Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Saturday 22 February 2014

PROMOSI BERGANDA FEBRUARI 2014

PROMOSI -Harga Produk Shaklee TERMURAH dari kami!

Saturday 15 February 2014

Dunia Penuh Mimpi


Anda ada impian dalam hidup x? 

Contohnya macam nak jadi Presiden Petronas ke, nak hafaz quran paling kurang 10 juzuk ke, nak beli Airasia dari Tony Fernandes ke, or mungkin nak kahwin dengan selebriti cantik cam Luna Maya atau Neelofa??Haha..

Tipulah kalau xde...Setiap manusia pasti mempunyai kemahuan/cita-cita/impian yang ingin dicapai.Perasaan 'nakkan sesuatu'. Kalau dulu masa zaman sekolah menengah, ramai yang nak jadi doktor..profession paling glamer tang tu..Tak pandang plak engineer ke,cikgu,akauntan dan lain-lain,haha..(bukan sayalah).

Di dalam sebuah program motivasi dan kerohanian yang dikendalikan saya dulu, ada seorang muslimat tampil memberitahu saya bahawa beliau mahu menjadi seorang pendakwah.Dalam suatu event yang lain,seorang adik kecil memberitahu bahawa dia mahu menjadi seorang perekacipta mesin yang mampu memulihkan keadaan lapisan ozon Bumi yang semakin tipis dari hari ke hari.Selebihnya;ada yang mahu graduate dengan ijazah kelas pertama,melangsungkan perkahwinan sebelum berumur 26 tahun,menjadi seorang pelabur dan hartawan yang berjaya dan sebagainya.

Ya,mereka mempunyai impian.Saya pun menyimpan impian yang tersendiri.Kami mahu melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup dan bekerja keras mencapai apa yang kami impikan selama ini.


my dream house...ecehhh...
Namun,tak dapat tidak,ada yang mengungkapkan kata ‘sukar’,merasakan bahawa perkara yang mereka impikan itu hampir mustahil untuk dilakukan.Apatah lagi kalau tak dapat support mak,ayah,famili dan suami ..

“Ahh,aku hanya bermimpi,” kata si A.

“Ini hanyalah angan-angan kosong,”luah si B pula.


Realiti Mimpi

Hakikatnya kita memang hidup di alam mimpi.Percaya tak, kita dikelilingi dengan mimpi-mimpi selama ini..Ye, you got me right...kita hidup dikelilingi impian manusia...

Masih ragu-ragu???

Cuba lihat disekeliling anda.Antara benda yang terdapat disekeliling saya disaat ini ialah pen,buku,meja dan bekas minuman.

Barangan ini dan juga setiap barangan lain asalnya bermula daripada suatu idea.Idea-idea ini dikembangkan dan diperhalusi;seterusnya dilaksanakan sehingga ia berjaya membuahkan hasil yang membanggakan.Dan atas hasil usaha mereka inilah yang memberi anda peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan keseronokan dalam hidup k? Dalam erti kata lain,setiap barang disekeliling kita adalah bukti-bukti insan yang telah bekerja keras dan berjaya menjayakan mimpi-mimpi mereka, yang pernah dikatakan sebagai mustahil oleh orang-orang lain. Tak percaya lagi? Meh saya bagi contoh:

Thomas Edison: meskipun dipanggil sebagai seorang yang bebal di sekolah,lelaki ini tidak berhenti bermimpi dan berusaha untuk memajukan dirinya.Akhirnya beliau manjadi manusia pertama yang menciptakan mentol lampu di dunia setelah gagal dalam ribuan percubaan.Namanya dicatat di dalam sejarah dan diingati ramai sehingga kini.

Sultan Muhammad Al Fateh:  sebaik-baik pemimpin yang mengetuai sebaik-baik tentera untuk membuka Kota Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul,di Turki.Hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa kota kebanggaan Kerajaan Byzantine itu bakal dibuka dan diperintah oleh umat Islam menjadi pemangkin kepada kesungguhan para sahabat dan umat Islam yang terdahului untuk bermimpi,dan bekerja merealisasikan apa yang dipercayai dan diimpikan mereka.

The Biggest Loser: sebuah rancangan realiti di TV yang memaparkan peserta-peserta yang mempunyai berat badan yang berlebihan (overweight) bertanding dengan diri mereka sendiri untuk menjadi lebih kurus dan sihat.Hasilnya cukup mengkagumkan!Lihat sahaja gambar-gambar bekas peserta rancangan ini di bawah.





