Like Us On FB!

Wednesday, 23 April 2014

Saya Mahu Kurus!


Kisah ini berlaku di sebuah negara di Eropah. Terdapat seorang lelaki bernama Doe yang berbadan besar yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan ke paras normal. Doe,seperti insan yang lain, telah mencuba pelbagai cara dan teknik untuk menurunkan berat badan, namun masih tidak berjaya. Dia mula berasa tertekan. Penat dan letih disebabkan segala usahanya untuk kurus menemui jalan buntu.



Pada satu hari, ketika Doe sedang membelek akhbar, terdapat satu iklan yang sangat menarik perhatiannya.

"Want to lose weight? But tired with the old ways of exercising? Want to try a new fun way in losing weight? We can guarantee you will lose 5 pounds in a week!! Call us at XXXX-XX-XXX to know more about our fun exercise programme"

Teruja dengan iklan tersebut, dia terus menelefon dan membuat tempahan perkhidmatan. Syarikat tersebut berjanji akan menghantar seorang pelatih bagi memulakan latihan penurunan berat badan pada esok hari.

Keesokan harinya, Doe telah bersiap-siap dengan baju senaman sementara menunggu pelatihnya sampai. Beliau berasa sangat teruja. Terbayang-bayang di fikiran akan bentuk badannya yang bakal kurus nanti.

Ting tong ~~...

Doe membuka pintu. Alangkah terkejutnya Doe apabila dia melihat seorang perempuan cantik berdiri di hadapan pintu rumahnya. Perempuan tersebut memakai baju yang bertulis,

"If you can catch me in the next 1 hour, I'll be yours..."

Kemudian perempuan tersebut terus berlari. Tanpa berfikir panjang, Doe mengejar perempuan tersebut dengan penuh semangat.


Setelah satu jam mengejar, Doe masih tidak berjaya mendapatkan perempuan tersebut. Lalu perempuan tersebut berkata kepada Doe untuk cuba lagi pada keesokan hari.

Pada keesokan hari, perempuan tersebut datang dan dengan penuh semangat Doe mengejar perempuan tersebut. Seminggu Doe mencuba namun tidak berjaya. Akhirnya sesi latihan tersebut tamat. Doe tidak berjaya mendapatkan wanita tersebut, namun setelah diperiksa berat badan beliau memang telah turun sebanyak 5 paun.

Doe ingin mencuba sekali lagi program tersebut. Dia berfikir mungkin kali ini dia mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan wanita tersebut dan pada masa yang sama dapat menurukan lagi berat badannya. Dia membuat panggilan ke syarikat tempoh hari dan membuat tempahan. Kali ini beliau dijanjikan dengan penurunan berat badan sebanyak 10 paun. WOWW!!

Keesokan harinya, datang lagi perempuan yang sama. Namun kali ini baju wanita tersebut bertulis,

"If you can catch me in the next 1.5 hours, I'll be yours..."

Doe berfikir, kali ini masa mengejar lebih lama. Pasti peluangnya lebih tinggi. Lalu berkejar-kejaranlah mereka berdua selama satu jam setengah setiap hari selama seminggu. Namun begitu, Doe masih tidak berjaya mengejar wanita tersebut. Tetapi Doe tetap gembira kerana beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 paun.

Doe masih tidak berpuas hati. Dia masih ingin cuba untuk mendapatkan wanita tersebut. Lalu dia terus menelefon syarikat tersebut dan membuat lagi satu tempahan. Kali ini syarikat itu berjanji yang Doe akan kehilangan sebanyak 20 paun. WAHH!! Doe berfikir kali ini pasti masa mengejar lebih lama. Lebih besar peluang dia kali ini.

Esoknya, pagi-pagi lagi Doe sudah bersiap sedia dengan baju senaman.

Ting tong ~~...

Doe membuka pintu. Dia terkejut!! Kali ini bukan perempuan cantik yang berada di hadapan rumahnya, sebaliknya seorang lelaki yang gagah dan sasa. Dia memakai baju yang bertulis,

"If I catch you in the next 3 hours, you'll be mine..."


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran dari cerita ini:

1. Sentiasa ada cara yang seronok untuk mencapai apa yang kita mahukan. Kita perlu memikirkannya (pesanan untuk diri sendiri yang mencuba untuk turunkan berat badan...Hehe...)

2. Jangan lari dari niat asal. Niat yang tidak baik akan dibalas dengan sesuatu yang tidak baik.

Semoga bermanfaat. Doakan saya...

0 Comments:

Post a Comment