organik?

Kajian menunjukkan kadar zat menurun dan kadar nitrat meningkat pada hasil tanaman yang diberikan baja kimia, berbanding dengan tanaman organik. Kehadiran nitrat dalam badan mempunyai kaitan dengan kanser. Maka, adalah penting untuk kita mengetahui racun serangga dan racun rumpai tidak digunakan langsung sepanjang proses penanaman. Memadangkan kacang soya adalah tumbuhan yang kuat, maka jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun berbahaya yang boleh membunuh yang dikenali sebagai Round Up. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu tahu produk soya yang dimakan, ditanaman secara organic.

 [Soya Shaklee ditanam secara organic] 

2) Adakah kacang soya diubah secara genetik? 

Soya yang telah diubah secara genetic adalah lebih murah dan kebanyakan syarikat pengeluar produk soya mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan.

 [Soya Shaklee telah disahkan sebagai soya non-GMO]

3) Adakah tepung soya anda mengandungi kesemua sembilan jenis asid amino perlu?

Satu daripada nilai paling berharga pada kacang soya ialah ia adalah sumber protein lengkap dan membekalkan kesemua sembilan asid amino perlu. Badan manusia memerlukan asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody dan enzim. Namun begitu, tidak semua kacang soya dihasilkan sama. Kandungan dan kualiti asid amino akan berbeza mengikut keadaan tanah, dan persekitaran tumbesaran serta penuaian. Jika satu sahaja asid amino perlu ini tiada, system imun badan manusia boleh menurun 30%, dan banyak fungsi utama badan boleh menjadi lambat atau berhenti berfungsi. Maka, adalah penting untuk setiap kelompok kacang soya yang dituai, diuji untuk kandungan asid amino sekiranya kita ingin mendapatkan bekalan soya yang terjamin kandungan sembilan asid amino perlunya. 

[Soya Shaklee mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu]

4) Adakah empingan soya dibasuh dengan alcohol atau air?

Membasuh menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sehingga 88%. Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus. Isoflavones juga bermanfaat untuk seimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang.

[Shaklee ESP menggunakan air]

5) Adakah unsur anti-tiroid dan anti-pertumbuhan di dalam soya mentah dibuang?

Orang asia yang banyak mengambil soya sejak dahulu, mengetahui tentang kehadiran unsur anti-pertumbuhan, anti-tyrosine dalam soya mentah. Kekurangan tyrosine boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan sindrom kaki resah. Oleh sebab itu, rakyat asia selalu memasak makanan berasaskan soya dalam tempoh yang singkat untuk menyahaktifkan unsur anti-tyrosine/anti-pertumbuhan. Shaklee telah mereka satu proses pengekstrakkan yang membuang unsur ini, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tahap mentah soya bagi menjamin kadar kandungan tertinggi untuk asid amino dan isoflavones yang sangat sensitif kepada haba.

 [ Shaklee Menggunakan cold extraction]

6) Adakah kacang soya anda masih mentah atau telah dipanaskan?

Asid amino sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, tindakan memasak protein menunjukkan kandungan asid amino musnah sehingga 50%. Jika seseorang individu mengamalkan diet berterusan yang kurang mengandungi asid amino,boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak mencukupi bagi otak, hormon dan tisu badan yang lain.

 [Soya Shaklee adalah dalam keadaan mentah] 

7) Adakah kalsium ditambah kepada tepung soya anda?

Terdapat sesetengah laporan yang menyatakan bahawa tepung soya bersifat sangat berasid dan boleh mengakibatkan kehilangan tulang kerana ia menyebabkan kalsium dikeluarkan daripada tulang. Kacang soya mentah adalah makanan neutral yang bukan bersifat asid atau alkali. Walaubagaimanapun, tindakan mengeluarkan minyak kacang soya menyebabkan tepung soya menjadi berasid. Maka, kalsium yang mencukupi (kalsium bersifat alkali) mesti ditambah kepada tepung soya agar ia menjadi neutral atau ia akan mengakibatkan masalah yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak pengeluar tepung protein tidak menambah kalsium dalam kadar yang mencukupi.

