Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Sunday, 10 May 2015

Manfaat Peppermint Ginger Plus

Jika anda mencari-cari supplemen untuk merawat senak perut dan angin berlebihan dalam badan, peppermint ginger plus Shaklee mungkin boleh membantu.Bahan semulajadi seperti halia dan pudina yang terdapat dalama produk ini digunakan secara tradisional untuk merawat sindrom gangguan usus (IBS).

Siapa yang perlukan Peppermint Ginger Plus?
  • Mereka yang kerap gastrik,kembung perut,masalah angin,dan pedih ulu hati
  • Ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness dan loya
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang mengalami masalah muntah selepas menjalani pembedahan
  • Mereka yang mengalami masalah cirit birit
  • Mereka yang gemar mengembara dan mabuk laut/darat semasa dalam perjalanan
  • Mereka yang menghadapi masalah sendawa dan penghadaman



Manfaat Peppermint Ginger Plus
  • Daun pudina yang terdapat dalam produk ini membantu untuk melegakan otot perut
  • Membantu melegakan sakit gastrik,pedih ulu hati dan cirit birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan akibat kemoterapi
  • Daun pudina meransang pengeluaran peluh,jadi ini menyekat demam akibat selsema
  • Melegakan sakit ketika haid,loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak
  • Satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia membantu untuk menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita
  • Melegakan sakit perut,kembung perut dan melegakan gejala flu
  • Membantu melegakan masalah alergi pada saluran usus
  • Melegakan masalah batuk dan kahak


Apa Yang Membezakan Shaklee dan Produk Lain? (Shaklee's Difference)

  • Peppermint Ginger Plus merupakan kombinasi rumusan 4 herba daripada Barat dan Timur iaitu pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis.
  • Dibuat daripada bahan semuladi,bukan sintetik
  • Dihasilkan daripada prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini
  • Sangat membantu melegakan  loya,gastrik,mabuk laut/darat,sendawa dan masalah penghadaman.
Maka, anda boleh menggunakan Peppermint Ginger Plus bagi menggantikan pil Chi Kit Teck Aun(cirit birit),panadol untuk rasa loya dan ubat angin ketika perut kembung.

3 in 1,best kan?Intan pasti  kawan-kawan yang lebih kurang sebaya dengan Intan sekarang, ramai yang tengah mengandung atau merancang untuk mengandung.Oleh itu,boleh jadikan produk ini sebagai kawan baik anda semasa tempoh kehamilan ye? :)

Jika anda berminat untuk dapatkan  Peppermint Ginger Plus,hubungi Intan di 019-7626464 atau PM sahaja Intan di FB samaada di personal page (Intan Nadia Taib) atau di fan page (Super Vitamin Shop)

Yang best,jika anda menjadi member bulan ini dengan pembelian sebarang produk,akan melayakkan diri anda untuk mendapat bonus PERCUMA Vitalea daripada pihak Shaklee!So,rugilah kalau tak jadi member sekarang,Vitalea merupakan multivitamin yang penting sebagai asas pembinaan tubuh kita,Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan.

Jadi,jangan tunggu lama-lama...hubungi Intan dengan segera.

Wassalam.



Thursday, 2 April 2015

3 Tips Untuk Mudah Hamil

Ada dikalangan kita yang bunting pelamin...Ada yang lambat sedikit.Ada juga masih menanti sehingga kini...

This is one of my soft spot. Melihat kawan-kawan atau sanak saudara yang sangat mengingini kehidupan mereka dihiasi dengan bunyi tawa dan juga tangisan anak-anak kecil.Siapa yang tidak mahu bergelar mama/papa justeru mempunyai peluang untuk memeluk/mencium/bermain/dan lain-lain dengan anak sendiri?Zuriat inilah yang bakal menyambung generasi dan warisan keluarga kita.

Namun begitu,masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum cakna perihal kesuburan diri.Sekadar menganggap bahawa perlu berusaha untuk lebih kerap/kuat untuk meningkatkan potensi kehamilan adalah tidak tepat.Banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi kesuburan badan anda.Jom baca perkongsian Intan berkenaan tips-tips untuk mudah hamil.

