Like Us On FB!

Sunday, 6 April 2014

Kenapa Pilih Bisnes Shaklee?



Akhirnya,entri yang ditunggu-tunggu...Bakpo Intan pilih bisnes Shaklee?

Bakpo mu jual Shaklee Intan???Bakpo bukan jual tudung ko ,baju kelawar ko,barang-barang baby, buat kek etc... 

Kamonnnnn,ramai gila kot orang jual Shaklee sekarang!!! :P

Background

Sebelum saya bekerja di PETRONAS lagi, sebenarnya saya sudah set minda saya bahawa saya akan bekerja sendiri nanti after serving my bond to the Employer. Sebagai langkah precautionary melakar masa depan, saya pun buat la beberapa plan...

berangan...
Saya bercadang untuk menulis buku supaya saya boleh generate passive income though takde skil dan kredibiliti,haha!Ehemmm,skills boleh dibentuk ok? Pada masa yang sama,saya nak buat business yang saya minat dan mendapat 5 figure income.Saya sangat yakin saya boleh achieve benda-benda ni...Masalahnya,saya nak jual apa???Ok, takpe2..kita chill2 dulu...kalau ikut plan,saya nak start semua ni by tahun ke 5 saya bekerja dengan PETRONAS.So still banyak masa lagi..lalala~

KOS SARA HIDUP

Setelah 3++ tahun berlalu, saya masih buntu...takde action. First step memang lambat sangat...Ditakdirkan Allah SWT saya mengandung anak ke 2,dan dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi di KL.Kerja kat KLCC plak tu,you knowlah standard harga makanan dan barangan di sana.Gaji RM4k++ ditambah dengan gaji suami hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami di KL,membayar hutang piutang dan memberi wang kepada kedua ibu bapa kami.Nak balik kampung pun kena fikir 100 kali sebab kosnya amat tinggi sehingga kadangkala kami terpaksa guna duit simpanan Tabung Haji. Sometimes, ramai yang tak tahu, kami makan maggi atau burger longkang je untuk alas perut kami pada waktu malam. Pagi kami makan roti je ..kat ofis saya letak biskut untuk cicah dengan air milo atau teh,supaya perut saya terisi sikit.Haha,sadis kan???So mintak maafla kalau siapa yang ajak saya berborak atau beli beg LV,Gucci etc..saya hanya mampu menemani korang aje disisi,hihi..Bab masak,saya selalu tak sempat masak sebab selalu balik lambat dan kondisi rumah saya kurang mengizinkan (those yang pernah datang rumah saya will understand).Jadi, orang lain ramai tak faham, awat kerja PETRONAS tapi duit tak cukup2?

STRESS

Dipendekkan cerita,Intan ni pun stressla...sebab frust mencongak-congak duit gaji yang tinggal untuk perbelanjaan.Hampir tiap-tiap-tiap bulan ada pulak unanticipated cost (kos yang tak dijangka ,eg: kereta rosak),oh noooo!Hidup bekerja makan gaji dan balik lambat untuk mengambil anak-anak di rumah babysitter juga sering menjadi topik yang dibualkan bersama Incik suami.Kesian anak-anak...si syaki kurang kasih sayang ibu bapa mereka...



Iman yang dah setipis kulit bawang ni rasa makin menipis lagi..Sibuk sangat dengan urusan dunia, sampai saya rasa ibadat saya kurang bermutu. Agaknya kalau Malaikat Raqib dengan Atid tengok amalan saya, dibalingnya ke dinding aje ... takde mutu,gaya dan keunggulan,haha!(ni analogi exaggerate skett). So,the stress has taken a toll of me and it affected my health and pregnancy. Saya rasa sedih sangat sebab saya tak dapat kontrol life sekarang. Kabur-kaburje rasanya masa depan.. :'(

TURNING POINT

So,itulah titik tolak permulaan saya untuk buat bisnes. Saya start dengan jual tudung dan kain cotton.Jadi dropship je,so tak ada modal pun..Tapi untung tak seberapa.Ok,mungkinlah saya ni tak pandai dan tak minat sebenarnya..fikir punya fikir,rasanya nak kena buat bisness lain gak,desperado sangat dah makcik Intanni...and setelah berfikir panjang, saya memilih untuk join bisnes Shaklee.

Why??
  • MENTOR & SISTEM YANG TERBUKTI: Nak buat bisnes ni mesti ada mentor dan sistem yang betul. Yes,boleh kalau nak trial and error , dan juggling seorang diri how to conduct the business tapi it will take longer time.Tapi bebbbbb, nape nak ikut jalan yang onak berduri kalau dah ada jalan alternatif yang siap ber'tar'?We have good and commited mentors to guide us,which explains kenapa group kami telah melahirkan berpuluh-puluh jutawan and jutawan to be up to date.Upline saya pun baru je mendaki ranking tertinggi dalam Shaklee i.e. master pada bulan Mac!Bonus bulanan beliau bulan lepas telah mencapai RM40,000 dalam masa lebih kurang 2 tahun sahaja!
Family Day anjuran Legasi Anugerah Terindah

