Like Us On FB!

Intan dan Khairul

Tahu lebih lanjut tentang kami.

Permata Hati Kami

Zinnirah dan Zunnurain.

Supplement produk Shaklee

Tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee bersama kami

Ramadhan Kareem

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil risiko jika mahu lebih berjaya dalam hidup.

Monday 24 March 2014

Tips Atasi Masalah Pemakanan Kanak-Kanak

Hello peeps!

Siapa ada anak berumur setahun ke atas sket,tentu pening kepala menghadapi 'food war' bersama anak-anak. Saya pun menghadapi masalah yang sama dengan Zunnurain yang kini menginjak 2 tahun.Bila ditanya abang sulung saya , yang juga merupakan paedtrician specialist di Hospital USM,Kubang Kerian, beliau suruh saya rileks dan jangan mengalah dengan si anak.Keep giving them the same food or else,they will get nothing.

Tapi Nur ni lain sket...sometimes,dia boleh hidup dengan susu sahaja buat beberapa hari.Mana tak risau tengok anak macam nak go for 0 size je kan?No,no,no...saya rasa kita perlu cuba strategi-strategi lain bagi memastikan anak kita makan dan mengambil nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka. Jom kita tinjau apa strategi-strategi dan tips boleh kita gunakan untuk menang dalam peperangan ini..
  • Pinggan Khas: Hidangkan makanan anak di dalam pinggan yang berlainan daripada pinggan yang digunakan oleh orang dewasa.Hal ini bagi memastikan anak anda mengambil makanan dalam jumlah yang sepatutnya diambil oleh golongan kanak-kanak.Besides,pinggan orang dewasa kan boring..haha!Lain la kalau pinggan Portmeirion ka,Royal Albert ka...hihihi...
  • Duduk Bersama: Duduk dan makan bersama-sama sewaktu sesi makan berlangsung.Dengan yang demikian,anda dapat melihat sendiri corak pemakanan si anak dan membantu dirinya menghabiskan makanan yang disediakan.Pada masa yang sama,sudah tentu anda dapat memberi galakan kepadanya untuk mengambil makanan yang tidak digemarinya. Ni tak, time makan dok busy dengan handphone sokmo.Makan main handphone, masuk tandas main handphone, sebelum tidur main handphone, bawak keter pun main handphone...Cane anak nak dengar cakap kita tu? =P

