Like Us On FB!

Sunday, 11 May 2014

Flourless Nutella Cake

Assalamualaikum..

Sejak Intan bekerja dan tinggal di KL dan beranak pinak ni, rasa memang padat jadual seharian. Memang Intan tercari-cari masa memasak untuk famili.Pernah dulu kami cuba untuk masak setelah pulang dari kerja. 11 malam baru boleh makan dinner (T.T).Mengamuk perut suami~

Sekarang Intan dah pindah dari flat di Wangsa Maju to landed house di Shah Alam.Lebih spacious dan selesa untuk anak-anak yang semakin membesar.Walaupun ada 2 orang anak,1 orang suami dan 0 bibik,alhamdulillah rasa makin energetik berbanding sebelumnya..Thanks Set Kesihatan Optimum Shaklee! (ehh,terpromo pula..hihi).

So,kali ini Intan nak share pasal sebuah resepi yang sangat-sangat-sangat mudah. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja!Macam tak percaya kan?Tak percaya tak apa,buat aje....



Flourless Nutella Cake with  Caramel Sauce

Flourless Nutella Cake
Resepi oleh : Kirbie's Cravings

4 biji telur bersaiz A
250 gm Nutella


Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Sediakan loyang berukuran 7 inc dan di gris dengan butter serta lapikkan dengan kertas minyak, atau kertas pembakar

Masukkan telur ke dalam mixer
Putar telur dengan speed tinggi hingga kembang , ringan dan naik 3 kali ganda. Warnanya akan bertukar putih krim masa yang di anggarkan 6 minit

Ambil 1/3 bahagian telur dan kaup balik di dalam nutella.
Kaup balik rata
Ambil lagi 1/3 dan ulang proses yang sama hingga habis semua adunan telur
Tuangkan adunan di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mint
Bila dah masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan atas redai.


Caramel Sauce (tambahan)

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk



Letakkan kek di atas pinggan. Kek ni nipis aje ya..


Tuangkan sos karamel atas kek dan ratakan


Hiaskan jika perlu



CREDIT


Sejujurnya,Intan belum cuba lagi..tapi dah ada vision/gambaran untuk membuatnya nanti.Time raya ke...tahun ni balik Kelantan,hihi!

So kawan-kawan,mudah kan?Sila halau pulau kemalasan tu ye...Happy baking! =)






FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

0 Comments:

Post a Comment