  


Faktor Kejayaan

Jika anda benar-benar ingin merealisasikan impian anda,ingin berjaya seperti mereka,anda wajib memiliki 2 kriteria di bawah :

1.Matlamat dan impian yang jelas.
2.’Unshakable’ determination

Dengan dua faktor ini,ia akan membantu anda untuk sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian tersebut termasuklah merintangi segala permasalahan dan cabaran yang bakal mendatang. Hiyeaaahhhh!

Maksudnya, jika anda mahu menjadi seorang doktor, anda akan belajar dan cuba membentuk diri menjadi seorang doktor dengan melengkapkan diri dengan ilmu perubatan,cuba untuk meningkatkan kesabaran dan keberanian,skil berkomukasi dengan pesakit,skil mengendalikan peralatan pembedahan dan sebagainya.

Jika anda mahu menjadi seorang jutawan,anda akan melakukan perkara dan usaha-usaha serupa yang boleh mendekatkan diri anda dengan cita-cita yang diimpikan.

Namun,perlu diingat bahawa setiap usaha anda perlulah seiring dengan syariat. Janganlah kerana mahu kaya,anda terlibat dengan rasuah.Mahu mendapat first class,tetapi anda menipu di dalam dewan peperiksaan.Berwaspadalah dengan tipu muslihat syaitan.

Penutup

Jutaan manusia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk berjaya.Di luar sana di saat ini,terdapat ribuan malah jutaan lagi penduduk di muka bumi yang bekerja keras demi mencapai apa yang mereka mahukan.Salah seorang daripada mereka mungkin adalah anda,jika anda berubah,mula bermimpi dan berusaha dari sekarang.

Kini, saya memiliki impian untuk berjaya dengan Shaklee..jika anda ingin berkongsi impian ini bersama saya, please let me know - PM FB/Whatsapp/SMS 019-7626464. InshaAllah, we have good mentors yang akan membimbing anda teknik yang betul untuk berjaya. Yang paling best, sejak saya join Shaklee ni, saya rasa amalan saya makin bertambah kualitinya dan kehidupan saya semakin bahagia :) Yang penting, anda perlu YAKIN dan PERCAYA!Takpe2...ni kita boleh borak dari hati ke hati nanti okeh?

                               

Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian…

Jangan ditangguh-tangguh lagi.Ayuh kita bermimpi dan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan mimpi-mimpi ini…

Tuesday 11 February 2014

Warna Urin Kuning Dengan Pengambilan B-Complex Shaklee?


Al kisah mengenai sepasang suami isteri i.e. Mat Deris & Mat Jah di rumah mereka di hujung minggu...

Mat Deris: Jah,Jah..tepi,tepi...saya nak masuk tandas ni...dah dihujung tanduk ni dah ..

Mek Jah : Haihhh...bila kita nak minta tolong basuhkan berak anakje,ada je alasan dia...dah masuk 10 tahun kita kawin ni bang..cubalah pakai taktik lain pula..

Mat Deris : Eh, mana ada...awak apa tahu..dah,dah..dah nak terkeluar ni..shuhh2...

Mat Deris terus memecut laju ke dalam tandas nak menutup pintu tandas dengan pantas..Beberapa minit kemudian..

Mat Deris: Lijah,ooo,Lijah...mai sini sat....abang nak tanya ni, awat kencing saya kaler kuning sangat ni ye?Dah lama abang nak tanya...Apala yang awak dah bagi saya makan ni Jah oiiii....

Mek Jah: Chill bang,chill...kaler kuning cerah ke ni? Air abang banyak minum x?

Mat Deris: Dah minum banyak dah..rasa cam nak dekat segelen dah air abang minum..Nape?

Mek Jah: Ok,gud gud...sebenarnya normal je air kencing abang kaler kuning tu...Abang kan ada makan Vitamin B complex yang Jah bekalkan tu kan?

Mat Deris: Apa yang normal plak..Selalu cantik dan clear je air kencing abang?Tip top ok...!

Mek Jah: Ohh...ni sebab vitamin B ni kan vitamin larut air.Dalam B Complex ni ada Riboflavin,jadi yang mana yang tak diserap tu dia buang kot air kencing la...Jadila air kencing kuning cantik menawan tu..

Mat Deris: Larr...yeke??Hebat Subjek Biologi bini abang..