  • Jangan Paksa: Jangan sesekali memaksa anak makan dalam kadar segera. Keadaan sebegini menyebabkan dia mencetuskan perasaan tidak suka kepada makanan yang dihidangkan pada waktu itu.So, beri masa kepada anak untuk menikmati makanan dengan cara yang disukainya.Of course,tahap kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membolehkan anda menggalakkan anak makan makanan yang berkhasiat dan sihat. Sabar ajolahhhh ok?
  • Tambah Makanan: Jika anda mendapati si anak sukakan sesuatu makanan,jangan teragak-agak untuk menambah makanan tersebut setelah hidangan pertama habis.Apatah lagi jika anak anda sendiri yang meminta makanan ditambah.
  • Mudah Dipegang:Berikan anak anda makanan yang mudah untuk dipegang.Biasanya anak-anak kecil suka untuk menyuap sendiri makanan berbanding disuap oleh ibu bapanya.Zunnurain pun sama..kecik sampai ke besor,tak nak makan bersuap langsung kalau dengan kami.Again,saboor ajelah kalau tengok sepah-sepahan itu..
  • Sewaktu Lapar: Beri anak anda makan hanya ketika dia mula berasa lapar.Dengan yang demikian,sudah pasti dia tidak menolak makanan tersebut malah menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh nikmat dan sebaik-baiknya
  • Bukan Waktu Mengantuk: Elakkan daripada menawarkan makanan kepada si manja yang sedang mengantuk ataupun baru bangun dari tidur.Hal yang sebegini mengundang rasa malas untuk dia makan makanan kerana seleranya belum terbit.Diorang pun macam kita yang dewasa ni gak...baik layan tidur,hihihi...
  • Elak Banyak Air: jangan memberi anak anda minum terlalu banyak air sebelum dan semasa waktu makan berlangsung.Tindakan anda hanya akan menyebabkan si manja lekas berasa kenyang sehingga kurang berminat untuk menghabiskan makanan yang sedia ada.Logik kannn?
  • Beri Perhatian : Anak-anak yang mempunyai masalah makan mungkin kurang perhatian daripada anda.Oleh itu,luangkan lebih banyak masa dengannya terutamanya ketika makan.
  • Beri Pujian : Setiap kali si anak berjaya menghabiskan makanan yang anda sediakan untuknya, jangan lupa untuk memberikan penghargaan.
  • Olah Makanan:Sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk memperkenalkan makanan baru kepada anak yang cerewet. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kesabaran dan daya kreativiti anda dalam menyediakan makanan tersebut.Kreativiti yang dimaksudkan bukan sekadar anda perlu menghias makanan berkenaan.Anda juga boleh mengolah makanan tersebut dengan menggabungkan ramuan makanan yang digemarinya.Ok,honestly saya ouuuuutt!
  • Selitkan Cerita: Kanak-kanak gemarkan hiburan,jadi tiada salahnya untuk anda menyelitkan cerita yang berkaitan dengan makanan berkenaan ketika dia makan.Pada masa yang sama,ceritakan tentang khasiat makanan yang diambilnya ketika itu.Sedikit sebanyak,ia pasti menimbukan minatnya untuk makan
  • Adakan Pertandingan: Anak anda pasti sukakan sesi makan sebegini.Antara jenis pertandingan yang boleh anda pertimbangkan ialah "siapa makan paling banyak sayur" ," siapa paling bersopan semasa makan","siapa paling bersih" dan sebagainya.Sebagai ganjaran,anda boleh menjanjikan makanan kegemarannya yang sihat dan berkhasiat disediakan dalam sesi makan seterusnya sebagai tanda penghargaan untuknya.
  • Libatkan Anak: Sewaktu menyediakan makanan,pastikan anak anda turut serta dalam proses menyiapkan makanan yang mahu dihidangkan.Biarkan dia membantu anda menyukat bahan-bahan yang diperlukan.Dalam pada itu,jangan lupa soal keselamatan anda dan juga si anak ketika berada di dapur ye?Oh yesss.jangan lupa take pictures too *wink*wink*
Kesan peperangan

  • Makan Sendiri : Tindakan sebegini memang akan menyebabkan meja makan bersepah dengan taburan sisa-sisa makanan.Biarkan sahaja begitu..Anda mahu mengelakkan dia daripada mengalami masalah pemakanan bukan?Jadi,terimalah seadanya asalkan dia mahu makan makanan yang anda telah sediakan.Pasrah ajoo...
  • Jumlah Kecil: Bagi si kecil yang cerewet makan,anda boleh berusaha untuk memikat seleranya dengan menawarkannya makanan dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu.Sekiranya dia masih menolak,jangan berputus asa naaa...Anda mungkin boleh mencuba di sesi yang lain pula.Chaiyoookkk!!
  • Pelbagaikan Makanan: Pastikan jenis makanan yang diberi adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini penting untuk anda ambil peduli kerana ia bakal membantu anda mengelakkan si anak merasa bosan menjamah jenis makanan yang hampir sama setiap hari.
  • Hidangan Menarik: tarik perhatian anak anda dengan menyediakan hidangan makanan yang menarik.Berdasarkan kajian psikologi,kanak-kanak mudah untuk menerima sesuatu perkara baru dalam kehidupannya apabila dia ditawarkan dengan sesuatu yang dapat menarik perhatiannya.Oleh yang demikian,anda boleh mencuba pelbagai dekorasi menarik bagi menari minat si anak.Selepas usia setahun,pengambilan makanan seharian anak mula berkurangan.Jangan khuatir dia kurang makan selagi mana dia sihat dan ceria.
Hope info ni sedikit sebanyak mampu sedikit sebanyak memberi idea kepada ibu bapa bagaimana nak handle kanak-kanak yang menghadapi masalah pemakanan.I know it's difficult, but don't stop trying :)

Untuk memastikan si manja mendapat nutrisi terbaik, boleh cuba set kanak-kanak pintar yang terdiri daripada Mealshake,Omega Guard dan Chewable Vitamin C.


