Like Us On FB!

Thursday, 6 February 2014

3 Langkah Awal Sebelum Hamil

Lately ni ramai staff kat ofis Intan yang preggy, and ramai juga yang berusaha untuk preggy...terbaru ni ada seorang staff took unpaid leave to ensure that kandungan dia ok dalam trimester pertama. Sedikit sebanyak, saya merasa kagum dengan kesungguhan dan komitmen yang diberikan beliau untuk memastikan bayi yang dikandungnya selamat,setelah keguguran pada kehamilan yang lepas. So kali ni rasa cam nak share things berkaitan kehamilan plak based on my reading...semoga bermanfaat!

Buat pasangan suami isteri yang ingin menimang cahaya mata, sebelum melangkah setapak ke arah memperolehi cahaya mata,suami isteri perlu ingat bahawa mereka adalah tonggak utama dalam menjayakan misi tersebut. Meaning, it takes two to tango~ Oleh yang demikian mereka perlu lebih prihatin dalam memantau kesihatan diri.

Untuk itu,terdapat 3 langkah awal mudah yang perlu dilaksanakan dengan segera.Apa yang di maksudkan ialah menjaga aspek pemakanan,meningkatkan gaya hidup sihat dan kebersihan diri serta mendapatkan berat badan ideal menerusi senaman yang dijalankan secara berterusan.Selain daripada 3 langkah berkenaan,suami isteri perlu mengawal tahap tekanan diri yang dialami. Jika tidak, ia akan mengurangkan potensi yang mungkin ada.

hehe..over plak gambar
Sehubungan dengan itu, suami isteri perlu tahu bahawa merancang kehamilan bukan semata-mata mengadakan hubungan seks pada hari jangkaan subur,sebaliknya perancangan untuk hamil mewajibkan anda berdua sihat luar dan dalam beberapa bulan sebelum mencuba.

Tahap kesihatan suami penting dan perlu di jaga rapi kerana sperma boleh terganggu kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sihat, alcohol,amalan merokok,pendedahan kepada pencemaran kepada persekitarannya,penyakit-penyakit tertentu dan penggunaan ubat-ubatan.Pada masa yang sama ,suami isteri juga perlu menjauhi faktor-faktor yang menyukarkan kehamilan berlaku.

LANGKAH 1:

Pengambilan Asid Folik

Sebaik sahaja membuat keputusan untuk cuba hamil, anda seharusnya mula mengambil supplemen asid folik yang mengandungi 400mcg sehari.Sebaik-baiknya ambil supplemen ini 3 bulan sebelum hamil.Supplemen ini baik kerana ia menghalang bayi daripada mengalami masalah seperti spina bifida dan ketidaksempurnaan tempurung kepada bayi dalam kandungan.

Dengan pengambilan jumlah yang betul,sebelum hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan,anda dapat mempersiapkan tubuh dengan bekalan asid folik yang mencukupi bagi melindungi diri bakal bayi sekaligus membenarkan pembentukan tulang belakangnya dengan lancar.

Selain daripada bentuk supplemen,anda boleh juga mengambil sumber asid folik tambahan melalui bayam,brokoli atau makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi dan roti.



Pemakanan

Sama ada berat anda kurang atau berlebihan, anda perlu prihatin dengan isu ini.Apa yang penting ialah makanan dalam jumlah yang seimbang setiap hari.Makanlah pelbagai jenis makanan .Jangan tertumpu hanya kepada satu-satu jenis makanan kegemaran semata-mata.

Seperti yang biasa dimaklumkan, makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia mengandungi kumpulan vitamin B yang sangat penting untuk pembentukan sel.Sama juga halnya dengan jenis-jenis makanan yang lainnya. Jangan lupakan serat,daging,kekacang,dan produk tenusu.

Sekiranya amalan pemakanan ini dituruti dengan tekun,anda berdua akan memperoleh vitamin, mineral dan pelbagai jenis zat makanan yang baik untuk tubuh badan. Vitamin,mineral dan zat-zat ini bukan sahaja untuk kegunaan masa kini malah lebih penting ia adalah sumber yang amat anda perlukan jika berjaya hamil kelak. Antara jenis makanan yang paling penting untuk dikurangkan ialah makanan bergula dan berkabohidrat kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan telur wanita .

