Pelik..20 tahun yang lepas Shaklee menapak di Malaysia,jualan produk-produknya boleh dikatakan suam-suam suku...Pendek cerita tak berapa nak umphhhh!Tapi sejak akhir-akhir ini,jualannya meningkat sebanyak 5 kali ganda dan telah melahirkan ramai jutawan-jutawan senyap yang berpangkat suri rumah tangga!
Ternyata Shaklee telah menjadi suatu fenomena di Malaysia dan masyarakat kini lebih meyakini produk ini setelah melihat keberkesanannya (yang mana menjadi satu sebab saya menjadi distributor,hehe..).
Sejak Shaklee Malaysia mengetatkan peraturan mereka dalam menyelaraskan harga produk i.e. pengedar perlu menjual produk dengan harga runcit,bukan harga ahli , ramai yang mendaftar diri sebagai ahli Shaklee untuk menikmati manfaat sebagai ahli Shaklee. Daftar ahli Shaklee bukanlah satu perkara yang wajib,tapi ia adalah sangat-sangat digalakkan. Meh saya cerita kenapa:
1. CASH REBATE/BONUS :
Setiap kali melakukan pembelian produk Shaklee,ahli Shaklee akan mendapat points atau dalam bahasa Shakleenya ialah Unit Value (UV).Bergantung kepada jumlah UV anda,setiap ahli Shaklee akan mendapat cash rebate/bonus yang akan dimasukkan terus ke bank ahli Shaklee tersebut.Peratusan terendah adalah sebanyak 5% cash rebate daripada jumlah pembelian terkumpul pada bulan tersebut,yakni sebanyak 150uv (minimum). Sebab tu saya cadangkan kepada semua terutamanya pengguna-pengguna tegar Shaklee untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee kerana faktor ini.Jadi ahli bukan bermaksud anda kena meniaga. Makan-makan sendiri pun boleh ye...yang best, keahlian yang bernilai RM75 adalah untuk seumur hidup, dan anda tak perlu risau untuk maintain UV anda setiap bulan.Kalau bulan A beli barang,bulan B tak nak beli apa-apa pun tak ada masalah.
Kadang-kadang rasa macam tak best bila nampak iklan "Nak membeli dengan harga ahli,guna ID saya sekian sekian..".Saya pun kadang-kadang rasa bersalah sebab pernah buat,dan rasa cam sedikit kurang beretika di situ dari sudut berniaga dengan jujur dan taking care of customer's welfare...Sebab cash rebate tersebut akan diperoleh oleh pengedar,sedangkan yang menguruskan pembelian produk adalah customer sendiri dari A to Z.Tapi ini hanyalah pendapat peribadi saya sahajalah ye,no offence.. =D
Yang customer ni pula tercari-cari macam mana cara terbaik untuk mengambil supplemen yang telah dibeli oleh mereka.Sedangkan beliau berhak untuk dapatkan konsultasi terbaik daripada pengedar Shaklee tersebut. Bila dah jadi ahli Shaklee,by right anda layak untuk mendapat konsultasi seumur hidup dan berhak untuk mendapat jemputan ke group eksklusif FB/Whatsapp untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Shaklee.So,penting sangat untuk anda mendaftar dengan orang yang mempunyai kredibiliti dan berada dalam kumpulan sokongan yang betul.Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana berada di bawah kumpulan yang sangat supportive.
2. ONLINE SISTEM YANG MUDAH:
Sejak bulan Oktober 2013, Shaklee Malaysia telah melancarkan portal online untuk ahlinya,bagi memudahkan urusan komunikasi dan pembelian produk secara online.So,tiada lagi rushing-rushing waktu lunch hour atau selepas waktu kerja ke branch Shaklee berdekatan untuk mendapatkan produk.Tiada lagi kos tambahan seperti petrol/toll/parking untuk ke sana dan waktu menunggu di pejabat Shaklee.Kini,semuanya di hujung jari dan semudah A,B,C.Dengan menjadi ahli Shaklee, anda boleh terus order produk yang anda mahukan kepada Shaklee.Jimat masa maaa!!!5-10 minit je dah siap,chewahh ~
3. PENGHANTARAN OLEH PIHAK SHAKLEE:
Ni satu lagi yang best..setiap order yang dibuat akan diuruskan oleh pihak Shaklee,termasuklah dari segi penghantaran produk kepada customer. Tak perlu lagi saya mencari-cari masa untuk ke pejabat pos.Untuk pengetahuan,Shaklee mengenakan flat rate RM10 untuk kos penghantaran, dan percuma bagi setiap pembelian melebihi RM800 (Semenanjung) atau RM1000 (Sabah & Sarawak).Penghantaran percuma juga dikenakan jika order anda mengandungi produk Vivix.
Jangan tak tahu,ada yang berniaga Shaklee walaupun menetap di overseas.Siap dapat income riban-riban lagi...Apa yang anda perlu buat ialah marketing yang konsisten,buat fanpage,blog cantik-cantik sikit,FBAds etc dan tunggu customer datang.Yang penting,usaha yang konsisten dan tidak putus asa.
4. TAK PERLU MODAL UNTUK BERNIAGA:
Ni untuk sesiapa yang mahu menjebakkan diri anda dalam bisnes Shaklee.Kenapa tak perlu modal yek??Kerana customer yang bayar anda dulu.Again, hanya perlu rajinkan diri untuk membuat online marketing, dan order di Shaklee's website setelah customer membayar anda.Easy peasy mehhh..mudah sebenarnya online business ni kan?
So bisnes Shaklee ni milik anda..anda adalah bos kepada bisnes anda dan menentukan hala tujunya.Nak makan sendiri boleh,nak buat bisnes secara merangkak-rangkak boleh,nak buat bisnes gaya atlit pecut pun boleh..semuanya bergantung kepada usaha dan komitmen kita sebagai pengedar Shaklee dan of course,izin Allah SWT,tempat pergantungan dan pengharapan kita Islam.
5. UNTUNG JUALAN RUNCIT
Kalau anda tidak daftar sebagai ahli Shaklee, anda perlu membeli barang dengan harga runcit which is 15-20% lebih tinggi daripada harga ahli.Kalau anda berniaga Shaklee, anda enjoy 15-20% keuntungan jualan runcit tersebut,selain daripada insentif cash bonus dan lain-lain manfaat yang telah disebut di atas.Mungkin ada yang tak berkira untuk mendapatkan harga produk dengan harga runcit, tapi pada saya duit keuntungan ini bolehlah saya gunakan untuk bayar bil-bil rumah, sekolahkan anak saya di tempat yang lebih baik, tingkatkan infaq,bagi duit lebih pada ibu ayah/anak,shopping dan lain-lain.
So,anda berminat dan teruja untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang?Boleh hubungi saya ,Puan Intan Nadia Taib @ Intan di 019-7626464 untuk penerangan lanjut. Saya sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan anda sebagai salah seorang daripada Group Jutawan Shaklee yang hebat dan penuh dengan aura positif!
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee sahaja, juga boleh hubungi saya,Puan Intan Nadia Taib @ Intan di 019-7626464.
Anything, you know how to find me.Take care! =)
0 Comments:
Post a Comment