Hello peeps!
Siapa ada anak berumur setahun ke atas sket,tentu pening kepala menghadapi 'food war' bersama anak-anak. Saya pun menghadapi masalah yang sama dengan Zunnurain yang kini menginjak 2 tahun.Bila ditanya abang sulung saya , yang juga merupakan paedtrician specialist di Hospital USM,Kubang Kerian, beliau suruh saya rileks dan jangan mengalah dengan si anak.Keep giving them the same food or else,they will get nothing.
Tapi Nur ni lain sket...sometimes,dia boleh hidup dengan susu sahaja buat beberapa hari.Mana tak risau tengok anak macam nak go for 0 size je kan?No,no,no...saya rasa kita perlu cuba strategi-strategi lain bagi memastikan anak kita makan dan mengambil nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka. Jom kita tinjau apa strategi-strategi dan tips boleh kita gunakan untuk menang dalam peperangan ini..
Siapa ada anak berumur setahun ke atas sket,tentu pening kepala menghadapi 'food war' bersama anak-anak. Saya pun menghadapi masalah yang sama dengan Zunnurain yang kini menginjak 2 tahun.Bila ditanya abang sulung saya , yang juga merupakan paedtrician specialist di Hospital USM,Kubang Kerian, beliau suruh saya rileks dan jangan mengalah dengan si anak.Keep giving them the same food or else,they will get nothing.
Tapi Nur ni lain sket...sometimes,dia boleh hidup dengan susu sahaja buat beberapa hari.Mana tak risau tengok anak macam nak go for 0 size je kan?No,no,no...saya rasa kita perlu cuba strategi-strategi lain bagi memastikan anak kita makan dan mengambil nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka. Jom kita tinjau apa strategi-strategi dan tips boleh kita gunakan untuk menang dalam peperangan ini..
- Pinggan Khas: Hidangkan makanan anak di dalam pinggan yang berlainan daripada pinggan yang digunakan oleh orang dewasa.Hal ini bagi memastikan anak anda mengambil makanan dalam jumlah yang sepatutnya diambil oleh golongan kanak-kanak.Besides,pinggan orang dewasa kan boring..haha!Lain la kalau pinggan Portmeirion ka,Royal Albert ka...hihihi...
- Duduk Bersama: Duduk dan makan bersama-sama sewaktu sesi makan berlangsung.Dengan yang demikian,anda dapat melihat sendiri corak pemakanan si anak dan membantu dirinya menghabiskan makanan yang disediakan.Pada masa yang sama,sudah tentu anda dapat memberi galakan kepadanya untuk mengambil makanan yang tidak digemarinya. Ni tak, time makan dok busy dengan handphone sokmo.Makan main handphone, masuk tandas main handphone, sebelum tidur main handphone, bawak keter pun main handphone...Cane anak nak dengar cakap kita tu? =P
- Jangan Paksa: Jangan sesekali memaksa anak makan dalam kadar segera. Keadaan sebegini menyebabkan dia mencetuskan perasaan tidak suka kepada makanan yang dihidangkan pada waktu itu.So, beri masa kepada anak untuk menikmati makanan dengan cara yang disukainya.Of course,tahap kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membolehkan anda menggalakkan anak makan makanan yang berkhasiat dan sihat. Sabar ajolahhhh ok?
- Tambah Makanan: Jika anda mendapati si anak sukakan sesuatu makanan,jangan teragak-agak untuk menambah makanan tersebut setelah hidangan pertama habis.Apatah lagi jika anak anda sendiri yang meminta makanan ditambah.
- Mudah Dipegang:Berikan anak anda makanan yang mudah untuk dipegang.Biasanya anak-anak kecil suka untuk menyuap sendiri makanan berbanding disuap oleh ibu bapanya.Zunnurain pun sama..kecik sampai ke besor,tak nak makan bersuap langsung kalau dengan kami.Again,saboor ajelah kalau tengok sepah-sepahan itu..
- Sewaktu Lapar: Beri anak anda makan hanya ketika dia mula berasa lapar.Dengan yang demikian,sudah pasti dia tidak menolak makanan tersebut malah menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh nikmat dan sebaik-baiknya
- Bukan Waktu Mengantuk: Elakkan daripada menawarkan makanan kepada si manja yang sedang mengantuk ataupun baru bangun dari tidur.Hal yang sebegini mengundang rasa malas untuk dia makan makanan kerana seleranya belum terbit.Diorang pun macam kita yang dewasa ni gak...baik layan tidur,hihihi...