1. Jaga Pemakanan dan Diet

Ini antara tips yang utama dan sangat penting. Anda perlu memastikan kesihatan badan anda adalah di tahap optimum sebagai persediaannya untuk conceive.Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

Bagaimana dengan supplemen?

Mengikut kajian pakar perubatan, asid folik dapat membantu merawat masalah kesuburan lelaki. Ia akan mengurangkankan kecacatan pada kromosom pada sperma lelaki.Sperma yang mengalami kecacatan apabila disenyawakan dengan telur ovum,akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Selalunya wanita yang mengalami keguguran  di peringkat awal kehamilan adalah disebabkan masalah ini.Untuk mengurangkan risiko ini, para suami dinasihatkan untuk mengambil asid folik daripada 700-1000mcg sehari.

Supplemen B Complex Shaklee yang mengandungi Asid Folik

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis.Bagi wanita,ia membantu dalam kematangan telur ovum,pembentukan palcenta dan ketika janin di'tanam' ke rahim. Bagi pasangan yang agak sukar untuk mendapatkan zuriat, perlu mengambil supplemen asid folik sebagai usaha untuk merawat masalah kesuburan. - Credit

2. Ketahui Waktu Subur & Ovulasi

Untuk mengira ovulasi kalkulator ini bagi mengira waktu subur anda.Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

 Alhamdulillah saya dan suami guna teknik jadual ni untuk merancang keluarga dan berhasil.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. 

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20


3. Elakkan/Kawal Tekanan Anda

Gaya hidup yang sibuk dan kompetitif membuatkan kita mudah penat dan stress.Stress akan memicu otak untuk mengirimkan signal yang mempengaruhi hormon yang mengendalikan ovulasi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Department Fisiologi,Medical College of Hoigo di US, stress boleh menurunkan kualiti hormon testosteron dan sperma dan kualiti sel telur ovum. Stress juga bisa mengganggu keintiman dan menurunkan hasrat untuk berhubungan seks.

Masalah pejabat,habiskan di pejabat sahaja k? Usah dibawanya pulang.Bila di rumah, tumpukan perhatian anda kepada keluarga dan pasangan.

Dear Stress,Let's Break Up ~
Ada banyak lagi tips-tips lain, tapi ini merupakan antara tips utama yang ingin Intan kongsikan bersama teman-teman. Kalau anda berminat nak tahu,boleh je mesej Intan di Facebook atau di whatsapp ye?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Good  luck!


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE













Friday, 13 February 2015

Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Usai sampai di Melaka selepas Maghrib,Intan tertidur kepenatan...sehinggalah 2.30 pagi,baru terjaga di tengah malam.

Now,tak boleh tidur...seakan tak percaya bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah meninggalkan dunia ini.Pemergiannya yang ditangisi ummah, mengetuk akal dan jiwa ini serta merta.Hati bertanya...

Sejauh mana aku sudah menyumbang kepada masyarakat dan dalam gerakerja dakwah?

Adakah aku sudah siap merangka perjalanan hidupku untuk agama?

Sudahkah aku persiapkan diri untuk bertemu dengan malaikat maut?

Malu rasanya untuk menjawab soalan-soalan ini,cukup malu...sedangkan dunia ini sungguh singkat untuk kita berlengah-lengah..

Kematian TGNA dimuliakan lagi di malam Jumaat (9.45pm) dan bersamaan tarikh syahidnya Imam Hassan Al Banna (12 Februari),seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi.

Ya Allah,sesungguhnya,kami menjadi saksi akan kesungguhan TGNA dalam dakwah dan membawa arus perubahan kepada ummah khususnya di Kelantan.Tok Guru merupakan nakhoda/pemimpin/idola rakyat(i.e. kami)  sepanjang hayat beliau...He's our Umar...

Rehatlah duhai Sang Murabbi..Terima kasih atas sumbangan dan jasamu kepada ummah.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat sana,inshaAllah...















Wednesday, 14 January 2015

Vitalea For Children dan Kelebihannya



Tempoh hari Intan ada jumpa specialist pediatrician untuk checkup Zunnurain dan Zinnirah. Ketika sesi checkup tersebut, doktor memberitahu bahawa kedua mereka berkongsi suatu masalah yang sama yakni kurang berat badan,it's way under the graph.Aiseyyymann...rasa macam budak-budakni cam berat je,rupa-rupanya selim melim sorang-sorang =(

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
So,Intan buat kesimpulan sendirilah...most probably sebab kurang makanlah,apetah lagi makanan berkhasiat. Anak-anak ini di fasa mahu bermain all the time, sampai kadang-kadang tak mahu makan sebab nak main je.So,mak ayah dialah tukang perabis makanan,which explains why badan kami semakin 'sasa' lately,haha!

