Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Wednesday 29 January 2014

Who Moved My Cheese?

Siapa suka cheese,angkat tangannnn!!!
Okayysss,Intan suka cheese gak,so saya angkat dua belah tangan...
Cheese ni sedap sangat, kalau buat cheese cake,memang meleleh air liur...teringat masa zaman belajar di universiti dulu..they are relatively cheap in ASDA. Tapi cheese kat Malaysia mahal kan? :(
Tapi hari ni saya bukan nak cerita tentang masak-masak..bukan juga pasal harga barang yang semakin meningkat di Malaysia.Hari ni saya nak share sebuah entri daripada blog suami saya ,tentang sikap manusia yang menghadapi suatu perubahan dalam hidup. Ni blog dia time zaman nak ngorat saya dulu,haha..
Not bad jugak tulisan incik suami ni sebenarnya..Jemput baca~

***********************************************************
Suatu masa dahulu, di sebuah 'maze', hidupnya 4 makhluk di situ. Dua makhluk tersebut merupakan tikus yang bernama Sniffy dan Scurry manakala dua makhluk lagi merupakan manusia kecil yang bernama Hem dan Haw. Setiap hari,mereka akan keluar mencari keju di dalam 'maze' tersebut, untuk memenuhi keperluan dan keinginan hidup mereka. Setiap pagi, mereka akan bersiap-siap dengan sut sukan dan kasut jogging untuk merentas 'maze' tersebut.



Sniffy, Scurry, Hem dan Haw


Disebabkan Sniffy dan Scurry merupakan seekor tikus, mereka mencari keju kegemaran mereka dengan menggunakan teknik 'try and error' tanpa perlu berfikir panjang. Manakala bagi Hem dan Haw, mereka mengunakan komplikasi akal dan fikiran mereka untuk mencari keju yang digemari.


Pada satu hari, mereka telah menjumpai satu simpanan keju yang sungguh banyak di Stesen C. Keju tersebut begitu banyak sehingga mereka merasakan keju tersebut cukup untuk mereka sampai bila-bila.


Keju di Stesen C

Sejak itu, setiap pagi mereka akan keluar dan mengambil keju dari stesen C. Kerana berasa selesa, Hem dan Haw telah membuang dan tidak menghiraukan lagi tentang kasut jogging mereka. Mereka merasakan kasut itu tidak diperlukan lagi. Tetapi Sniffy dan Scurry mengikat kasut jogging mereka di leher, bersedia untuk mencari keju jika keju di Stesen C kehabisan.

Lama kelamaan, Hem dan Haw makin lambat keluar untuk mengambil keju. Mereka juga berpindah lebih dekat dengan Stesen C. Mereka berasa selesa dan merasakan mereka tidak perlu mencari keju lagi. Mereka juga menganggap keju di Stesen C tersebut merupakan hak mereka. Tanpa mereka sedari, dari hari ke hari keju di Stesen C berkurangan.

Hem dan Haw menikmati keju di Stesen C

Sniffy dan Scurry masih menjalankan kehidupan seperti biasa, keluar awal pagi, menggantung kasut jogging di leher dan sentiasa memerhatikan sebarang perubahan di Stesen C. Mereka menyedari keju di Stesen C semakin berkurang.

Lama selepas itu, seperti biasa, Sniffy dan Scurry keluar awal pagi ke Stesen C untuk mengambil keju. Namun, setelah tiba di stesen, mereka lihat sudah tiada lagi keju di situ. Tanpa sebarang perasaan terkejut dan gelabah, mereka memakai kasut jogging mereka, dan masuk semula ke dalam 'maze' dan mencari keju yang baru. Tak lama selepas itu, Hem dan Haw pula tiba di Stesen C. Apabila mereka mendapati tiada lagi keju di situ, mereka amat terkejut dan tergamam. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Mereka rasa ini tidak adil lalu bertanya, "Siapa yang alihkan keju saya?". Mereka tidak mahu keluar kembali ke 'maze' mencari keju lain, tetapi memikirkan bagaimana keju mereka hilang, dan mencari di kawasan berhampiran. Dalam pada masa yang sama, mereka tidak dapat menerima kehilangan keju mereka.

