Like Us On FB!

Saturday 15 February 2014

Dunia Penuh Mimpi


Anda ada impian dalam hidup x? 

Contohnya macam nak jadi Presiden Petronas ke, nak hafaz quran paling kurang 10 juzuk ke, nak beli Airasia dari Tony Fernandes ke, or mungkin nak kahwin dengan selebriti cantik cam Luna Maya atau Neelofa??Haha..

Tipulah kalau xde...Setiap manusia pasti mempunyai kemahuan/cita-cita/impian yang ingin dicapai.Perasaan 'nakkan sesuatu'. Kalau dulu masa zaman sekolah menengah, ramai yang nak jadi doktor..profession paling glamer tang tu..Tak pandang plak engineer ke,cikgu,akauntan dan lain-lain,haha..(bukan sayalah).

Di dalam sebuah program motivasi dan kerohanian yang dikendalikan saya dulu, ada seorang muslimat tampil memberitahu saya bahawa beliau mahu menjadi seorang pendakwah.Dalam suatu event yang lain,seorang adik kecil memberitahu bahawa dia mahu menjadi seorang perekacipta mesin yang mampu memulihkan keadaan lapisan ozon Bumi yang semakin tipis dari hari ke hari.Selebihnya;ada yang mahu graduate dengan ijazah kelas pertama,melangsungkan perkahwinan sebelum berumur 26 tahun,menjadi seorang pelabur dan hartawan yang berjaya dan sebagainya.

Ya,mereka mempunyai impian.Saya pun menyimpan impian yang tersendiri.Kami mahu melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup dan bekerja keras mencapai apa yang kami impikan selama ini.


my dream house...ecehhh...
Namun,tak dapat tidak,ada yang mengungkapkan kata ‘sukar’,merasakan bahawa perkara yang mereka impikan itu hampir mustahil untuk dilakukan.Apatah lagi kalau tak dapat support mak,ayah,famili dan suami ..

“Ahh,aku hanya bermimpi,” kata si A.

“Ini hanyalah angan-angan kosong,”luah si B pula.


Realiti Mimpi

Hakikatnya kita memang hidup di alam mimpi.Percaya tak, kita dikelilingi dengan mimpi-mimpi selama ini..Ye, you got me right...kita hidup dikelilingi impian manusia...

Masih ragu-ragu???

Cuba lihat disekeliling anda.Antara benda yang terdapat disekeliling saya disaat ini ialah pen,buku,meja dan bekas minuman.

Barangan ini dan juga setiap barangan lain asalnya bermula daripada suatu idea.Idea-idea ini dikembangkan dan diperhalusi;seterusnya dilaksanakan sehingga ia berjaya membuahkan hasil yang membanggakan.Dan atas hasil usaha mereka inilah yang memberi anda peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan keseronokan dalam hidup k? Dalam erti kata lain,setiap barang disekeliling kita adalah bukti-bukti insan yang telah bekerja keras dan berjaya menjayakan mimpi-mimpi mereka, yang pernah dikatakan sebagai mustahil oleh orang-orang lain. Tak percaya lagi? Meh saya bagi contoh:

Thomas Edison: meskipun dipanggil sebagai seorang yang bebal di sekolah,lelaki ini tidak berhenti bermimpi dan berusaha untuk memajukan dirinya.Akhirnya beliau manjadi manusia pertama yang menciptakan mentol lampu di dunia setelah gagal dalam ribuan percubaan.Namanya dicatat di dalam sejarah dan diingati ramai sehingga kini.

Sultan Muhammad Al Fateh:  sebaik-baik pemimpin yang mengetuai sebaik-baik tentera untuk membuka Kota Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul,di Turki.Hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa kota kebanggaan Kerajaan Byzantine itu bakal dibuka dan diperintah oleh umat Islam menjadi pemangkin kepada kesungguhan para sahabat dan umat Islam yang terdahului untuk bermimpi,dan bekerja merealisasikan apa yang dipercayai dan diimpikan mereka.

The Biggest Loser: sebuah rancangan realiti di TV yang memaparkan peserta-peserta yang mempunyai berat badan yang berlebihan (overweight) bertanding dengan diri mereka sendiri untuk menjadi lebih kurus dan sihat.Hasilnya cukup mengkagumkan!Lihat sahaja gambar-gambar bekas peserta rancangan ini di bawah.





  


Faktor Kejayaan

Jika anda benar-benar ingin merealisasikan impian anda,ingin berjaya seperti mereka,anda wajib memiliki 2 kriteria di bawah :

1.Matlamat dan impian yang jelas.
2.’Unshakable’ determination

Dengan dua faktor ini,ia akan membantu anda untuk sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian tersebut termasuklah merintangi segala permasalahan dan cabaran yang bakal mendatang. Hiyeaaahhhh!

Maksudnya, jika anda mahu menjadi seorang doktor, anda akan belajar dan cuba membentuk diri menjadi seorang doktor dengan melengkapkan diri dengan ilmu perubatan,cuba untuk meningkatkan kesabaran dan keberanian,skil berkomukasi dengan pesakit,skil mengendalikan peralatan pembedahan dan sebagainya.

Jika anda mahu menjadi seorang jutawan,anda akan melakukan perkara dan usaha-usaha serupa yang boleh mendekatkan diri anda dengan cita-cita yang diimpikan.

Namun,perlu diingat bahawa setiap usaha anda perlulah seiring dengan syariat. Janganlah kerana mahu kaya,anda terlibat dengan rasuah.Mahu mendapat first class,tetapi anda menipu di dalam dewan peperiksaan.Berwaspadalah dengan tipu muslihat syaitan.

Penutup

Jutaan manusia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk berjaya.Di luar sana di saat ini,terdapat ribuan malah jutaan lagi penduduk di muka bumi yang bekerja keras demi mencapai apa yang mereka mahukan.Salah seorang daripada mereka mungkin adalah anda,jika anda berubah,mula bermimpi dan berusaha dari sekarang.

Kini, saya memiliki impian untuk berjaya dengan Shaklee..jika anda ingin berkongsi impian ini bersama saya, please let me know - PM FB/Whatsapp/SMS 019-7626464. InshaAllah, we have good mentors yang akan membimbing anda teknik yang betul untuk berjaya. Yang paling best, sejak saya join Shaklee ni, saya rasa amalan saya makin bertambah kualitinya dan kehidupan saya semakin bahagia :) Yang penting, anda perlu YAKIN dan PERCAYA!Takpe2...ni kita boleh borak dari hati ke hati nanti okeh?

                               

Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian…

Jangan ditangguh-tangguh lagi.Ayuh kita bermimpi dan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan mimpi-mimpi ini…

0 Comments:

Post a Comment