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.So yeah, talk to doctors and follow his advice =)

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:


  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Tapi ada satu masalah...kebanyakan anak-anak sangat sukar mengambil pemakanan yang seimbang,apetah lagi nak memaksa mereka untuk makan sayur.Dehhhh...So,untuk membantu mereka melengkapkan kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan, dan mendapatkan kesihatan yang optimum, Intan syorkan Vitalea For Children~


Kenapa Vitalea For Children?

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  •  Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  •  Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas 
  • Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA 
  • Rasa yang sedap







Apa Yang Membezakan Vita-Lea for Children Chewable Berbeza Dengan Lain-lain Produk Di Pasaran?

  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan 
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti Yeszaa,kurangla sikit risiko kerosakan gigi kanak-kanak riang ni kan?
  • Pembungkusan BPA free
Siapa Yang Perlukan Multivitamin ini?

  • Yang kurang selera makan
  • Yang suka makan junk food
  • Untuk tingkatkan system imun
  • Yang kurang makan makanan berkhasiat
  • Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
  • Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
  • Yang selalu jatuh sakit
  • Yang kurang aktif


Untuk yang menghadapi masalah untuk mengunyah tablet, Intan syorkan Mealshakes Shaklee, untuk dibancuh bersama susu atau air kegemaran anak-anak.Semudah 1,2,3!

Mealshakes yang very nutritious!
Bulan January 2015 ini ada beberapa promosi menarik yang diadakan oleh pihak Shaklee. Antaranya ialah Buy 3 Free 1 Vitalea For Children. Jika anda mahu satu sahaja pun boleh dong~

Macam biasalah, contact Intan di 019-7626464 untuk mendapatkan harga tebaik untuk produk ini.Any enquiries, just direct dengan Intan di sini ye?

Cheriosss!

PS: Ada yang tanya shaklee kenapa harganya mahal dari  yang dulu Ini message dari pihak Shaklee

"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.

Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume 1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM 1.48 per serving compare to old formulation’s RM 1.20, which is an increase of only about 20%.

FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE







































Media Berkaitan


Wednesday, 19 November 2014

Manfaat dan Kebaikan Omega Guard Shaklee

Holla....!

Dah lama tak bercerita di blog.To those yang tak tahu lagi, Intan baru je pindah tempat keje baru.Ohh,still within syarikat oil & gas sekarang, but different subsidiary company now. Tempat baru ni pulak project environment, so challengesnya berbeza - load of works banyak gila,speed kena laju sokmo,adehhh...Memang takde masa nak berfoya-foya lah.. ='(

Anyway, bulan ni kan promosi Omega Guard Shaklee. Jadi Intan nak ceritalah serba seddikit berkenaan produk ini,Sebelum kita mengenali Omega Guard  secara lebih lanjut, ada beberapa perkara yang kita perlu faham terlebih dahulu - apa itu omega -3 atau dalam bahasa pasarnya ialah minyak ikan.Ok,jom kita tambah ilmu sama2..

Beli 2 dapat 5% discouunt,beli 6 dapat 1 free!

Apakah Omega-3?

Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu di mana nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk kesihatan tubuh dan otak. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu mesti diperolehi dari diet atau makanan tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua omega-3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi berlaku bersama-sama dan bekerjasama dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik.

EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. 

DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat dan sebab itulah mengapa ia adalah unik penting untuk wanita mengandung dan menyusu.

So,kita dah jelas tentang Omega 3, apa yang membezakan Omega Guard Shaklee dengan minyak ikan lain di pasaran?