Sniffy dan Scurry mencari keju baru, tetapi Hem dan Haw tidak mahu keluar mencari keju yang baru.
Dipendekkan cerita, setelah beberapa ketika menghadapi kesusahan dan kesukaran dalam usaha mencari keju baru, Sniffy dan Scurry berjaya menjumpai longgokan keju yang banyak di Stesen N. Mereka kembali hidup senang dengan keju yang baru. Manakala bagi Hem dan Haw, mereka terus hidup dalam kesempitan tanpa keju di Stesen C. Mereka masih mencari punca mengapa keju mereka hilang, dan siapa yang telah mengalihkannya. Setiap hari mereka mencari punca dan sebab, dan makin hari kehidupan mereka makin sempit dan susah tanpa keju.


Ketika Hem dan Haw masih mencari sebab kehilangan keju mereka, Sniffy dan Scurry sudah pun berseronok menikmati timbunan keju yang baru. Akibat terlalu lama berfikir dan mencari sebab di Stesen C, akhirnya Haw terfikir untuk kembali memasuki 'maze' dan mencari keju yang baru. Haw mengajak Hem untuk ikut bersama, namun Hem menolak. Hem tidak mahu untuk kembali ke dalam 'maze' yang penuh dengan ketidaktentuan dan tidak mahu mulakan semula kehidupan yang susah.

Haw akhirnya keluar mencari keju berseorangan kerana tidak berjaya memujuk Hem untuk ikut bersama. Sepanjang perjalanan mencari keju yang baru, Haw menempuhi banyak kesusahan, dan dia bergantung kepada sedikit keju yang dijumpainya sepanjang perjalanan mencari keju yang baru. Sepanjang perjalanan Haw, dia meninggalkan banyak kata-kata perangsang, berharap agar jika Hem berubah fikiran untuk keluar mengikutinya, Hem dapat membaca kata-kata tersebut.

Setelah lama merantau di dalam 'maze' tersebut, menghadapi pelbagai cabaran, akhirnya Haw menjumpai satu timbunan keju yang sangat banyak. Dia berasa sangat gembira. Di situ juga dia telah menjumpai Sniffy dan Scurry, yang telah lama menikmati keju-keju yang lazat itu. Haw akhirnya hidup senang bersama Sniffy dan Scurry. Dia sedar, walau berapa lama pun dia menunggu di Stesen C, keju tersebut tidak akan kembali. Dia perlu keluar dan mencari keju yang baru. Dan Haw berharap Hem sedar akan perkara itu dan keluar mencari keju yang baru.

Haw merasakan dia telah banyak belajar sepanjang pengalaman dia untuk berubah dan mencari keju yang baru. Dan Haw telah senaraikan pengajaran yang dia terima iaitu :

  1. Change Happens : They keep moving the cheese.
  2. Anticipate Change : Get ready for the cheese to move.
  3. Monitor Change : Smell the cheese often so you know when it is getting old.
  4. Adapt To Change Quickly : The quicker you let go of old cheese, the sooner you can enjoy new cheese.
  5. Change : Move with the cheese.
  6. Enjoy Change! : Savor the adventure and enjoy the taste of new cheese!
  7. Be Ready To Change Quickly And Enjoy It Again : They keepmoving the cheese.

Cerita ini diambil daripada sebuah buku yang bertajuk "Who Moved My Cheese?" yang ditulis oleh Dr. Spencer Johnson. Buku ini banyak digunakan di syarikat-syarikat besar di negara barat bagi mengubah sikap pekerja mereka supaya sentiasa bersedia untuk berubah. 4 watak tersebut melambangkan cara manusia menghadapi sesuatu perubahan, dan keju tersebut melambangkan keperluan dan kesenangan yang ingin manusia kecapi dalam hidup. Cerita di atas telah saya ringkaskan mengikut sesuka hati saya, jadi mungkin ada yang terkurang. Saya galakkan untuk anda membaca sendiri buku ini.