 [Soya Shaklee menmgandungi kalsium yang ditambah untuk seimbangkan pH]

Kemaskini protein soya – Dr Richard Brouse

Banyak kajian berkenaan protein soya sepanjang empat dekad telah membuat kesimpulan tentang kebaikan tahap kesihatan bagi keadaan seperti kolesterol tinggi, menopaus, mengurangkan risiko kanser, osteoporosis dan vaginitis. 


Credit: Master Jessnor Hafiz  Mat Jizat



FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Friday 16 May 2014

Kesan Sampingan Set Kanak-Kanak Hebat Shaklee

Anak anda sering jatuh sakit di nurseri?Kurang selera makan? Tidak fokus dalam kelas?

Sebagai ibu bapa, anda tentu mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

Jom dapatkan Set Kanak2 Hebat yang terdiri daripada Chewable Vitamin C, Omega Guard dan juga Mealshake yang berperisa French Vanilla.

Tapi tunggu sekejap...............dengar-dengar set ini ada kesan sampingan..Side Effect apa pula ni???





Haaa...kesan sampingannya macam si amoi dalam gambar di atas -  Sihat,Aktif,Ceria,Daya Fokus yang Tinggi dan Extra Rajin,hihi...

Selain itu, ia membantu untuk menguatkan sistem imunisasi anak2, meningkatkan selera makan, membantu menyelesaikan masalah sembelit dan membantu perkembangan mental mereka.

Seronok melihat anak-anak yang membesar dewasa, menjadi lebih bijak,cergas dan ceria dalam pelbagai perkara.Keletah mereka membuat kita tidak kering gusi.. 

Untuk dapatkan set ini, hubungi SID anda, Intan di 0197626464 atau PM sahaja saya di Facebook : Intan Nadia Taib . 

Harga bagi set cadangan untuk kanak-kanak ini sangat berpatutan:

Mealshake : RM113.75. Tahan 2-3 months bergantung kepada penggunaan dan umur anak
Omega Guard :RM136.Tahan untuk 3 bulan
Chewable Vit C: RM37.50.Tahan untuk 3 bulan

Anda boleh mengambil satu set Kanak-Kanak Hebat ini atau membeli produk tertentu sahaja.Setiap pembelian produk Shaklee melalui saya akan melayakkan anda untuk menerima konsultasi PERCUMA dan jadual pengambilan vitamin,juga secara PERCUMA.

Berikanlah yang terbaik untuk Si Manja Anda untuk membantu sel-sel otak mereka berhubung! =D

Toodles~


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE






Tuesday 13 May 2014

Mahalnya Shaklee...

'If you think that wellness is expensive, then try illness'

Suatu ketika dahulu, intan agak berkira untuk memperuntukkan sedikit duit untuk penjagaan kesihatan melalui pengambilan supplemen..Tak sedar bahawa pengambilan supplemen secukupnya boleh membantu untuk hidup lebih sihat, gembira dan bahagia

Manusia ini sifatnya tidak sempurna..Kita takkan sedar melainkan jika diberitahu atau kita sendiri yang jatuh sakit.Barulah mula menghargai nikmat kesihatan yang semakin berkurangan..

Untuk yang menginginkan penjagaan kesihatan bagi seluruh keluarga, disarankan untuk mengambil set kesihatan optimum yang terdiri daripada B Complex, Vitalea dan juga Vitamin C.

Selain daripada untuk mengimbangi nutrien dalam badan , ia juga menjadi nutrisi asas untuk mengatasi masalah kelesuan, mengurangkan stress dan memperkukuhkan sistem imunisasi badan.

Retail price:
B Complex - RM53.75, tahan 4 bulan.
Vitalea -RM 88.75, tahan 4 bulan.
Vitamin C -RM92.5, tahan 6 bulan.

Jimat okay!!

Daftar sebagai ahli dan anda jimat sehingga 20%.(jimat lagiiii).Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Intan di 0197626464.






FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Mealshake Percuma??