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardin,mackarel,heering,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan daripada hati minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan.Berbanding dengan produk omega di pasaran,Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang merangkumi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan  950mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-penguusaha kilang menggunakan kaedah penuylingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan,akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrieen,malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untutk mengekstrak asid lemak Omega-3 paling yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industtri yang sangat toksin)




Manfaat Utama Omega Guard


  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - testimoni incik suami sendiri,,alhamdulillah sejak mengamalkan produk ini,tekanan darahnya kembali normal setelah sekian lama =) 
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin - ia adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina
  • Membantu perkembangan memori - DHA membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, which explains why iklan formula milk kat TV banyak emphasize pasal DHA 
  • Memelihara fungsi sendi (arthritis) - those yang ada gout pun elok ambil Omega
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - orang2 stress,jemput ambil omega untuk menstabilkan emosi anda
Omega usually sangat laris untuk ibu mengandung,ibu menyusu dan kesihatan anak-anak. Orang yang nak kurus pun ada yang consume Omega.Harga retail RM136 with 90 capsules inside.Not bad la kan? ;)

So,to those yang berminat nak amalkan supplemen ini,boleh hubungi Intan di Facebook atau telefon : 019-7626464 .

Till then,bai bai~



    















Sunday, 19 October 2014

Set Diabetes/Kencing Manis Shaklee

Sumber: www.podiatrybrooklyn.com
Sumber: www.podiatrybrooklyn.com
Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih suka mencuba rawatan tradisional dan herbal. Ramai yang menjadikan rawatan hospital sebagai ‘last resort’ atau pilihan terakhir mereka.
Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Apa yang mereka tidak sedar adalah kelewatan mereka ke hospital itulah yang mengakibatkan doktor tiada pilihan lain. Pada kami, nyawa adalah lebih penting daripada kaki. ‘Life Before Limb’, itulah prinsip kami.

Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.

Pesakit kencing manis mudah mendapat masalah jangkitan ini akibat tiga keadaan pesakit kencing manis iaitu:
  1. Neuropathy – Ia adalah keadaan dimana terdapat kerosakan pada sistem saraf pesakit. Ia boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu ‘sensory’, ‘motor’ dan ‘autonomic’
  2. Vasculopathy – Vasculopathy pula merujuk kepada keadaan tidak normal pada system salur darah pesakit kencing manis. Sistem peredaran darah pesakit ini biasanya kurang baik akibat tersumbat yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen serta nutrien.
  3. Immunopathy – Immunopathy adalah keadaan di mana pesakit kencing manis ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan  kuman akibat kelemahan sistem pertahanan badan merek

Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Saya pernah mendapat pesakit yang melecur kakinya akibat daripada bertungku. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.

Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai penyakit kencing manis, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa doktor sekiranya kaki mereka terluka. Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!

Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:
  1. Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
  2. Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
  3. Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
  4. Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
  5. Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.
Pesakit kencing manis yang mempunyai luka atau ulser di kaki mempunyai 15 peratus risiko untuk menghadapi amputasi atau dipotong kaki mereka akibat kaki yang membusuk, bernanah dan mati (gangrene).

Marilah kita sama-sama menasihati kenalan kita mengenai kepentingan menjaga kaki dan mengawal paras gula dalam darah.  Lebih baik lagi ialah mengelakkan diri dan kenalan kita daripada menghidap kencing manis.

Antara supplemen Shaklee yang biasa dicadangkan untuk pesakit diabetes ialah gabungan antara B-Complex,GLA dan Zinc Complex.Jika anda memiliki bajet lebih, boleh gunakan Vivix.


Sekalipun anda mengambil makanan tambahan, nasihat dan ubat-ubatan daripada doktor sama sekali tidak boleh diabaikan.Sentiasa dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor-doktor bertauliah dari semasa ke semasa.

Credit: Dr Mahyuddin,Malaysian Medical Gazette


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Sunday, 5 October 2014

Manfaat Herblax Shaklee

Beberapa hari yang lepas, adik ipar saya mengadu kepada Incik suami tentang masalahnya yang sudah beberapa hari tidak membuang hajat besar. Tak syok kan, bila kita tak ada masalah sembelit, ia akan membuatkan perut mengembung dan rasa yang sangat tidak selesa. Jika ini berlaku,ia adalah satu petanda bahawa pengambilan air dan serat dalam badan tidak mencukupi , menyebabkan najis menjadi keras dan  kering, lalu sukar untuk melalui usus.