Buku ini bagi saya dapat mengubah pandangan seseorang dalam menerima sesuatu perubahan dalam hidup, tidak kira sama ada perubahan itu berlaku secara mendadak atau perlahan-lahan. Yang penting, kita dapat menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, dan mempositifkan perubahan tersebut sebaik yang boleh.

Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada cerita ini. Saya rasa anda boleh cungkil pengajaran itu sendiri. Cuma, setelah kita habis membaca cerita ini, kita tanya kembali kepada diri kita. Adakah kita Sniffy, Scurry, Hem atau Haw?

Fikirlah sendiri...

*****************************************************

Amcam penulisan Incik Suami?Not bad kan?

Anyway,when we discussng about this entry, we need to remind ourselves that hidup kita tidak akan selalunya stagnant..Ia akan sentiasa mengalami perubahan. Sebagai contoh, daripada hidup sebagai seorang yang masih single,kepada hidup berdua,dan seterusnya bertiga,empat etc (I mean hidup dengan anak-anak,bukan dengan bini ..hehe).Dari segi konteks seorang pekerja juga, kita tidak akan selama-lamanya melakukan sesuatu pekerjaan yang sama.Duduk di position dengan gaji yang sama. No No No..Mobility perlu dilakukan .Changes will happen, tidak kisahla dalam apa jua bentuk sekalipun.

The point is, bagaimana kita menerima perubahan dalam hidup tersebut?

Pilihan sebenarnya berada di tangan kita..To me, saya lebih suka fokus kepada future daripada dwelled dengan kisah-kisah lama and hidup mundane aje...The quicker you let go of old cheese, the sooner you can enjoy new cheese. Yang lagi sedap,dan lazaatttt,nyummmm!

So, jom jadi orang yang positif,tidak takut dengan arus perubahan dan berjaya dunia dan akhirat!



Sunday 26 January 2014

COMBO ISTIMEWA ESP SHAKLEE



MAHU KELIHATAN CANTIK DAN SIHAT MENAWAN??!!

Jom dapatkan set combo ESP yang super duper cool !!


'

Antara manfaat gabungan produk ESP dan supplemen Shaklee  yang lain adalah seperti berikut:

1. ESP + VIT E ~ kecantikan kulit
2. ESP + OMEGA GUARD ~ mengurangkan risiko keguguran/sesuai untuk pesakit DIABETES dan DARAH TINGGI
3. ESP + VITALEA ~ kesihatan yang optimum
4. ESP + LECHITIN ~ mengurangkan berat badan/mengawal kolestrol
5. ESP + ALFAFA ~ menganjalkan payudara/merapatkan keintiman wanita/gout/resdung/alahan/milkbooster
6. ESP + GLA ~ stabilkan hormin/kuatkan dinding rahim/ikhtiar untuk hamil/menaikkan seri wajah
7. ESP + OSTEMATRIX ~ lawaskan pembuangan air besar/gastrik/migraine/buasir/kesihatan tulang & sendi
8. ESP + ZINC ~ mempercepatkan penyembuhan luka/membantu penghasilan sperma dan ovum yang berkualiti
9. ESP + PERFORMANCE DRINK ~ membekalkan tenaga berpanjangan

Tunggu apa lagi,jemput pilih combo ESP mana yang berkenan di kalbu..hihi.

PM/WHATSAPP 019-7626464 untuk HARGA RUNTUH, serta konsultasi percuma dari kami. Peace!



A Matter of Perspective


ANDA MENGHADAPI MASALAH DENGAN ANAK-ANAK?STRESS DI TEMPAT KERJA?BERGADUH DENGAN SUAMI KERANA FINANCIAL CONSTRAIN?DISISIHKAN AHLI KELUARGA?

Di atas hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang melanda dalam hidup kita. Apa perasaan anda bila diuji sebegini?

Marah. Kecewa. Sedih. Putus Asa.

Mungkin perasaan tersebut bercampur-campur dan mengambil jangkamasa yang panjang untuk sembuh.

Saya tertarik dengan artikel FB yang di share oleh Zulhafidz Yahaya tentang perspektif yang sewajarnya dalam Islam terutamanya ketika menghadapi sesuatu masalah.



