Whoaa..dah hari ke 28 since I delivered healthy Zinnirah to this world!Baru sedar bilamana saya menerima SMS dari seorang junior yang saya kenali semasa menuntut di UK dulu. To be honest, saya tak kira dan tak ingat sebab diri ini sebenarnya takdelah berpantang mana,hihihi...ampun Ummi!Anakmu ni nakal sikit,itu yang terbabas sana sini..hihihi..
Happy and Carefree
My family said I looked so happy and carefree...ehemmmm2...yelah,siapa tak carefree kalau makan pakaian dijaga..ada bantuan tambahan kalau kita memerlukan pertolongan..macam Tuan Puteri gituuuu!Tambahan pula dah lama saya tak masuk office,fikirkan tentang kerja yang tak akan habis...Huk!tak nak masuk ofis..=(
Hakikatnya,I really-really-really need this long break...I really need time for my family,and of course for myself as well. Pernah tak dengar, semakin kita jauh dari ofis,semakin kita menjadi diri yang sebenar?hihi..sebab tula kalau orang nak jalan-jalan or nak pergi menenangkan diri,nak pi jauh-jauh...kalau boleh oversea terusss,kelasssss!
Alhamdulillah,masa berpantang ni saya manfaatkan sebaiknya...This is the best time to reflect balik apa yang saya mahukan dalam hidup dan kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ni. This is the time to recharge yourself and start a new beginning..dalam maksud kata yang lain berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Kadang-kadang suasana sekeliling kita kurang membantu dalam membentuk dan mengekalkan jati diri yang baik.Sebagai contoh,ada yang menghadapi cabaran pasangan yang pesimis dalam setiap perkara dan kurang memberi sokongan kepada kita.Ada pula yang memiliki rakan-rakan dan jiran yang suka menyebarkan fitnah dan talam dua muka..Seterusnya cuba menyebarkan cas-cas yang negatif kepada kita. Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, pasti sukar sekali kita menangkis bedilan peluru negatif tersebut dan senantiasa bersikap positif dihadapan ramai.But yeah,let's keep telling ourselves to remain positive no matter what happen.Keep Moving FORWARD!Jangan pula bila orang being pessimist dan memburukkan sesuatu perkara, kita join sekali..hehe..
Buat wanita-wanita yang bakal menjadi ibu dan berpantang, rebutlah peluang berpantang ini untuk menilai kembali hubungan kita dengan manusia dan Allah SWT selaku Sang Pencipta. Agak-agak kalau kita jumpa dengan Rasulullah SAW sekarang, would he be happy to see us menguruskan kehidupan seharian selama ini?Redha Allalhkah dicari atau redha manusia yang kita dambakan?Set our target and priority in life..Bagi kaum lelaki,I'm so sorry sebab you guys tak dapat cuti panjang-panjang macam kaum wanita..TAPI, kita still wajib untuk cermin kembali diri ini dan improve dari semasa ke semasa ye?
Jappp...awattt,tak ada masa?
Well,find one! =)
Jangan biarkan diri ini terus tidak terarah..fikir apa yang anda mahu dalam hidup dan tetapkan tekad untuk menggapainya.
‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)
JANGAN menjadi PEMUJA DUNIA.
0 Comments:
Post a Comment