Ada yang bertanya kepada saya, apa tips-tips untuk kurus.Almaklumlah nak dekat raya dah ni kan?Tentu ramai yang memasang angan-angan untuk tampil kurus dan menawan sempena Hari Raya. Tak kurang juga sesetengah kumpulan atau syarikat yang mengadakan "The Biggest Loser Challenge" untuk staf- staf mereka bermula sebelum puasa dan selepas raya. Jadi, disini Intan kongsikan beberapa tips mudah yang boleh anda amalkan untuk mencapai impian murni anda ini~
1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. Jangan skip meal anda..
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan .
3. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan
RULES: Nasi=1 genggam penumbuk,Protein=1/4 pinggan,Sayur & buah-buahan =1/2 pinggan |
4.Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
5.Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
6. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
7.Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti.
8.Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
9. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori
Makanan sihat usually sedikit mahal di jual di kedai. Jadi it's best kalau kita prepare sendiri untuk jimat atau cari kedai yang lebih murah ye,heee... |
10.Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
Sebenarnya,apa yang memainkan peranan di sini ialah 'ATTITUDE'.
Jika anda ingin berjaya dalam pelajaran, anda perlu memiliki ATTITUDE atau SIKAP sebagai seorang pelajar cemerlang.Sama juga jika anda ingin KURUS ,anda perlu SHAPE ATTITUDE sepertimana golongan yang BERUSAHA dan DAH BERJAYA UNTUK KURUS.
Inshaallah,anda mampu untuk berjaya =)
Which one are you...selepas Raya ini?Hehehe..
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
|
0 Comments:
Post a Comment