OK,so sape2 yang risau semacam bila tengok air kencing dia kaler kuning cam B Complex tu janganlah susah hati ye...InshaAllah anda masih sihat dan selamat.In fact, anda patut gembira kerana ia menunjukkan bahawa vitamin B Complex yang anda ambil itu telah diserap dengan baik oleh badan.

At the same time, bagus juga kalau anda boleh mengenalpasti pelbagai warna kencing lain dan simptomnya untuk reference bersama:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka anda tak perlu risaulah. Sebaliknya kalau warna air kencing kuning yang gelap dan nampak cam sedikit menakutkan tu,it means kita sedang mengalami dehidrasi and it's a sign that our bady needs more water intake..Air putih yeee,bukan air bikarbonat or air bergula-gula tu...

If warna lain-lain tu, saya syorkan anda berjumpa dengan doktor sepantas mungkin.

Take care! =D

Thursday 6 February 2014

3 Langkah Awal Sebelum Hamil

Lately ni ramai staff kat ofis Intan yang preggy, and ramai juga yang berusaha untuk preggy...terbaru ni ada seorang staff took unpaid leave to ensure that kandungan dia ok dalam trimester pertama. Sedikit sebanyak, saya merasa kagum dengan kesungguhan dan komitmen yang diberikan beliau untuk memastikan bayi yang dikandungnya selamat,setelah keguguran pada kehamilan yang lepas. So kali ni rasa cam nak share things berkaitan kehamilan plak based on my reading...semoga bermanfaat!

Buat pasangan suami isteri yang ingin menimang cahaya mata, sebelum melangkah setapak ke arah memperolehi cahaya mata,suami isteri perlu ingat bahawa mereka adalah tonggak utama dalam menjayakan misi tersebut. Meaning, it takes two to tango~ Oleh yang demikian mereka perlu lebih prihatin dalam memantau kesihatan diri.

Untuk itu,terdapat 3 langkah awal mudah yang perlu dilaksanakan dengan segera.Apa yang di maksudkan ialah menjaga aspek pemakanan,meningkatkan gaya hidup sihat dan kebersihan diri serta mendapatkan berat badan ideal menerusi senaman yang dijalankan secara berterusan.Selain daripada 3 langkah berkenaan,suami isteri perlu mengawal tahap tekanan diri yang dialami. Jika tidak, ia akan mengurangkan potensi yang mungkin ada.

hehe..over plak gambar
Sehubungan dengan itu, suami isteri perlu tahu bahawa merancang kehamilan bukan semata-mata mengadakan hubungan seks pada hari jangkaan subur,sebaliknya perancangan untuk hamil mewajibkan anda berdua sihat luar dan dalam beberapa bulan sebelum mencuba.

Tahap kesihatan suami penting dan perlu di jaga rapi kerana sperma boleh terganggu kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sihat, alcohol,amalan merokok,pendedahan kepada pencemaran kepada persekitarannya,penyakit-penyakit tertentu dan penggunaan ubat-ubatan.Pada masa yang sama ,suami isteri juga perlu menjauhi faktor-faktor yang menyukarkan kehamilan berlaku.

LANGKAH 1:

Pengambilan Asid Folik

Sebaik sahaja membuat keputusan untuk cuba hamil, anda seharusnya mula mengambil supplemen asid folik yang mengandungi 400mcg sehari.Sebaik-baiknya ambil supplemen ini 3 bulan sebelum hamil.Supplemen ini baik kerana ia menghalang bayi daripada mengalami masalah seperti spina bifida dan ketidaksempurnaan tempurung kepada bayi dalam kandungan.

Dengan pengambilan jumlah yang betul,sebelum hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan,anda dapat mempersiapkan tubuh dengan bekalan asid folik yang mencukupi bagi melindungi diri bakal bayi sekaligus membenarkan pembentukan tulang belakangnya dengan lancar.

Selain daripada bentuk supplemen,anda boleh juga mengambil sumber asid folik tambahan melalui bayam,brokoli atau makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi dan roti.



Pemakanan

Sama ada berat anda kurang atau berlebihan, anda perlu prihatin dengan isu ini.Apa yang penting ialah makanan dalam jumlah yang seimbang setiap hari.Makanlah pelbagai jenis makanan .Jangan tertumpu hanya kepada satu-satu jenis makanan kegemaran semata-mata.

Seperti yang biasa dimaklumkan, makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia mengandungi kumpulan vitamin B yang sangat penting untuk pembentukan sel.Sama juga halnya dengan jenis-jenis makanan yang lainnya. Jangan lupakan serat,daging,kekacang,dan produk tenusu.