- Elak Banyak Air: jangan memberi anak anda minum terlalu banyak air sebelum dan semasa waktu makan berlangsung.Tindakan anda hanya akan menyebabkan si manja lekas berasa kenyang sehingga kurang berminat untuk menghabiskan makanan yang sedia ada.Logik kannn?
- Beri Perhatian : Anak-anak yang mempunyai masalah makan mungkin kurang perhatian daripada anda.Oleh itu,luangkan lebih banyak masa dengannya terutamanya ketika makan.
- Beri Pujian : Setiap kali si anak berjaya menghabiskan makanan yang anda sediakan untuknya, jangan lupa untuk memberikan penghargaan.
- Olah Makanan:Sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk memperkenalkan makanan baru kepada anak yang cerewet. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kesabaran dan daya kreativiti anda dalam menyediakan makanan tersebut.Kreativiti yang dimaksudkan bukan sekadar anda perlu menghias makanan berkenaan.Anda juga boleh mengolah makanan tersebut dengan menggabungkan ramuan makanan yang digemarinya.Ok,honestly saya ouuuuutt!
- Selitkan Cerita: Kanak-kanak gemarkan hiburan,jadi tiada salahnya untuk anda menyelitkan cerita yang berkaitan dengan makanan berkenaan ketika dia makan.Pada masa yang sama,ceritakan tentang khasiat makanan yang diambilnya ketika itu.Sedikit sebanyak,ia pasti menimbukan minatnya untuk makan
- Adakan Pertandingan: Anak anda pasti sukakan sesi makan sebegini.Antara jenis pertandingan yang boleh anda pertimbangkan ialah "siapa makan paling banyak sayur" ," siapa paling bersopan semasa makan","siapa paling bersih" dan sebagainya.Sebagai ganjaran,anda boleh menjanjikan makanan kegemarannya yang sihat dan berkhasiat disediakan dalam sesi makan seterusnya sebagai tanda penghargaan untuknya.
- Libatkan Anak: Sewaktu menyediakan makanan,pastikan anak anda turut serta dalam proses menyiapkan makanan yang mahu dihidangkan.Biarkan dia membantu anda menyukat bahan-bahan yang diperlukan.Dalam pada itu,jangan lupa soal keselamatan anda dan juga si anak ketika berada di dapur ye?Oh yesss.jangan lupa take pictures too *wink*wink*
Kesan peperangan |
- Makan Sendiri : Tindakan sebegini memang akan menyebabkan meja makan bersepah dengan taburan sisa-sisa makanan.Biarkan sahaja begitu..Anda mahu mengelakkan dia daripada mengalami masalah pemakanan bukan?Jadi,terimalah seadanya asalkan dia mahu makan makanan yang anda telah sediakan.Pasrah ajoo...
- Jumlah Kecil: Bagi si kecil yang cerewet makan,anda boleh berusaha untuk memikat seleranya dengan menawarkannya makanan dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu.Sekiranya dia masih menolak,jangan berputus asa naaa...Anda mungkin boleh mencuba di sesi yang lain pula.Chaiyoookkk!!
- Pelbagaikan Makanan: Pastikan jenis makanan yang diberi adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini penting untuk anda ambil peduli kerana ia bakal membantu anda mengelakkan si anak merasa bosan menjamah jenis makanan yang hampir sama setiap hari.
- Hidangan Menarik: tarik perhatian anak anda dengan menyediakan hidangan makanan yang menarik.Berdasarkan kajian psikologi,kanak-kanak mudah untuk menerima sesuatu perkara baru dalam kehidupannya apabila dia ditawarkan dengan sesuatu yang dapat menarik perhatiannya.Oleh yang demikian,anda boleh mencuba pelbagai dekorasi menarik bagi menari minat si anak.Selepas usia setahun,pengambilan makanan seharian anak mula berkurangan.Jangan khuatir dia kurang makan selagi mana dia sihat dan ceria.
Hope info ni sedikit sebanyak mampu sedikit sebanyak memberi idea kepada ibu bapa bagaimana nak handle kanak-kanak yang menghadapi masalah pemakanan.I know it's difficult, but don't stop trying :)
Untuk memastikan si manja mendapat nutrisi terbaik, boleh cuba set kanak-kanak pintar yang terdiri daripada Mealshake,Omega Guard dan Chewable Vitamin C.
Untuk keterangan lanjut,atau nak place order,boleh hubungi saya Intan Nadia Taib di no 019-7626464.
Untuk memastikan si manja mendapat nutrisi terbaik, boleh cuba set kanak-kanak pintar yang terdiri daripada Mealshake,Omega Guard dan Chewable Vitamin C.
Untuk keterangan lanjut,atau nak place order,boleh hubungi saya Intan Nadia Taib di no 019-7626464.
0 Comments:
Post a Comment