Jadi, Intan dan suami cadangkan beliau untuk mengambil Herblax. Kami sudah mencuba untuk mencuci usus suka-suka i.e. detox sebelum ini,dan alhamdulillah kesannya amat menakjubkan!

Apakah antara kebaikan Herblax ini?

  • membersihkan najis yang tersekat dan membuang toksin dalam badan
  • meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut membantu mengembalikan proses semula jadi pembersihan usus (natural bowel movement)
  • mengempiskan perut
  • mengurangkan bau badan


So,apa yang terjadi setelah beliau mengambil Herblax?

Kali pertama, adik ipar saya mengambil 2 biji Herblax .Maksimum pengambilan Herblax sehari adalah 4 biji ,namun kebiasaannya 2 biji Herblax sudah mencukupi kerana kesannya agak kuat buat saya dan suami.

Tapi,mungkin usus adik ipar saya ni extra kebal sikit. Hari pertama tidak mendatangkan apa-apa hasil,melainkan pertambahan pembuangan air kecil sahaja.Saya kemudiannya mengesyorkan untuk meningkatkan dos kepada 4 biji dan mengingatkan beliau untuk minum air yang banyak.

Esoknya?Keluar habis apa yang patut dikeluarkan...hehe,alhamdulillah...

So,siapa ada masalah sembelit,boleh cuba Herblax ni..inshaAllah,kompem tak perlu kerut-kerut muka nak membuang pasni.Hihi..

Satu lagi kan, penting juga untuk kita detox usus kita,atau dalam kata lain membuang segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus.Apabila usus kita bersih dan sihat, barulah badan kita dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum.Oleh itu, Intan sangat sarankan kawan-kawan yang ingin mengambil supplemen turut membuat weekly detox dengan herblax ,agar tahap penyerapan nutrien di tahap optimum.

Cara Makan HerbLax?

Untuk detox dan kesihatan jangka masa panjang, digalakkan untuk mengambil herblax sebanyak 2 kali seminggu (2-4 biji sehari).

Harganya sangat berpatutan - harga runcitnya ialah RM52.50, untuk 120 biji tablet.

 Mahu tahu tentang produk ini dan jugak produk lain dengan lebih lanjut? Hubungi saya, Puan Intan di 019-762 6464.


FREE CONSULTATION
 and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE



Friday, 26 September 2014

Perpustakaan Awam Selangor

Assalamualaikum...

Based on tajuk,tentu korang dah tahu topik apa yang Intan nak bincang kali ni.Jadi,Intan nak bertanya suatu soalan yang cukup mudah...Dalam setahun dua ni,berapa kali korang dah melawat perpustakaan?Lalu kot sebelah perpustakaan tak dikira ye?Mesti mau masuk punyaaaa...

Haaa....ada sebulan sekali?Tu kira cukup hebat dah...Yang 'paling hebat,tak pernah jejak,hihi..Saya?Saya.....dah lama tak jejak semenjak keluar daripada universiti,hiiiii...2x5 jugak la.

Satu soalan untuk difikirkan bersama...Kenapa perpustakaan tidak ada dalam list kunjungan rakyat Malaysia?Sedangkan shopping malls dan pusat-pusat hiburan rakyat ni berpusu-pusu dihadiri oleh rakyat tempatan?Hihi...

Jawapannya mudah sahaja.

Perpustakaan di Malaysia tidak memiliki 'daya penarik'nya.No X Factor yang membuatkan kami mahu berkunjung ke sana lagi melainkan di musim peperiksaan sahaja (mungkin).Tak rasa the 'F' word - FUN! Which sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan budaya masyarakat yang tidak mesra buku-buku ilmiah, kurang berilmu dan berfikiran kritis.

Dulu-dulu semasa saya kecil,saya selalu berkunjung ke Perpustakaan Negeri Kelantan yang terletak berdekatan dengan Stadium Kota Bharu,Kelantan.Bila kawan-kawan sekolah rendah mahu ke sana,saya pasti akan cuba memujuk ibu bapa saya untuk menghantar saya ke perpustakaan juga.

Reason???