A Matter of Perspective

When you’re hurt by people who share the same blood as you, then just remember Yusuf (AS), who was betrayed by his own brothers.


If you find your parents opposing you, remember Ibrahim (AS), whose father led him to the fire.


If you’re stuck with a problem where there’s no way out, remember Yunus (AS), stuck in the belly of a whale.

If you’re ill & your body cries with pain, remember Ayoob (AS) who was more ill than you.

When someone slanders you, remember Ai’sha (RA) who was slandered throughout the city.

When you’re lonely, recall Aadam (AS) who was created alone.

When you can’t see any logic around you, think of Nuh (AS) who built an ark without questioning.

If you are mocked by your own relatives then think of Prophet Muhammad (SAW).

Allah (SWT) put these Prophets to trial, so that later generations may learn a lesson of patience & perseverance.

May Allah SWT give us the best perspective & understanding. Aameen.

UJIAN ONLINE BUSINESS

Dalam berniaga online tidak kisah apa produk sekalipun, tentunya ada ujian yang cuba menyekat anda untuk maju ke hadapan. Be it sales kurang,kesempitan masa untuk mengupdate fan page dan blog jualan,customer lari,tak power market the product,tiada mentor dan lain-lain.

Ok,anda ada masalah.Saya ada masalah. Anak saya pun ada masalah dia juga (haha!). Jadi apa respon kita?

The answer is BANGKIT. Bounce to a greater height. Do not afraid of the tests or to admit failure. Lihat sesuatu yang berlaku melalui kaca mata seorang Muslim yang praktis, yakni perspektif positif.

Allah takkan beri kita ujian yang kita tidak mampu tanggung. Dia dah janji dalam Al Quran,and we just have to believe,and usaha some more.Perhaps DOUBLE,or TRIPLE untuk berjaya. And of course, silalah bergaul dengan rakan-rakan yang boleh memberi cas-cas positif kepada anda bukan sebaliknya.

Untuk rakan-rakan yang ingin terjun dalam bisnes Shaklee bersama saya tidak kiralah siapa diri anda - eksekutif,pelajar,penganggur etc,boleh hubungi saya ,Intan,019-762 6464 untuk mengetahui bagaimana caranya. InshaAllah dengan bimbingan dan sistem yang betul,anda boleh keluar dari kemelut kesempitan hidup dan mendapat income 3-4-5 atau 6 angka suatu hari nanti!

Jangan takut untuk bermimpi! :D




Friday 24 January 2014

Tips Berkomunikasi Dengan Anak

Seronok saya melihat kawan-kawan yang semakin ramai melahirkan anak dan membina keluarga masing-masing.Alhamdulillah,pada usia muda, saya tidak ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan (24 tahun tu kira mudalah,hehe).Rasa kalau lagi awal,lagi best..Boleh challenge kawan-kawan yang dah ada anak lebih dari saya sekarang,hihi..

Malangnya..saya memiliki satu kekurangan. Saya masih jauhhhhh memahami tentang cara membesarkan anak-anak dengan baik.






Saya selalu berfikir, bila kita sebagai ibu bapa,boleh mula marah pada anak-anak?Bolehke kita memukul anak-anak kerana kedegilan mereka?Kalau boleh,kena pukul kat area mana?Guna apa?How to differentiate between spoiling and caring?

Ada a few comments mengatakan bahawa saya memanjakan anak sulung saya...(ermmm,yeke korang?haha..).It's pretty much confusing to me,seorang ibu muda dan tidak mempunyai ilmu dan pengalaman dalam membesar dan mendidik bayi dan kanak-kanak.How would you say which one is right or which is wrong sebab setiap anak adalah berbeza-beza dari segi sikap dan cara untuk mendidik mereka?Rasanya, orang lain pun macam try and error je sebenarnya,hihi..

So.....parenting is definitely not easy. 