LANGKAH KE -2:

Sebaik-baiknya,gaya hidup tidak sihat disisihkan terus. Ia bukan sahaja baik untuk diri sendiri malah untuk bayi yang bakal dilahirkan juga.

Jauhi Rokok

Sememangnya,rokok merbahaya kepada kesihatan tapi still ramai lagi yang suka menghisap rokok ni, walaupun tax yang dikenakan terhadap rokok-rokok meningkat saban tahun.Cubalah untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya mengurangkan kuantiti rokok yang diambil setiap hari.Ini adalah kerana merokok memberi kesan negatif kepada kualiti sperma lelaki.



Elakkan Alkohol

Mengambil minuman beralkohol juga akan mengurangkan peluang untuk memiliki anak sendiri terutamanya jika diambil secara berlebihan. Say a big ‘NO’ to alcoholic beverages especially for Muslim...

LANGKAH KE -3:

Senaman

Dengan melakukan senaman secara berkala, ia akan membantu tubuh untuk lebih sihat dan cergas macam gambar Hritik Roshan kat atas tu.. Secara tidak langsung juga, aktiviti senaman ini meransang hormon yang berkaitan kehamilan untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Malah, untuk hamil juga,anda perlu pastikan tubuh benar-benar cergas sama seperti atlet kerana kehamilan bakal menambah beban kepada tubuh badan. Jadi, bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Okay,sekarang kita dah tahu 3 langkah awal yang perlu diambil bagi merancang kehamilan.Jom kita lihat pula senarai semak di bawah bagi menjayakan usaha anda untuk hamil.

Senarai Semak 3-6 Bulan Sebelum Berusaha Hamil
  • Jika menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan,hentikan penggunaannya. Sebaliknya,bertukarlah kepada memakai kondom kerana kaedah ini tidak melibatkan penggunaan hormon
  • Hentikan langsung amalan merokok
  • Minum lebih banyak jus buah-buahan segar
  • Ambil supplemen asid folik
  • Lakukan pemeriksaan berat badan untuk mengetahui sama ada anda kurang atau berlebihan berat badan
  • Ambil lebih banyak buah dan sayuran segar serta makanan berserat

Bagi yang ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, kami turut menyediakan Set Untuk Kesuburan Suami dan Isteri yang terdiri daripada GLA Complex, Alfafa, Vita-E Complex dan Zinc Complex. Antara manfaat set vitamin tersebut adalah seperti berikut:




Untuk Isteri:

GLA

  • Memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) seperti abdominal pain,breast pain
  • Membantu mengecutkan cyst,jika ada
  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Ia membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari.

ALFAFA

  • Menguatkan rahim dan bertindak sebagai kacip fatimah
  • Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
  • Membantu mengawal paras kolestrol
  • Merupakan makanan beralkali bagi mengelakkan jangkitan dalaman
  • Memperbanyakkan susu badan i.e. milk booster

Untuk Suami:
.
Vita-E Complex
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Meningkatkan kiraan atau bilangan sperma
  • Meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami
  • Melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing
  • Awet muda

Zinc Complex

  • Menjaga fungsi organ seksual
  • Menjaga penghasilan hormone testosterone
  • Meningkatkan bilangan sperma
  • Membantu meningkatkan pergerakan sperma
  • Meningkat kesihatan i.e. kualiti sperma
Jika anda memiliki EXTRA budget, anda boleh juga menambah supplemen berikut untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan anda bagi merancang kehamilan:

  1. Vita Lea : Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam dek kerana gaya hidup yang sibuk dan pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap untuk berfungsi.
  2. B Complex : Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
  3. Vita C : Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"


Pada masa yang sama, jangan lupa untuk berusaha dan berdoa secara konsisten kepada Allah SWT agar dikurniakan cahaya mata yang diidam-idamkan.To Non Muslim, you can pray in your own way yee....

Sharing is caring..Good Luck! :)

0 Comments:

Post a Comment