Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Thursday 2 April 2015

3 Tips Untuk Mudah Hamil

Ada dikalangan kita yang bunting pelamin...Ada yang lambat sedikit.Ada juga masih menanti sehingga kini...

This is one of my soft spot. Melihat kawan-kawan atau sanak saudara yang sangat mengingini kehidupan mereka dihiasi dengan bunyi tawa dan juga tangisan anak-anak kecil.Siapa yang tidak mahu bergelar mama/papa justeru mempunyai peluang untuk memeluk/mencium/bermain/dan lain-lain dengan anak sendiri?Zuriat inilah yang bakal menyambung generasi dan warisan keluarga kita.

Namun begitu,masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum cakna perihal kesuburan diri.Sekadar menganggap bahawa perlu berusaha untuk lebih kerap/kuat untuk meningkatkan potensi kehamilan adalah tidak tepat.Banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi kesuburan badan anda.Jom baca perkongsian Intan berkenaan tips-tips untuk mudah hamil.

1. Jaga Pemakanan dan Diet

Ini antara tips yang utama dan sangat penting. Anda perlu memastikan kesihatan badan anda adalah di tahap optimum sebagai persediaannya untuk conceive.Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

Bagaimana dengan supplemen?

Mengikut kajian pakar perubatan, asid folik dapat membantu merawat masalah kesuburan lelaki. Ia akan mengurangkankan kecacatan pada kromosom pada sperma lelaki.Sperma yang mengalami kecacatan apabila disenyawakan dengan telur ovum,akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Selalunya wanita yang mengalami keguguran  di peringkat awal kehamilan adalah disebabkan masalah ini.Untuk mengurangkan risiko ini, para suami dinasihatkan untuk mengambil asid folik daripada 700-1000mcg sehari.

Supplemen B Complex Shaklee yang mengandungi Asid Folik

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis.Bagi wanita,ia membantu dalam kematangan telur ovum,pembentukan palcenta dan ketika janin di'tanam' ke rahim. Bagi pasangan yang agak sukar untuk mendapatkan zuriat, perlu mengambil supplemen asid folik sebagai usaha untuk merawat masalah kesuburan. - Credit

2. Ketahui Waktu Subur & Ovulasi

Untuk mengira ovulasi kalkulator ini bagi mengira waktu subur anda.Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

 Alhamdulillah saya dan suami guna teknik jadual ni untuk merancang keluarga dan berhasil.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. 

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20


3. Elakkan/Kawal Tekanan Anda

Gaya hidup yang sibuk dan kompetitif membuatkan kita mudah penat dan stress.Stress akan memicu otak untuk mengirimkan signal yang mempengaruhi hormon yang mengendalikan ovulasi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Department Fisiologi,Medical College of Hoigo di US, stress boleh menurunkan kualiti hormon testosteron dan sperma dan kualiti sel telur ovum. Stress juga bisa mengganggu keintiman dan menurunkan hasrat untuk berhubungan seks.

Masalah pejabat,habiskan di pejabat sahaja k? Usah dibawanya pulang.Bila di rumah, tumpukan perhatian anda kepada keluarga dan pasangan.

Dear Stress,Let's Break Up ~
Ada banyak lagi tips-tips lain, tapi ini merupakan antara tips utama yang ingin Intan kongsikan bersama teman-teman. Kalau anda berminat nak tahu,boleh je mesej Intan di Facebook atau di whatsapp ye?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Good  luck!


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE