Like Us On FB!

Saturday 23 August 2014

Boikot Shaklee!!

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan. 

Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee. 

Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya. Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza tanpa henti. 

Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas lagi benar. 


Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin. Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu meletak hukum atas sesuatu perkara, kita mesti baca dari atas ke bawah satu persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan. Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit info daripada petikan blog ustaz. 


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?Atau bagaimana?

Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-


1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lain

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah) 

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam

Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-


جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.





Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
___________________________________


Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya, tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini. 

Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup
>>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.



Sijil Halal Shaklee 2014




b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,


>>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.
Adakah Shaklee PATUH SYARIAH?


c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus.

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 

>>> Shaklee TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel

Penyataan dari Syarikat #1




Penyataan dari Syarikat #2





Penyataan dari Syarikat #3

Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? Atau TIADA KAITAN antara keduanya?
Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post di Facebook beliau mempersoalkan



Status Ustaz Zaharudin #1

Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak. 




Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot


Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Dan ini yang ustaz reply balik. 



Reply dari Ustaz Zaharudin


Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan dan kontroversi.

Status Ustaz Zaharudin #2


Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar. Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.



Status ustaz zaharudin #3


Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling tepat"

bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..

Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam postnya pada 2007 seperti yang saya kongsikan di atas. Dan inilah sandaran kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin. 

Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah demi langkah bersama Shaklee Corporation. 

Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik utama kita sebagai seorang muslim terutamanya. 

Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi dalam berbincang sesuatu perkara. 

Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah, tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa antara sesiapa sahaja. 


Terima kasih


Master ira&hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com


************************************************************

Thank You Master Zahirah & Master Hafizan atas pencerahan yang diberikan. Saya juga mendapat tahu bahawa Roger Barnett sendiri telah menafikan keterlibatan Shaklee dengan mana-mana organisasi/negara/politik etc.Pihak peguam Shaklee sedang menyusun langkah untuk mengambil tindakan lanjut berkenaan isu ini.

Doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.Yang nak beli produk Shaklee,boleh beli dengan saya..hihihih.Just PM/Whatsapp saya,Puan Intan di 0197626464 :)

Babai~

0 Comments:

Post a Comment