Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas, kecoh sekejap dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Shaklee ni menyumbang kepada dana negara Israel..Abang sulung saya yang doktor pun ada menghantar mesej,meminta saya untuk memeriksa perkara ini dengan lebih mendalam.Saya? Chilllllll aje..sebab seingat saya tak ada pula logo Shaklee dalam list boikot yang dikeluarkan oleh Innovative Minds (inminds).Tapi tak mengapalah,sudah menjadi suatu tanggungjawab jika datang suatu berita,kena jalankan usul periksa dahulu supaya kita tidak berlaku zalim kepada sesiapa.
1. First, kita lawat website tu dulu http://www.kenesethisrael.com/
Walla....ada lambang Shaklee kat bawah...Oppppps, tunggu kejappppp,jangan stop kat sini je. Klik lambang Shaklee tu dulu.Bila siasat,kena habis-habisan,sampai kita betul-betul puas hati... And it will land us here: http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html
Cantik website....tapi ni bukan website Shaklee ye.. Address website Shaklee ialah www.shaklee.com .
2. Klik About Us,bahagian Our Team.
Terpampanglah nama pemilik website ini yang juga merupakan Shaklee Independent Distributor(SID) @Pengedar Bebas Produk Shaklee di US yakni Roz Fishman dan David Miller yang mungkin salah seorang daripada ahli Congregation Keneseth Israel.
Siapakah Roz Fishman dan David Miller ini?Mereka juga adalah pengedar bebas produk Shaklee seperti saya dan SID yang lain.Assuming saya dan Puan A ada jual Shaklee. Saya sedekahkan duit profit margin atau duit bonus Shaklee saya kepada kerajaan Hamas,tapi Puan A tak. Adakah ini bermaksud Shaklee ada memberi sumbangan kepada dana kerajaan Hamas?Jawapannya ialah TIDAK.Sebab duit tersebut adalah hasil titik peluh saya, dan saya berhak untuk melaburkannya ke mana yang saya mahu.
Satu lagi, apakah anda tahu what is the congregation all about?
Keneseth Israel Congregation is a traditional, egalitarian, Conservative synagogue. We are a warm and open congregation and welcome all to participate in our activities: spiritual, educational, and social.
Synangogue mengikut Dictionary.com bermaksud:
- Jewish house of worship, often having facilities for religious instruction.
- an assembly or congregation of Jews for the purpose of religious worship.
- the Jewish religion; Judaism.
Kalau mengikut pembacaan dan pemahaman saya daripada website berkenaan,ia adalah sebuah komuniti untuk orang Jewish di Louisville.Mereka adalah pengikut Judaism,Israelis,tapi mereka bukan puak Zionis.Sama juga jika diberi contoh Malaysia.Saya Malaysian,Melayu Muslim,tapi saya bukan pengikut ajaran Ayah Pin atau Al Arqam.
Ada sahaja possibility ini adalah strategi SID ini untuk menarik customer, khususnya orang-orang Jewish US untuk membeli produk Shaklee dengan mereka.Al maklum,membeli sambil menderma.Itu strategi dan hak masing-masing.Kalau SID Malaysia nak berbuat demikian pun boleh.Hasil jualan tersebut kita agihkan sedikit untuk saudara-mara kita yang memerlukan termasuklah penduduk Gaza yang diserang hebat oleh tentera Zionis sekarang.
Anyway, semalam Shaklee juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kaitan Shaklee dan Keneseth Israel.
Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kembali keadaan.
Buat semua pembaca, saya harap anda selidik dengan cermat dan terperinci terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum share tentang perkara ini di media sosial.Seperti yang disebut dalam al Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[Quran 49:6]
Jika anda ingin menegur sekalipun,nasihat saya tegurlah secara berhikmah dan lebihkan kepada 'seek for explanation' instead of membuat kenyataan yang bersifat tuduhan. InshaAllah,suasana akan lebih harmoni.
Buat SID lain,banyakkan bersabar dan maafkanlah mereka yang membuat kenyataan-kenyataan sebegini kerana mereka tidak tahu.Manusia ini sifatnya bukan sempurna,dan ada kelemahannya.Kita juga sama,sering berlaku salah bukan sahaja pada manusia,malah pada Sang Pencipta..So,0-0 ye? Berterima kasih juga kepada yang memberi pendedahan kerana kita lebih cakna dengan isu ini selepas ini :)
Allahualam...
Note: Cuba bersikap neutral..
2 Comments:
banyak yg tersebar belum tentu kebenarannya,lumrah alam cyber..
ermm,itulah kak...harapnya kita tak terjebak dengan perkara sebegini.Apa2pun stay positive :)
Post a Comment