Assalamualaikum,

Pada setiap bulan,akan diadakan promosi bagi satu-satu produk yang terpilih. Untuk bulan Mei, produk tersebut ialah Mealshakes .Umum mengetahui bahawa Mealshake ini lebih dikenali sebagai supplemen terbaik untuk kanak-kanak bagi  membantu mengatasi masalah kurang selera makan,sembelit,sering demam selsema,dan lain-lain.Ramai yang kurang sedar bahawa supplemen ini juga sesuai buat orang dewasa termasuklah ibu mengandung dan ibu menyusu sebagai supplemen penjagaan kesihatan tubuh badan, milkbooster, tenaga dan juga penjagaan kecantikan.

Harga runcit bagi Mealshake ialah RM113.75.

Tapi tunggu sekejap....anda mahu Mealshake secara percuma?Ok,saya boleh ajar caranya.....ikuti sahaja langkah-langkah di bawah ini:



  1.  Beli 6 Mealshake,percuma 1. Boleh kongsi bersama ahli keluarga,sanak saudara,rakan-rakan dan lain-lain.
  2. Kalau ditambah pembelian dengan 1 Omega Guard, akan melayakkan anda untuk mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA! - worth RM75, keahlian seumur hidup, boleh menikmati penjimatan sehingga 20% bagi semua produk Shaklee, dan juga ada cash rebate1

Untung bukan?Untuk pengetahuan, PROMOSI ini hanya berlanjutan sehingga 31 Mei 2014 sahaja..

Oleh yang demikian,dapatkan ia segera dengan menghubungi saya,Puan Intan Nadia di 019-762 6464. Anda akan dibimbing dengan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi secara percuma.



FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE





Sunday 11 May 2014

Flourless Nutella Cake

Assalamualaikum..

Sejak Intan bekerja dan tinggal di KL dan beranak pinak ni, rasa memang padat jadual seharian. Memang Intan tercari-cari masa memasak untuk famili.Pernah dulu kami cuba untuk masak setelah pulang dari kerja. 11 malam baru boleh makan dinner (T.T).Mengamuk perut suami~

Sekarang Intan dah pindah dari flat di Wangsa Maju to landed house di Shah Alam.Lebih spacious dan selesa untuk anak-anak yang semakin membesar.Walaupun ada 2 orang anak,1 orang suami dan 0 bibik,alhamdulillah rasa makin energetik berbanding sebelumnya..Thanks Set Kesihatan Optimum Shaklee! (ehh,terpromo pula..hihi).

So,kali ini Intan nak share pasal sebuah resepi yang sangat-sangat-sangat mudah. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja!Macam tak percaya kan?Tak percaya tak apa,buat aje....



Flourless Nutella Cake with  Caramel Sauce

Flourless Nutella Cake
Resepi oleh : Kirbie's Cravings

4 biji telur bersaiz A
250 gm Nutella


Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Sediakan loyang berukuran 7 inc dan di gris dengan butter serta lapikkan dengan kertas minyak, atau kertas pembakar

Masukkan telur ke dalam mixer
Putar telur dengan speed tinggi hingga kembang , ringan dan naik 3 kali ganda. Warnanya akan bertukar putih krim masa yang di anggarkan 6 minit

Ambil 1/3 bahagian telur dan kaup balik di dalam nutella.
Kaup balik rata
Ambil lagi 1/3 dan ulang proses yang sama hingga habis semua adunan telur
Tuangkan adunan di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mint
Bila dah masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan atas redai.


Caramel Sauce (tambahan)

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk



Letakkan kek di atas pinggan. Kek ni nipis aje ya..


Tuangkan sos karamel atas kek dan ratakan


Hiaskan jika perlu



CREDIT


Sejujurnya,Intan belum cuba lagi..tapi dah ada vision/gambaran untuk membuatnya nanti.Time raya ke...tahun ni balik Kelantan,hihi!

So kawan-kawan,mudah kan?Sila halau pulau kemalasan tu ye...Happy baking! =)






FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Saturday 10 May 2014

Sorry Boss!!!Saya Terpaksa Berhenti Kerja!


Saya mula berbincang dari hati ke hati dengan Mia.Saya bertanya dengan Mia apa yang Mia mahu capai dalam hidupnya.

"Berapa income sebulan yang Sayang mahu?"

"Kereta apa yang Sayamg impikan"

"Kehidupan macam mana yang Sayang inginkan?"