Untuk keterangan lanjut,atau nak place order,boleh hubungi saya Intan Nadia Taib di no 019-7626464.



Saturday 22 March 2014

Set Slimming Power Mek Jah

Alkisah Nana,24 tahun yang baru sahaja menerima tawaran pekerjaan sebagai seorang eksekutif tetap daripada syarikat oil dan gas tersohor di Malaysia.Hurray!!Tak sabar rasanya untuk bekerja di syarikat yang selalu di sebut-sebut oleh ayahnya itu.

" Gi oversea,make sure belajar rajin-rajin...biar boleh kerja dengan PETRONAS.Baru kelasssss!Jadi contoh untuk adik-adik,,,ayah pun boleh eksen dengan kawan-kawan ayah nanti,hehe..." kata ayahnya yang teruja.

Nana zaman belajar..slim melim,hihi!

2 minggu pertama Nana berada di berada di program induksi PETRONAS, Nana cukup gembira kerana dapat berkenalan dengan teman-teman baru dan dapat tido plus makan sedap-sedap di PERMATA, sebuah pusat latihan eksklusif di bawah kendalian PETRONAS.Suatu hari,Nana cuba menimbang berat badannya di gym PERMATA.Alamakkkk, dah naik 5 kg kauuu...

Pekerjaan Nana menuntut beliau untuk sering menghadiri event dan bertemu dengan klien.Sooo,makan dan makan lagi,haha...nyum nyum..and it's free sebab semuanya company yang tanggung.End up,berat naik 7kg lagi..Wowwwiee...

Nana berasa pusing,baru kerja 2,3 bulan,berat dah naik 10 kg..ishk ishk...tunang dan famili Nana dah komplen kata Nana makin 'sihat', dalam bahasa kasarnya gemuklah...huhu,sungguh sedih lagi menyedihkan..camne niii??Hati Yana berbisik.

Sedang bergolek-golek di atas katil sambil melayan FB,Nana terjumpa sebuag iklan FBAds Set Slimming Power Mek Jah.Dipendekkan cerita,Nana terus menelefon Mek Jah.

Nana: Mek..saya ada masalah...huuuu..
Mek Jah : Mek tahu,usah diceritakan lagi...spare tyre dan lemak-lemak badan kamu tu ye?

Nana: Wow,camne Mek tau ni?Kagum gileeerrr!
Mek Jah: Dah yang tu hot selling yang  Mek jual la ni..tak sia-sia Mek ajak si Aisyah Selero dan Boboiboi masuk iklan dalam Youtube.Berdesutttt orang masuk beli ok?

Nana: Seriusss?Ok,Mek...saya tak sabar dah nak kurus ni..bring it on!!!
Mek Jah: Alrite nak....hang kalo nak bakar lemak...tak perlu susah2 cenggini.


Nana: ohooo,saya tak seextreme/serajin camni Mek..no worries..
Mek Jah:Good2..Konsep yang Mek amalkan mudah saja..Bakar,Buang,& Bina.Kita bakor lemak dengan Omega/Lecithin,Buang Toksin dengan Herblax/Alfafa dan bina otot dengan Cinch/ESP.

Kalau nak kurus dengan Mek ni, penurunan berat badan yang mendadak bukan cara Mek,sebab Mek tak mboh la ada kesan Yo-Yo Effect pada klien.