Tak nak kalah dengan kawan-kawan yang lain..haha! Besides, saya cuba menanam persepsi bahawa siapa yang kerap datang ke perpustakaan adalah orang-orang yang pandai,dan saya juga mahu menyaingi kepandaian rakan-rakan saya di sekolah :P

Setelah sekian lama masa berlalu,saya sudah lama tidak berkunjung ke mana-mana perpustakaan melainkan perpustakaan di universiti untuk study last minute sebelum exam,haha..Itu masa saya di Nottingham UK,suasana perpustakaannya agak kondusif untuk belajar (dan tidur :P).

Jadi pada hari weekend tempoh hari, kami telah membawa Zunnurain dan Zinnirah ke Perbadanan Perpustakaan Raja Tun Uda,Shah Alam di Seksyen 13,berdekatan dengan Kelab Golf Sultan Abd. Aziz Shah. Tempat ini berjaya di discover setelah kami menghadiri sebuah workshop keibu bapaan yang dianjurkan di sana.First time Intan set my eyes on it, memang terus jatuh cinta!I'm impressed....it really feels like going back to UK,lol. Modern facilities with nice surroundings..

Ni salah satu perpustakaan di Jubilee Campus,The University of Nottingham,UK.Cantik kan?Rindu awak 500% ~

Based on my readings, Perpustakaan Raja Tun Uda ini terbahagi kepada beberapa bahagian - kanak-kanak,remaja dan orang dewasa.Anda boleh lihat sendiri the 'charms' of this library..

Cool x?

No Games plzzz..teheeee...
Ni Zon Kanak-kanak riang cam Nur and Nia..


Tempat favorite - Reading Tree

Ia juga memiliki 2 gimnasium mini(1 untuk lelaki,1 untuk perempuan - suka,suka!) dan 1 gimnasium utama(campur lelaki & perempuan).Kalau nak walk in, bayar RM5 je untuk 3 jam.Kalau nak jadi ahli,bayar RM30 untuk keahlian seumur hidup + RM 40 untuk yuran bulanan.

They also had cafetaria,,bilik teater 3D,XD/6D,pusat siber dan bilik meeting.Saya tak pernah explore ke facilities tersebut melainkan ke salah satu bilik meeting di sana.So,tak boleh nak komen lebih-lebih,hihi...But the room is pretty much conducive.

Salah seorang daripada bekas penuntut UITM Shah Alam pernah memberitahu saya bahawa perpustakaan universiti mereka sangat crowded menjadikan ia kurang kondusif sebagai tempat untuk mengulangkaji pelajaran. So far, perpustakaan ini tak crowded,so no worries yea!

Oh,satu perkara penting yang perlu saya beritahu juga di sini!

Mereka menyediakan perkhidmatan coaster dan bas percuma daripada a beberapa tempat terpilih termasuk Kompleks PKNS dan kawasan Seksyen 18 (whee,dekat umah!).Check out the their schedule here!

So kawan-kawan, if you're looking for an educational place for your kids,or tempat untuk buat tesis/assignments/etc, I would recommended this place.Tak kenal,maka tak cinta...tapi kalau anda rasa nak berkapel2,jiwang2 kat sini,mintak maaf naaa...carik tempat lain,plzzzz.Ahakss!

Jemput datang !



Ibu dan anak mithali (sila ameenkan,plss...tq,hehe)




Sunday, 24 August 2014

Santai Raya PETCO

Salam kawan-kawan,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...hehe,lambat sikit buat ucapan raya,but it's never too late kan?In fact,sekarang ni tiap-tiap minggu ada je dapat jemputan open house.So,fefeeling raya tu should tak hilang lagi,hihi..

Tiap-tiap tahun,biasanya PETRONAS dan its subsidiary companies akan buat raya gathering di hotel-hotel berdekatan dengan KLCC. Hari Jumaat lepas,bersamaan 15hb Ogos lepas,tempat Intan kerja sekarang i.e. PETCO Trading Labuan Company Ltd buat raya celebration at Prince Hotel dengan tema Santai Raya PETCO.Husband dah muncung,jeles..sebab his office buat kat dalam office je,hihi..

Masuk-masuk duduk je, ada a few cartoonist yang akan melukis karikatur anda.Once dia siap lukis, dia akan bagi kat anda and proceed untuk lukis orang lain pula.Cool eh?Despite of giving the usual door gift, we get caricature of ourselves pula..not a bad idea!=D

The cartoonist tengah melukis dengan penuh konsentrasi

Untuk Raya Gathering kali ini, PTLCL telah menjemput Bell (Nasrizal Ngasri) dan Amir Raja Lawak sebagai pengacara jemputan while Kumpulan Hujan untuk penyanyi jemputan.Sempatla ambil gambar dengan diorang..

Hujan in the house!


Adik manis nak amik gambar dengan Noh Hujan,saya turutkan ajela...hehe

Ayu,Saya,Belle and Amir Raja Lawak yang satu negeri denganku,hoho..

At the same time,photobooth seolah-seolah menjadi satu kewajipan untuk mana-mana event yang kinda casual sikit di PETRONAS. So,Intan tak lepaskan peluang juga untuk beraksi,ecehh..(but to be honest,I'm kinda shy person in public,tssk)

Anyway,memandangkan Intan pernah jadi committee untuk handle Raya Gathering before this,so Intan bolehla appreciate sikit on susah payah nak handle event besar yang dihadiri oleh VVIP ni.Apa-apapun KUDOS buat penganjur tahun ini, I think they did very well.The staff really enjoy the show. I enjoyed the event too..So most of the staff stayed until the end of the event. Kalau tak best,awal-awal lagi kami angkat kaki~

With Raihana and Ernie

Shazana,Richard,Norida and awek cun!

diapit oleh Kak Shidah and Syamala


As mentioned in my instagram and FB, this is going to be my last event with PETCO as I'm moving to Pengerang Integrated Petroleum Complex atau lebih mesra dengan panggilan RAPID project di Pengerang,Johor.InshaAllah,selepas ini Intan akan based di The Intermark,bangunan yang sekali dengan Double Tree by Hilton across Ampang Park bermula 1st September 2014.

Oh,can't wait to do new function and meet new people! Please pray for my happy,new journey di sana :)

PS: Those yang nak makan tanpa risaukan masalah kolestrol/darah tinggi,boleh cuba produk Phytocol-ST. Ia mampu menurunkan kolestrol anda secara semula jadi.Penurunan kolestrol dalam badan mampu mengurangkan risiko heart attack,hypertension,stroke etc.

Whatsapp saya,Puan Intan di 019-7626464 jika berminat.


Saturday, 23 August 2014

Boikot Shaklee!!

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan. 

Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee. 

Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya. Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza tanpa henti. 

Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas lagi benar. 


Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin. Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu meletak hukum atas sesuatu perkara, kita mesti baca dari atas ke bawah satu persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan. Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit info daripada petikan blog ustaz. 


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?Atau bagaimana?

Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-


1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lain

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah) 

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam

Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-


جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.





Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
___________________________________


Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya, tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini. 

Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup
>>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.



Sijil Halal Shaklee 2014




b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,


>>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.
Adakah Shaklee PATUH SYARIAH?


c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus.

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 

>>> Shaklee TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel

Penyataan dari Syarikat #1




Penyataan dari Syarikat #2





Penyataan dari Syarikat #3

Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? Atau TIADA KAITAN antara keduanya?
Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post di Facebook beliau mempersoalkan



Status Ustaz Zaharudin #1

Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak. 




Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot


Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Dan ini yang ustaz reply balik. 



Reply dari Ustaz Zaharudin


Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan dan kontroversi.

Status Ustaz Zaharudin #2


Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar. Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.



Status ustaz zaharudin #3


Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling tepat"

bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..

Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam postnya pada 2007 seperti yang saya kongsikan di atas. Dan inilah sandaran kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin. 

Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah demi langkah bersama Shaklee Corporation. 

Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik utama kita sebagai seorang muslim terutamanya. 

Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi dalam berbincang sesuatu perkara. 

Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah, tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa antara sesiapa sahaja. 


Terima kasih


Master ira&hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com


************************************************************

Thank You Master Zahirah & Master Hafizan atas pencerahan yang diberikan. Saya juga mendapat tahu bahawa Roger Barnett sendiri telah menafikan keterlibatan Shaklee dengan mana-mana organisasi/negara/politik etc.Pihak peguam Shaklee sedang menyusun langkah untuk mengambil tindakan lanjut berkenaan isu ini.

Doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.Yang nak beli produk Shaklee,boleh beli dengan saya..hihihih.Just PM/Whatsapp saya,Puan Intan di 0197626464 :)

Babai~