Sekiranya amalan pemakanan ini dituruti dengan tekun,anda berdua akan memperoleh vitamin, mineral dan pelbagai jenis zat makanan yang baik untuk tubuh badan. Vitamin,mineral dan zat-zat ini bukan sahaja untuk kegunaan masa kini malah lebih penting ia adalah sumber yang amat anda perlukan jika berjaya hamil kelak. Antara jenis makanan yang paling penting untuk dikurangkan ialah makanan bergula dan berkabohidrat kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan telur wanita .

LANGKAH KE -2:

Sebaik-baiknya,gaya hidup tidak sihat disisihkan terus. Ia bukan sahaja baik untuk diri sendiri malah untuk bayi yang bakal dilahirkan juga.

Jauhi Rokok

Sememangnya,rokok merbahaya kepada kesihatan tapi still ramai lagi yang suka menghisap rokok ni, walaupun tax yang dikenakan terhadap rokok-rokok meningkat saban tahun.Cubalah untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya mengurangkan kuantiti rokok yang diambil setiap hari.Ini adalah kerana merokok memberi kesan negatif kepada kualiti sperma lelaki.



Elakkan Alkohol

Mengambil minuman beralkohol juga akan mengurangkan peluang untuk memiliki anak sendiri terutamanya jika diambil secara berlebihan. Say a big ‘NO’ to alcoholic beverages especially for Muslim...

LANGKAH KE -3:

Senaman

Dengan melakukan senaman secara berkala, ia akan membantu tubuh untuk lebih sihat dan cergas macam gambar Hritik Roshan kat atas tu.. Secara tidak langsung juga, aktiviti senaman ini meransang hormon yang berkaitan kehamilan untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Malah, untuk hamil juga,anda perlu pastikan tubuh benar-benar cergas sama seperti atlet kerana kehamilan bakal menambah beban kepada tubuh badan. Jadi, bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Okay,sekarang kita dah tahu 3 langkah awal yang perlu diambil bagi merancang kehamilan.Jom kita lihat pula senarai semak di bawah bagi menjayakan usaha anda untuk hamil.

Senarai Semak 3-6 Bulan Sebelum Berusaha Hamil
  • Jika menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan,hentikan penggunaannya. Sebaliknya,bertukarlah kepada memakai kondom kerana kaedah ini tidak melibatkan penggunaan hormon
  • Hentikan langsung amalan merokok
  • Minum lebih banyak jus buah-buahan segar
  • Ambil supplemen asid folik
  • Lakukan pemeriksaan berat badan untuk mengetahui sama ada anda kurang atau berlebihan berat badan
  • Ambil lebih banyak buah dan sayuran segar serta makanan berserat

Bagi yang ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, kami turut menyediakan Set Untuk Kesuburan Suami dan Isteri yang terdiri daripada GLA Complex, Alfafa, Vita-E Complex dan Zinc Complex. Antara manfaat set vitamin tersebut adalah seperti berikut:




Untuk Isteri:

GLA

  • Memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) seperti abdominal pain,breast pain
  • Membantu mengecutkan cyst,jika ada
  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Ia membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari.

ALFAFA

  • Menguatkan rahim dan bertindak sebagai kacip fatimah
  • Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
  • Membantu mengawal paras kolestrol
  • Merupakan makanan beralkali bagi mengelakkan jangkitan dalaman
  • Memperbanyakkan susu badan i.e. milk booster

Untuk Suami:
.
Vita-E Complex
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Meningkatkan kiraan atau bilangan sperma
  • Meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami
  • Melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing
  • Awet muda

Zinc Complex

  • Menjaga fungsi organ seksual
  • Menjaga penghasilan hormone testosterone
  • Meningkatkan bilangan sperma
  • Membantu meningkatkan pergerakan sperma
  • Meningkat kesihatan i.e. kualiti sperma
Jika anda memiliki EXTRA budget, anda boleh juga menambah supplemen berikut untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan anda bagi merancang kehamilan:

  1. Vita Lea : Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam dek kerana gaya hidup yang sibuk dan pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap untuk berfungsi.
  2. B Complex : Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
  3. Vita C : Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"


Pada masa yang sama, jangan lupa untuk berusaha dan berdoa secara konsisten kepada Allah SWT agar dikurniakan cahaya mata yang diidam-idamkan.To Non Muslim, you can pray in your own way yee....

Sharing is caring..Good Luck! :)