Nana: Kemende Yo-Yo Effect tu Mek?
Mek Jah : Yo-yo Efek ni jadi bila kita diet,berat badan turun naik,turun naik..ala-ala mainan yoyo tu....Nape?Sebab kita berdiet secara ekstrim/melampau.

Bila kita diet secara ekstrim, memang kita akan lose lemak,tapi kita akan lose muscle too.Up to one point, badan kita bagi isyarat 'starvation response' yang menyebabkan kita lapar, dan makan lebih daripada yang sepatutnya.So,berat badan naik secara cepat dan yang bertambah hanyalah lemak-lemak instead of otot.Kalau makan cam sebelum berdiet/regular sekalipun,badan kita dah kekurangan otot,jadi metabolisme badan makin kurang menyebabkan pembakaran kalori pun berkurangan juga.End up kalori masuk dalam badan lebih besar berbanding kalori yang dikeluarkan daripada badan.

So frustlah orang yang berdiet ni...bila frust dan putus harapan, makan lagi...tulah kes badan macam di pam-pam tu,huhu...

Nana : Ohooo...camtu ke?Habis camne cara yang bagus untuk berdiet Mek?
Mek Jah : Ko kena ubah mindset, turun berat badan dengan banyak dalam masa sebulan,tak semestinya sebuah diet yang berjaya untuk jangkamasa yang panjang..Diet yang berjaya ialah Nana still makan macam biasa,cuma ubah gaya hidup dengan cara lebih sihat.eg:tukar size portion,kawal kalori pemakanan,senaman yang teratur,rehat cukup etc.It needs patience and discipline. Slowly but surely inshaAllah...

Kalau diet cara Mek, kita akan cuba bina otot,dan kurangkan lemak pada masa yang sama. Bila lagi banyak otot dalam badan,lagi tinggi metabolisme badan which lead to lagi banyak kalori yang boleh dibakar. Jadi,jangan pelik kalau berat nampak macam tak turun,tapi dah boleh pakai baju dan seluar tang zaman anak dara. Sebab otot ni lagi kecik dari lemak, but beratnya sama sahaja.



Kesimpulannya, BMI yang kita dok buat tu can be misleading.Sebab orang yang banyak otot macam ahli-ahli bina sukan dan bina badan boleh tergolong dalam kumpulan obese walaupun memiliki sedikit lemak apabila menggunakan formula BMI tu..

Betoi x?

Nana: Haahla, Mek Jah..tak pernah plak Nana pk sampai ke situ...tq sangat Mek Jah cerita ceriti ni semua..

Mek Jah: Haaa...dah berbuih-buih Mek Jah explain ni, Nana nak amik x produk dengan Mek ni?Hihi..
Nana: Naaaakkkkkk2,jangan lupa advise saya cara pengambilannya gak ye?

Mek Jah: Bereh guuuuuu!

PS: rekaan semata-mata except info tentang Set Slimming Power Mek Jah,yang sebenarnya berkenaan Set Slimming Shaklee.Hubungi saya Intan Nadia Taib di Facebook atau 019 7626464 jika berminat k,hihi..


Friday 7 March 2014

Ada Apa Dengan Degree?

Try godek-godek blog lama...terjumpa satu entri picisan ni..hihi.

Berkenaan tentang nilai segulung ijazah yang diperolehi oleh seorang pelajar.Saya bukanlah seorang yang rajin sangat belajar, tapi itu tidak bermaksud saya memandang serong terhadap kepentingan segulung ijazah kepada seseorang individu.

Sebagai contoh:

Dalam resume,kalau nak cari staff sekalipun, majikan sudah pasti akan cenderung untuk memilih graduan yang berkemampuan dan berdaya saing dalam bidang akademik dan ko-kurrikular.Sama juga kalau nak cari pelajar intern.

Pernah sekali kami mendapat resume sebuah Degree yang 'pelik-pelik',terus turn off sat..tak sangka ada such degree in Malaysia..hihi.(tak boleh cakap degree in what and which university it is,nanti kesooott ati).

