Assalamualaikum..
Pada 19-20th April 2014,saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah seminar motivasi anjuran salah seorang Master Firdaus dan Kam Maria.Program tersebut diadakan di Dewan Tun Rahah di Menara Tun Abdul Razak,Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, Master Firdaus dan Kam Maria merupakan 'sibling' saya dalam Shaklee. Kami bermentorkan Master Ainul Shahrazad dan Dzuha, i.e. dari susur galur Group Jutawan Shaklee.Hence, explained kenapa saya berpeluang untuk join program ini meskipun saya bukanlah dari kalangan Group Empayar Maria Firdaus.
Objektif Program
Dalam program ini, kami di ajar cara dan teknik yang betul dalam membuat bisnes, khususnya bisnes Shaklee. Dalam seminar ini juga dikongsikan konsep Law of Universal Attraction dan juga teknik Menjemput Rezeki, bukannya Mencari Rezeki.Sebenarnya, rezeki lebih mudah mendatangi kita jika kita faham bagaimana untuk menariknya. Bayangkan, dengan hanya membayar RM80/pax (free untuk kanak-kanak), kami diberi peluang untuk menuntut ilmu yang berharga ribuan ringgit di luar sana.Sebagai eksekutif HR yang terlibat dalam proses latihan dan pembangunan staff,sedikit sebanyak saya boleh agak jumlah yang perlu diperuntukkan untuk mengadakan program ini.Sejujurnya, program ini sangat-sangat berbaloi!
Pengisian Progam
Speaker untuk program ini ialah Tuan Zuhairi Nopiah@Ateh dan Master Firdaus sendiri.Untuk permulaan, kami diajar untuk menulis tentang matlamat hidup kami. Master Firdaus berkongsi 121 matlamat hidup beliau yang terbahagi kepada :
- Apa Yang Ingin Diperbaiki Dari Segi Amalan Kerohanian
- Apa Yang Ingin Beliau Miliki Dalam Hidup
Master Firdaus berkongsi 121 perkara yang ingin beliau lakukan sebelum meninggal dunia |
Sebagai contoh, jika kita mahu memiliki kereta, tuliskan kereta apa yang kita mahu,warna apa,malah apa nombot platnya. Malah Ateh menyarankan kami memberi assignment supaya kami memandu uji kereta idaman kami dalam masa seminggu selepas program, supaya segala perasaan yang ada selepas memandu uji kereta tersebut akan subconciously membantu kami untuk memilikinya.
Antara perkara lain yang juga diterapkan dalam seminar ini ialah untuk sentiasa berfikir secara positif dan berniaga untuk menambah nilai kehidupan orang lain.Jangan sesekali berniaga kerana mahukan wang semata-mata. Berniagalah kerana Allah Taala. Jika kita benar-benar berniat untuk mempermudahkan hidup orang lain, maka inshaAllah, Allah SWT sendiri yang akan mempermudahkan hidup kita.
Ateh berinteraksi dengan peserta |
Pada hari kedua, Ateh berkongsi dengan kami tentang NLP,yakni teknik mempengaruhi orang lain dengan cara yang mudah. Sejujurnya saya pernah menghadiri kursus Profiling Elicitation Technique yang hampir sama dari segi kontennya, namun dari segi penyampaian dan konten keseluruhan, saya lebih sukakan program NLP ini kerana input dan penyampaiannya lebih jelas dan berstruktur.
Mesra Keluarga
Salah satu kenapa saya suka join program Shaklee kerana ia sama sekali tidak menghadkan kami untuk membawa anak-anak sama.Tak dinafikan kadangkala agak sukar untuk fokus bila anak-anak meminta perhatian. Tapi alhamdulillah, Incik suami seorang yang supportive dan cuba sedaya upaya untuk membolehkan saya menceduk ilmu sebanyak mungkin untuk mengembangkan bisnes kami.
Zunnurain khusyuk menyerap ilmu |
Zinnirah pun join sekaki,tak mahu ketinggalan.. |
Impian Masa Hadapan
Syukur rasanya kerana Allah memilih saya untuk menghadiri program ini. Harapan saya agar saya mampu untuk konsisten dan berjaya dalam bisnes ini, serta 'make a difference in our society' dengan menyentuh hidup orang lain. Adalah sia-sia jika kehidupan ini dibazirkan begitu sahaja, sedangkan begitu banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk menjadikan dunia ini lebih baik pada masa hadapan.
Pertemuan dengan bisnes Shaklee memberi ruang untuk menjana pendapatan sampingan dikala kesempitan dan kebuntuan,dan alhamdulillah kini saya mampu tersenyum dengan pendapatan 3 angka selama 3 bulan berturut-turut. Mungkin kecil bagi sesetengah orang, namun duit inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan dikala kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Alhamdulillah,tak tersalah 'memilih rumah'; dikurniakan mentor dan rakan-rakan yang hebat.Yang penting, mereka saling mengingatkan kita untuk sentiasa dekat kepada Sang Pencipta. Pengalaman ini bukan sahaja telah merubah kehidupan saya, malah suami dan anak-anak kepada kehidupan yang lebih selesa dan bahagia..
Jika anda berminat untuk menyertai kumpulan kami, anda boleh hubungi saya. Anda boleh PM, Whatsapp 019-7626464 atau hubungi saya,Intan Nadia Taib di Facebook.You know where and how to find me.
Insya Allah, kami akan bantu anda sedaya updaya untuk mengubah hidup kita semua ke arah yang lebih baik.
CREDIT
0 Comments:
Post a Comment