Saya kagum apabila melihat ibu bapa yang mempunyai daya kesabaran yang tinggi dan kreatif dalam mendidik anak-anak mereka. Hats off untuk ibu bapa yang super ini..!Video di bawah adalah salah satu contoh komunikasi yang baik antara seorang ayah dan anak:





Kalau typical parents,confirm dan mengamuk takpun pengsan tengok anak diorang buat sepah and kotor camtu.

If you want to be untypical parents,here's how to do it.And let's don't forget,it's not too late to change and learn to be good parents with good parenting skills ..

Be available for your children

  • Notice times when your kids are most likely to talk--for example, at bedtime, before dinner, in the car--and be available.
  • Start the conversation; it lets your kids know you care about what's happening in their lives.
  • Find time each week for a one-on-one activity with each child, and avoid scheduling other activities during that time.
  • Learn about your children's interests--for example, favorite music and activities--and show interest in them.
  • Initiate conversations by sharing what you have been thinking about rather than beginning a conversation with a question.

Let your kids know you're listening

  • When your children are talking about concerns, stop whatever you are doing and listen.
  • Express interest in what they are saying without being intrusive.
  • Listen to their point of view, even if it's difficult to hear.
  • Let them complete their point before you respond.
  • Repeat what you heard them say to ensure that you understand them correctly.

Respond in a way your children will hear

  • Soften strong reactions; kids will tune you out if you appear angry or defensive.
  • Express your opinion without putting down theirs; acknowledge that it's okay to disagree.
  • Resist arguing about who is right. Instead say, "I know you disagree with me, but this is what I think."
  • Focus on your child's feelings rather than your own during your conversation.

Remember:

  • Ask your children what they may want or need from you in a conversation, such as advice, simply listening, help in dealing with feelings, or help solving a problem.
  • Kids learn by imitating. Most often, they will follow your lead in how they deal with anger, solve problems, and work through difficult feelings.
  • Talk to your children--don't lecture, criticize, threaten, or say hurtful things.
  • Kids learn from their own choices. As long as the consequences are not dangerous, don't feel you have to step in.
  • Realize your children may test you by telling you a small part of what is bothering them. Listen carefully to what they say, encourage them to talk, and they may share the rest of the story.

Parenting is hard work

  • Listening and talking is the key to a healthy connection between you and your children. But parenting is hard work and maintaining a good connection with teens can be challenging, especially since parents are dealing with many other pressures. If you are having problems over an extended period of time, you might want to consider consulting with a mental health professional to find out how they can help.

SET UNTUK KAUM IBU SHAKLEE!



RASA PENAT KETIKA HAMIL DAN MENGURUSKAN SUAMI DAN ANAK-ANAK?STRESS SUSU MERUNDUM?MAHU SET KEHAMILAN/BERPANTANG/MENYUSU YANG SELAMAT DAN BERKESAN?


Khas buat SUPER MOMMIES out there!


Saya juga seorang isteri dan ibu,tidak memiliki amah sebagai pembantu.Bekerja di sebuah syarikat swasta dan menjadi ibu kepada 2 anak menuntut saya untuk sentiasa fokus dan bertenaga. Jadi, saya memahami bagaimana penat dan sukarnya seorang isteri/ibu menguruskan rumahtangga. 


Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat, gembira dan bahagia, dapatkan set kehamilan,set menyusu dan set berpantang Shaklee kami! PM/WHATSAPP 019-7626464(Intan) untuk mendapatkan HARGA DISKAUN, serta konsultasi percuma dari kami . Do like our FB Fan Page SUPER VITAMIN as well yeaaa :D



Wednesday 22 January 2014

Testimoni Alfafa (1)

ANDA ADA MASALAH KEPUTIHAN?SEMBELIT?SUSU MERUNDUM?ASTHMA?

Jangan risau, Grab Your Product Now with Me!

Sebelum Promosi Januari habis atau produk licinnnnnnnnnnn!!

Ini antara testimoni pelanggan yang sudah mencuba alfafa Shaklee ye dan gembira dengan hasil yang diperolehi mereka .













Ada banyak juga yang 18SX tapi saya pulak yang segan sendiri nak letak banyak-banyak kat post ni..hihi~

Apa tunggu lagi...PM/WHATSAPP 019-7626464(Intan) untuk HARGA HEBAT, serta konsultasi percuma dari kami =D

Murah dan berbaloi- baloiiiii ~

Tuesday 21 January 2014

Selamat Hari Jadi !