  • BISNES YANG FLEKSIBEL: Sejak ada internet dan bermacam-macam lagi aplikasi seperti Facebook,Blogspot,Twitter,Instagram etc ni, membuatkan dunia berada di hujung jari.Kita still boleh buat bisness 24/7, walaupun kita berada di overseas.Apa yang perlu anda lakukan?Declare anda pengedar Shaklee,share kebaikannya di internet.Bila ada orang place order,anda boleh guna sistem online Shaklee, dan pihak mereka akan menghantarnya terus kepada customer.Coaching dengan upline pun senang, through whatsapp,secret group dan seminar.In fact ada yang jalankan coaching through phone juga. Yang paling best, ia mesra keluarga.Kita boleh bawa family termasuk anak-anak kecil bila pergi program coaching. So dengar ilmu sambil menjaga dan menyusukan baby tu permandangan yang biasa..
  • PRODUK YANG BERKUALITI: Sejak melahirkan Zunnurain,badan memang rasa lain macam penatnya.Kawan-kawan syorkan saya ambil supplemen,tapi saya keep cakap nanti dulu (dalam hati - ni kena pakai duit lagi,hihi).Frugality tahap super...Incik suami sentiasa jatuh sakit,dan akhirnya saya akur bahawa kami sebenarnya memang memerlukan supplemen untuk memperbaiki nutrisi badan.Saya try Vitalea dan B Complex semasa pantang, dan alhamdulillah saya boleh keep up with 2 kids berseorangan. Kalau dulu kompem-kompem dah meroyan tak cukup tidur,penat etc,hihi!Incik suami pun dah lama sangat tak demam sejak mengamalkan Omega Guard. Sebab tu we are in love and trust the product. One more thing, Shaklee ada banyak back up studies k?So, takdelah saya risau jual benda yang bukan-bukan kat customer ~





  • KAWAN-KAWAN YANG SUPPORTIVE: Pelik bin ajaib...saya tak pernah jumpa mereka,tapi we are supporting each other,bantu membantu untuk berjaya. Kawan-kawan Shaklee sering bagi nasihat,motivasi dan tips untuk berjaya. And they never fails to remind me untuk perbaiki hubungan dengan Allah SWT. Kalau dulu saya rasa sukar sangat nak mengamalkan zikir harian dan solat Dhuha, alhamdulillah semuanya sudah berubah sekarang. Ramai juga yang actually beli produk daripada distributor lain,tetapi bertanya kepada saya bagaimana cara consume produk tersebut.Tapi saya tak pernah fikir untuk mencantas distributor lain.Kami bersaing secara sihat, dan mahu berjaya bersama-sama suatu hari nanti :) 
  • MENANAM IMPIAN : Kita semua suka berangan kan?Teringat pula lagu Altimet dan Awi Rafael yang menjadi siulan ramai,termasuklah kami sekeluaga :P Saya ada banyakkkkkkkkkkkkkk sangat impian yang masih belum dapat ditunaikan. Antara yang significant ialah to make difference pada masyarakat.Saya suka voluntary work,helping others.Namun , dengan makan gaji seperti sekarang,impian saya dapat di tunaikan seperti yang saya mahukan,at least not now :( Tambah pula kalau anak sakit,bolehke kita nak jaga diorang sampai diorang sembuh kembali? Saya mahu hafaz quran,belajar tafsir quran,infaq lebat, nak bagi duit lebih pada ummi dan abah yang banyak berjasa, saya nak menunaikan haji secepat mungkin,melancong sana sini tanpa perlu fikir tentang komitmen di pejabat, nak ada rumah sendiri yang selesa untuk didiami kami sekeluarga dan boleh jadi tempat usrah/aktiviti bermanfaat untuk umum,etc.Saya nak membesarkan anak dengan air tangan sendiri,namun dengan keadaan dan situasi sekarang,ia mustahil untuk menjadi kenyataan jika saya masih berada dalam comfort zone i.e. jika saya memilih untuk still bekerja makan gaji.So,I choose Shaklee..sebab saya yakin dengan bergiat dalam Shaklee,impian saya mampu untuk menjadi kenyataan suatu hari nanti.Ramai yang dah berjaya, dan sekarang mereka cuba untuk membantu kami berjaya sama :)
Suka ikut perkembangan Master Lyna Noh yang banyak mengembara dan berkongsi cerita. Semoga Allah membantu saya mengikut jejaknya suatu hari nanti

Ahamdulillah,3 bulan saya mula serius berbisnes, bonus saya semakin meningkat setiap bulan..dari 2 angka,menapak ke 3 angka.Dan makin bertambah dari masa ke semasa.Inshaallah sikit lagi nak dapat bonus 4 angka.Kalau anda nak,anda pun boleh juga berjaya,yang penting kena reset minda dan cari mentor yang betul..

Anda sudah muak dengan kerja makan gaji,stuck dalam traffic jam dan dimarahi bos hari-hari?
Anda ingin bekerja dari rumah sambil membesarkan anak-anak mengikut acuan sendiri? 
Anda ingin memiki hidup yang bebas untuk membuat pilihan??(eg:vacation ke oversea,nak pergi kelas membaca al quran setiap hari tanpa risaukan kerja di pejabat)
Anda ingin achieve financial freedom???

Yes, anda boleh!!!

Sesiapa sahaja boleh join Shaklee tak kira pelajar, golongan veteran, penganggur,suri rumah, full time worker dan lain-lain. Dalam bisnes Shaklee,kita adalah bos, dan kita sendiri menjadi penentu ke arah mana yang kita mahu pergi. Masih belum terlewat untuk melakukan perubahan dan menggenggam bonus 3-4-5 malah 6 angka. Macam tak percaya je kan,tapi jutawan-jutawan senyap ini benar-benar wujud dan mereka sedang aktif ingin membantu sesiapa yang ingin keluar daripada kepompong kemiskinan.

Jadi, jika anda berminat untuk sertai kami untuk melakukan perubahan dalam hidup anda, hubungi saya dengan segera:

Puan Intan Nadia Taib @Intan
SID: 1074686
Mobile: 019-7626464.
Email:intaib@gmail.com

Fast Action, Fast Result!!!



































1 Comments:

alhamdulillah..smgt yer sis..mge berjaya.. :)
sya bru je mlgkah msuk fmly shaklee.. :)

Post a Comment