"Berapa banyak yang Sayang mahu  sumbangkan kepada orang lain dalam tempoh sebulan?"

"Kejayaan yang macam mana yang Sayang mahu capai dalam kehidupan?"

"Sayang mahu mengejar KERJAYA yang hebat, ATAU menjadi seorang IBU & ISTERI yang mempunyai banyak MASA BERKUALITI dengan keluarga,tetapi pada masa yang sama tetap mempunyai INCOME yang lumayan?"

Banyak lagi soalan yang saya tanya dan saya minta senaraikan satu persatu.

Ini summary yang dapat saya buat mengenai impian BESAR Mia itu.

"Kalau boleh,Mia nak duduk di rumah.Tak perlu pergi kerja.Tapi dalam amsa yang sama,Mia nak income sebulan RM20,000.Mia nak pakai kereta Mercedes atau BMW.Kalau boleh Mia nak keluarkan zakatsebanyak mungkin untuk bantu  lebih ramai orang Islam yang lain.

Banyak lagi impian yang mia mahukan .Tak salah mempunyai impian yang besar.Cuma Mia tersentap apabila saya bertanya soalan 'maut' ini kepadanya.

"Adakah apa yang Sayang buat sekarang membolehkan Sayang mencapai apa yang Sayang impikan?"

                                                                 
Ini adalah antara petikan yang terdapat dalam e-book Sorry Boss!!Saya Terpaksa Berhenti Kerja hasil nukilan Mohd Firdaus Mat Saad.

Tips Motivasi Usahawan Percuma!!
Boleh Download E-Book PERCUMA di:

Hayatilah kisah sebenar beliau dan isterinya,Kam Maria yang mengenali bisnes Shaklee dan akhirnya Maria, terpaksa berhenti kerja setelah 6 bulan menjalankan bisnes online.Kini, Maria merupakan salah seorang Working At Home Mother (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka sebulan hanya dari RUMAH.

Mungkin bacaan ini boleh memberi inspirasi kepada anda untuk memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan.Mungkin ia boleh memberi kekuatan kepada anda untuk keluar dari comfort zone untuk berjaya.

Saya hanya berkongsi.Yang selainnya terletak pada anda sendiri.

Semoga bermanfaat.




PS: En Firdaus juga menjadi 'duta' bagi kursus Dr Azizan












Tuesday 6 May 2014

Misha Omar Kahwin!




Assalamualaikum..

Tempoh hari saya pulang ke Kota Bharu dan ada memuat naik gambar keluarga yang bersiap sedia untuk bertandang ke majlis perkahwinan Misha Omar di Hotel Renaissance,Kota Bharu.Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar,telah disatukan dengan Firos Ezzwan,yang merupakan juruterbang Malaysia Airlines.

Jadi,ramailah tertanya-tanya macam mana keluarga Intan boleh dijemput ke majlis Misha ni...So,untuk pengetahuan,Intan ni memang berdarah retisss,hihi!Kidding2,ayah Intan ni sepupu kepada mak Misha.So,it makes us 2 pupu lah..

Since Misha ni orang glamer,dan majlisnya diadakan besar-besaran di hotel,parents dan abang & kakak ipar Intan yang turut dijemput pun tak boleh kalah la kan..Semua bergaya sakan,hihi..


YB Tuan Haji Taib bin Mahmud

My Ummi and sis in law,Dr Roziawati@Kak Jia

Delegasi...bersiap sedia untuk berangkat
Antara artis yang turut dijemput ke majlis tersebut ialah Fara Fauzana,Adibah Noor, Jaclyn Victor,Nadiah Mustapha dan Dina Nadzir.Sempat lah Ummi saya dan Kak Jia berposing dengan Fafau.

So,Intan Nadia and famili macam mana?Tak ikut ke?

Jawapannya,tak...kami bergolek-golek kat rumahje,hihi..

Akhir kata,tahniah buat Misha Omar atas perlangsungan perkahwinan beliau. Jaga diri dan tatasusila...semoga perkahwinan Misha dan Firos bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.