20th January 2013..

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun Allah SWT menganugerahkan saya cahaya permata yang permata,Zunnurain.

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan memahami betapa besarnya amanah untuk mendidik seorang anak.

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun Zunnurain mengajar saya erti sabar dan kasih serta pengorbanan seorang ibu kepada seorang anak.

Alhamdulillah,hari ini genap 2 tahun Zunnurain memberi harapan kepada saya bahawa dia akan membesar menjadi anak yang taat kepada perintah Allah SWT,mengamalkan ajaran Rasullullah SAW dan kasihkan kedua ibu bapanya.

Selamat Hari Jadi buat anakku Zunnurain Mohd Khairul Anwar yang ke 2. You are one of the greatest gift that Allah SWT has given to me . Please do not stop teaching Ummi and Abi about love,honesty,patience and faith in Allah.


Both Ummi and Abi love you so much! Semoga Nur sentiasa sihat,ceria dan menjadi manusia yang bermanfaat dan memberi kegembiraan kepada masyarakat sekeliling.

Monday 20 January 2014

Kenapa Kita Memerlukan Supplemen

Ramai yang bertanya tentang kewajaran untuk mengambil supplemen dalam kehidupan seharian.Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa kita perlu mengambil supplemen.




✔ Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Vitamin daripada makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.


✔ Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

✔ Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.

✔ Gangguan penyerapan zat makanan dalam tubuh berlaku akibat pengambilan ubat penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.

✔ Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan , lemak,kolestrol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.

✔ Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.

✔ Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.

✔ Persekitaran yang tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.


Pada saya ia merupakan suatu pilihan individu.If you can,and want to, go for natural,healthy food by all means.Saya memilih untuk mengambil supplemen kerana saya tidak mampu untuk mengamalkan diet yang seimbang dan selalu keletihan dan kepenatan dalam mengimbangi tugas di pejabat dan di rumah (uuu...nak kerja dari rumah plzzz).

Lagi best,lain yang saya harapkan,beberapa masalah saya yang lain juga berjaya diselesaikan dengan izin Allah.Kalau nak tahu apa dia,boleh borak-borak dengan saya ok? Just PM saya di Facebook Super Vitamin atau Intan Nadia Taib or you may contact me at 019-7626464.





Saturday 18 January 2014

Info: Sejarah Alfafa


Di Malaysia, masih ramai lagi yang belum mengenali tumbuhan ALFAFA,sebuah tumbuhan yang sangat kaya dengan khasiat dan manfaatnya,bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada binatang ternakan. Apa tidaknya,tumbuhan inilah yang digunakan oleh pasukan Thariq bin Ziyad pada 711M untuk menjaga kesihatan perajurit dan kuda mereka supaya lebih kuat,sihat dan tangkas ketika cuba meluaskan empayar Islam di Sepanyol!
Daun alfafa @ father of all foods

Alfafa atau nama saintifiknya , Medicago sativa, berasal daripada sebuah perkataan arab yakni “al-fac-facah”, bermaksud “Father of all Foods” . Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi .Tumbuhan yang juga turut dikenali sebaga "Buffalo Herbs" mengandungi pelbagai jenis mineral termasuklah zat besi, kalsium, magnesium, fosforus,potassium dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin K, yang penting untuk pembekuan darah.

Antara manfaat dan kebaikan alfafa ialah:

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster


Alfafa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950 an. Ia menggunakan alfafa terbaik yang tumbuh di Califorrnia yang kaya dengan pelbagai jenis zat seperti yang telah dimaklumkan di atas.


Ni dia rupa Shaklee Alfafa Complex

Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

So,apa lagi....jom dapatkan supplemen ini untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan,inshaAllah...

Berminat untuk mendapatkan produk atau ingin konsultasi percuma? SMS/WHATSAPP saya (Intan) di 019-7626464Atau anda boleh sahaja PM saya di facebook Super Vitamin atau email di intaib@gmail.com.


Credit: