Tentu ramai yang dah dengar lagu Arjuna Beta kan?Sebuah lagu nyanyian Fynn Jamal.Semakin lama semakin hit di mainkan di corong radio...
Mula-mula Intan tak pay attention...tapi lama-lama saya tertarik dengan liriknya yang lain dari yang lain.So,Intan bertanya kepada Encik Google ,siapakah Fynn jamal dan apakah kisah di sebalik lagu ini.It landed me to this....
Inilah Bakti Arjuna.
Siapa sangka Arjuna atau Juna dikesan menghidap penyakit jantung berlubang seawal usia 1 bulan ++.Sesuatu yang pastinya sangat-sangat tidak diingini oleh kedua ibu bapa.Dan kos yang diperlukan untuk membuat pembedahan pada comel ini adalah RM35 RIBU RINGGIT dan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera.
Air mata ini terus tumpah.Terngiang-ngiang lagu dan lirik Arjuna Beta.Teringat masa awal-awal Zinnirah ditahan di hospital kerana menghidap bronchilitis tanpa di duga,juga pada usia yang lebih kurang sama.Sedikit sebanyak saya memahami perasaan Fynn Jamal,seorang ibu yang pastinya mengharapkan yang terbaik buat anaknya.Dan syukur,ujian saya tidaklah seberat mana untuk dipikul berbanding dengan Fynn Jamal.
Fynn menulis di Facebooknya meminta bantuan daripada masyarakat:
assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.
nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.
kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.
kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.
panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.nur affina yanti binti jamalludin
maybank164810008992
terima kasih.
Namun akaun Maybank beliau disekat oleh pihak Maybank.Atas kerjasama rakan-rakan Fynn termasuklah Kumpulan Hujan,mereka berjaya mengumpul dana untuk pembedahan sebanyak RM40k hanya dalam masa 24 jam!Lebih daripada yang diminta oleh pihak hospital!
Berikut adalah update di Page FB Fynn:
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.rakyat malaysia.
semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.
ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.
dari pagi beratur menanti.tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang. juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.juna perlu lekas, katanya.
terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.aku setuju.
ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.
ada yang perlu tunggu.macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.ada yang nasibnya lekas.dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--maka terbatal.perlu mencari tarikh semula.
dr lim semak kes juna.sihat, kata dia.jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.
"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.
dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas."esok".refleks-- aku jawab-- "boleh".dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"
aku toleh tri.tri pandang aku.serentak--kami cakap laju--"ada".
*pause*
kami bohong.kami tak ada duit.tapi kami nekad.
pinjam mana2. jual apa2.tapi mmg gila.aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?
DALAM SATU HARI.
aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.kun fayakun.
aku kering.paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.apa2 jualah.
aku tak kira.yang penting, jantung juna.
dan keajaiban berlaku.keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.kemanusiaan.random kindness.cinta sesama insan.
dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.
tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.rakyat malaysia.
terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.pada HUJAN terutamanya, pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.
juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.terima kasih memang tak cukup.tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.
sungguh,seklise mana bunyinya--cuma tuhan mampu balas semuanya.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.kita--ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.tentang kemanusiaan.tentang random kindness.tentang cinta sesama insan.
tentang bersatunya kita--demi seorang juna.
assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.
*******************************
Fynn,suami dan Juna |
Juna mungkin bukanlah anak mahupun darah daging saya. Malah kami langsung tidak memiliki sebarang pertalian.Namun naluri keibuan saya tetap tersentuh mengenangkan kisah beliau dan Fynn.Kalau tak, takdelah saya menangis time baca kisah mereka semasa menunggu Incik suami selesai menunaikan solat Zohor di Paradigm Mall tadi,tsk tsk!
Alhamdulillah, dengarnya Juna sudah semakin stabil dan sihat...Semoga Juna menjadi anak yang taat pada Allah,kedua ibu bapa dan berbakti kepada masyarakat.
Kisah mereka ini juga mengingatkan saya tentang suatu perkara yakni tentang kuasa Allah SWT.Kuasa doa seorang ibu terhadap anaknya...Doa adalah senjata kita dan jangan sesekali memandang enteng/malu/takut untuk meminta sesuatu dengan Allah SWT. Kadang-kadang kita lupa, sesuatu perkara mungkin kelihatan mustahil buat kita, tetapi TIDAK bagi Allah SWT.
Allah is bigger than any of our problem =)
Buat Zunnurain dan Zinnirah,
This is a song for you...
22 Comments:
hiba.. bertapa beratnya kita yg memandang berat lagi mereka yg menanggung..semoga adk juna dpt bertahan dan sembuh sepenuhnya..InsyaAllah.., Aamin.
ya allah..semoga sembuh ya..
dik…
juna dah lama sihat, sayang.
:)
janganlah disebar lagi.
nanti orang fikir akak lapar duit pulak.
salam,
kak fynn.
Wah...baru je nak tulis kat sini yang Juna dah lama sihat,Kak Fynn dah tulis terlebih dahulu.
Anyway,thank you for dropping by Kak Fynn..please send my kisses to Juna.Take care both of you =)
Cerita kak fynn boleh dijadikan pengajaran...
Jgn putus asa wahai ibu2 comel.... (^_^)
sdih nyer bce psal adk juna.. em, x sngka plak ad citer sdih cm nim di sbalik lgu ini.. ari ni bru jer thu.. syukur adk juna slamt.. mmg Allah maha berkuasa.. DIA mmpu buat ape sje..kite je yg prlu sntiasa berdoa pdNYA.. SMOGA ADK JUNA SNTIASA SHAT.. AMIN..
tersentuh . semoga adik arjuna sihat .
Alhamdulillah
Kejadian yang sangat menghayat hati . Subhanallah , Allah maha kuasa . Semoga juna sihat sehingga akhir hayat . Amin ya rabbal al amin . Tahniah kak fyn sebab dapat menghadapi ujian yg sangat besar ini . Kak fyn tolong sampaikan peluk cium saya kepada juna ye :D
#Ammbikkau #LuOke #WaOke
Smoge shat nye adekk juna...allah s.w.t sntiase ngan kita...smoge cpat smbuh..
Alhamdulilah
Alhamdulillah kak fynn....
hope selamat dunia akhirat . comel adik junaa :) . Hope sihat selaluuu
Bersyukur kepada allah kerana menyelamatkan adik Juna Yg comel... semoga di rohmati allah
Saya doakan moga Juna menjadi anak yang terbaik utk keluarga..
Alhamdullilah . Muda - mudahan Juna akan menjadi anak yang soleha kepada ibu bapa dan tidak akan lupa siapa yang menolong apabila dah besar . :)
Yang menulis comment pada 11 januari 2015 adalah saya . Saya berasal daripada Singapura . Saya suka semua lagu Fynn Jamal penyanyi yang sungguh hebat. Saya tahu tentang kisah ini pun daripada lirik - lirik lagu Fynn Jamal ibu kepada Juna jadi saya pun google dan dpt tahu.saya berharap yang terbaik untuk Fynn Jamal sekeluarga . Amin
awk bonda yg hebat finn,,,,,,,,,,,,,,,,,sejuta rahmat utk arjuna
Alhamdullillah juna selamat..tersedih bila baca..dan fynn pon tidak pernah give up..ibu yg kuat semangat..
Alhamdulillah...Mujurlh Juna selamat
Ya Allah
Post a Comment