Buat kawan-kawan,minta maaf saya tak boleh menjadi kabel untuk menemukan anda dengan Misha Omar ataupun geng artis lain.Cakap awal-awal,takut kang ada yang berharap =P

Gambar Lain Di Hari Perkahwinan Misha dan Firos

gambar kahwin misha omar


gambar nikah misha omar
gambar kahwin misha omar

gambar resepsi misha omar


gambar resepsi misha omar

gambar resepsi misha omar


Monday 5 May 2014

Set Kanak-Kanak Hebat Shaklee


Anak merupakan suatu amanah terindah yang dikurniakan Allah di bumi ini. Mendidik dan membesarkan anak-anak ini merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup..Sepanjang 2 ++ tahun ini , Intan sangat seronok menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada 2 orang ahli syurga.Namun tak dinafikan banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memastikan mereka membesar dengan sihat,ceria dan selamat.

Antara cabaran biasa yang dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak ialah mereka sering terkena jangkitan demam dan selsema kerana kekurangan nutrien penting untuk tumbesaran dan lemah imunisasi apabila berhadapan dengan virus penyakit. Apabila anak sering jatuh sakit, ibu atau bapanya terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak yang kurang sihat,sedangkan cuti yang layak buat seorang pekerja swasta tidaklah banyak mana.Dalam situasi Intan, Intan hanya memiliki 15 hari cuti tahunan yang perlu disimpan untuk pulang beraya di Kelantan dan Johor setiap tahun,cuti untuk menjaga anak sakit/hospitalization,cuti jika babysitter minta mahu bercuti,cuti emergency,cuti berjalan-jalan dengan keluarga etc. Tak masuklah lagi pressure nak minta cuti dengan boss,hihi…


Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita sebaga ibu bapa untuk memastikan kita telah memberi yang terbaik untuk anak-anak. Bagi anak-anak yang lemah system pertahanan diri, picky eaters dan sering terkena jangkitan demam dan selsema, boleh diberikan Set Kanak-Kanak Shaklee. Set Kanak-Kanak adalah cadangan set untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas.Ia terdiri daripada Omega Guard,Mealshakes dan juga Chewable Vitamin C.Antara khasiat dan manfaat bagi Set ini ialah:

Mealshakes : RM 113.75 /canister (544g). 
Tahan approximately 2-3 months bergantung kepada penggunaan dan sukatan yang di gunakan.

'

  • Menyediakan 24 jenis keperluan vitamin,zat dan mineral untuk membantu tubuh berfungsi dengan optimum.Ia juga kaya dengan protein bagi membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar
  • Anti Oksida – mengandungi vitamin A,C ,E,zink,selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Detoksifikasi – kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisan buangan dari perut dan usus.

Omega Guard:RM 136 untuk 90 kapsul.
 Tahan selama 3 bulan.


  • DHA adalah nutrient utama untuk otak,system saraf dan retina. Ia membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori manusia
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA membantu untuk merendahkan kolestrol dan membantu mereka yang mempunyai tekanan dan kepekatan darah yang tinggi dalam badan.Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan system imunisasi dan kesihatan paru-paru – mengawal system imun seperti membaiki alahan kulit,psoriasis,demam hay,bronchitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE dan penyakit buah pinggang
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) 
  • Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan

Chewable Vitamin C : RM37.50 untuk 90 tablets. 
Tahan 3 bulan.

  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Membantu pesakit insomnia
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
Untuk makluman, set ini juga sesuai untuk orang dewasa yang ingin menjaga kesihatan mereka secara umum dan menjaga fungsi otak,sendi badan dan manfaat-manfaat yang lain.Jom kita lihat dan dengar testimoni klien yang telah mengamalkan produk-produk ini:










Jumlah harga runcit bagi set ini ialah RM287.25. Namun, jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee (RM75 untuk seumur hidup) ,anda layak untuk menikmati harga ahli immediately dan jimat sehingga 20%.

Jika anda berminat untuk dapatkan set ini, hubungi Puan Intan Nadia segera di 019-7626464 atau PM sahaja saya di FB Intan Nadia Taib atau Super Vitamin Shop.Boleh juga berhubung melalui email intaib@gmail.com.

Jom grab set ini dengan segera untuk si manja tersayang.

Fast Action Fast Result! =)