Like Us On FB!

Thursday, 10 July 2014

Isu Gelandangan Di Malaysia


Recently memang kecoh dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Tengku Adnan Mansor berkenaan isu initiatif beliau untuk membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.Antara highlight dalam kenyataan beliau ialah masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di KL khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung.Then, dia tambah lagi rencah, katanya aktiviti-aktiviti soup kitchen ini juga menggalakkan mereka kekal bergelandangan dan tidak mempunyai pekerjaan.Ramai di antara gelandangan tersebut yang telah mendapat kerja kembali kepada kehidupan sebegitu kerana ianya lebih mudah.

So what he did under his capacity as Menteri is melarang sebarang aktiviti soup kitchen dilakukan dalam lingkungan dua kilometer daripada Lot 10 di Bukit Bintang yang mana meliputi satu kawasan besar dalam pusat bandar.Siapa yang yang menderma kepada gelandangan akan dikenakan denda RM150!(errrr....bukan ke kita perlu membantu insan yang memerlukan bantuan?Tapi kena penalti pula..)





First and foremost,saya berterima kasih kepada Datuk kerana prihatin dengan kebersihan kota raya Kuala Lumpur dan niat baik Datuk untuk membasmi masalah gelandangan ini.Cuma, saya berpendapat bahawa ini bukan satu langkah yang praktikal dan bijak.Kenapa?

  1. Kami lebih gembira jika kerajaan memberi tumpuan untuk menumpaskan sindiket peminta sedekah yang semakin berleluasa dan bukannya menghukum NGO mahu pun individu yang mahu memberi makanan secara percuma kepada golongan memerlukan.
  2. Soup kitchens biasanya memberi makanan berbungkus kepada golongan gelandangan ini.Dan golongan gelandangan ini biasanya akan membawa makanan-makanan ini kembali ke 'tempat tinggal' mereka samaada untuk dikongsi bersama pasangan/keluarga atau disimpan untuk jangka masa yang tertentu.
  3. Hidup sebagai gelandangan bukannya suatu hidup yang indah.Secara logiknya,tiada siapa yang sanggup tidur di kaki lima,berbumbungkan langit dan tidur dalam kesejukan semata-mata ingin mendapat sedikit makanan sekali atau 2 kali sehari.
  4. Bukan semua gelandangan ini memiliki kad pengenalan bagi pengesahan diri.Mereka mungkin foreigner,anak luar nikah,pelacur,penagih dadah,atau orang-orang biasa yang mungkin nasibnya tidak seberuntung kita.Tiada IC menyukarkan mereka untuk mendapat kerja,mendapatkan perkhidmatan perubatan di klinik/hospital dan sebagainya.
  5. Aktiviti soup kitchen ini bukan memberi wang ringgit kepada golongan gelandangan.Jika diberi wang ringgit,risiko penyalahgunaan wang tersebut adalah amat tinggi.Jadi program seumpama ini adalah langkah yang lebih sesuai untuk membantu golongan gelandangan meneruskan hidup mereka berbanding memberikan mereka duit,dan ianya tidak patut dihalang.
Beratur untuk menerima makanan

Saya pernah menyertai kumpulan PETRONITA yang bekerjasama dengan Charity Right untuk mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di Anjung Singgah,dan kawasan sekitarnya. Sungguh tak disangka-sangka,begitu ramai sekali yang beratur untuk mendapatkan makanan.

Masih tersemat diingatan kisah seorang aunty yang turut beratur untuk menerima makanan semasa kami bertugas mengagihkan makanan.Beliau memberitahu bahawa dengan satu bungkusan makanan yang diberi itu mampu membantu mereka bertahan sehingga seminggu.Beliau turut menyewa peti sejuk dengan membayar RM1 sehari untuk memastikan makanan yang yang beliau miliki bertahan lebih lama.

Perkongsian kisah hidup beliau benar-benar memberikan impak kepada kehidupan saya. Memberi satu peringatan untuk audit diri, di mana tahap kesyukuran ini kepada Ilahi terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikannya.

Oleh itu, saya harap kerajaan akan menimbang kembali cadangan-cadangan yang telah diwar-warkan berkenaan isu gelandangan dan soup kitchen ini. Apa yang penting ialah tugas kita untuk memulihkan semangat mereka dan bantu golongan ini sedaya upaya,at least to get their basic needs.Mungkin kita sedikit beruntung, tidak pernah berada at the lowest point of our life.Take some time to reflect, and put ourselves in their shoes (some tak ada shoes pun).Pastinya kita mengharapkan ihsan dan kebaikan daripada orang lain.

It's irony bilamana kerajaan mampu memberi rumah,maintenance etc yang berjuta-juta harganya kepada 2 ekor panda, tapi menghalang untuk memberikan bantuan kepada golongan gelandangan , i.e. mereka yang benar-benar dalam kesusahan dan memerlukan perkara-perkara asas, be it food,shelter etc .

Just my 2 cents =)




0 Comments:

Post a Comment