Meaning degree has its own value,whether we like it or not. Tapi,kalau nak berjaya dalam hidup (which is subjective), it doesn't necessarily needs a degree.Oh, of course,it requires countless effort!

Anyhow,jemput baca entri hingusan ni..hihi..
************************************
Keputusan Degree
Alhamdulillah,saya sudah menerima keputusan keseluruhan bagi BA in Management Studies.Keputusan yang biasa-biasa sahaja namun lafaz syukur tidak harus ditinggalkan.Sejujurnya,semasa dalam perjalanan ke kampus untuk melihat keputusan sijil ijazah di papan kenyataan,saya langsung tidak merasa cuak atau takut.Dalam bahasa yang lebih mudah, ‘tak ada perasaan’.Berlainan sekali dengan rakan saya yang mengomel di sepanjang perjalanan kami-mahu terjun bangunan,mahu terjun ke dalam kolam jubilee campus dan lain-lain.Semuanya gara-gara keputusan sebuah degree.Bisa membuat manusia mahu 'bunuh diri'..tsk!
Ada Apa Dengan Sebuah Degree?
“What’s the point of studying hard?As long as you pass or get decent marks,you will till be employed by your sponsor.” beritahu seorang teman,yang dulu sangat terkenal dengan dedikasinya terhadap pembelajaran di kelas.
Jangan terkejut.
Ini adalah antara kata-kata yang diluahkan oleh pelajar-pelajar bijak pandai di overseas.Saya tahu ramai di kalangan rakyat Malaysia khasnya adik-adik di sekolah menyanjung pelajar luar negara dan menjadikan kami sebagai idola,kami juga manusia biasa,ada kelebihan tersendiri dan kelemahan yang cuba dilindungi daripada pandangan umum.Jujur saya katakan bahawa ada sahaja dikalangan pelajar yang menuntut di luar negara ini tidak menggunakan potensi dan peluang yang dimiliki sebaik-baiknya (mungkin termasuk saya). Lebih malang lagi,jika ada dikalangan pelajar luar Negara yang kembali ke Malaysia bukan sebagai pembela tanahair sebaliknya meruncingkan lagi kegawatan moral di sana.Namun,untuk bersikap lebih adil,jangan dipandang serong kepada semua pelajar lepasan luar negara,sekalipun result mereka hanya cukup makan.They might become a respectful person (or richer,hihi) than we do once they have realised their capabilities; and work in the best system or working environment that fit them the most. 
Ada teman-teman saya yang lain pula berpendapat,sijil degree hanyalah sekeping kertas.Tidak perlu dibangga-banggakan kerana yang penting ialah kebolehan melakukan sesuatu pekerjaan bila di alam pekerjaan kelak.Ramai graduan yang bijak pandai berjaya dilahirkan,namun bukan pekerja atau petugas yang berkebolehan.Jika graduan ini diminta untuk menjadi ketua atau diberi sebarang tugasan,ramai yang gagal untuk melakukannya dengan baik kerana kekurangan soft skills yang diperlukan.Kesimpulannya,tak perlulah kami belajar rajin-rajin sepertimana ketika membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM atau A-Levels satu ketika dahulu.
I partly agree,memang ada yang graduan sebegini,bukan semua.Bahkan,isu ini ada dimana-mana;bukan sahaja di luar negara. Namun,apa yang paling saya tidak setuju ialah apabila alasan-alasan sebegini seolah-olah sengaja dicipta bagi menyedapkan hati masing-masing setelah mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberansangkan.Lalu usaha dan fokus yang diberikan tidak mencapai level yang sewajarnya.Mungkin alasan tersebut membantu anda merasa lebih tenang,namun untuk jangka masa panjang,saya tak fikir hidup dengan 'alasan' akan membawa anda maju ke hadapan dan cemerlang sebagai individu muslim.
Bukankah kita sebagai umat Islam dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan?Namun mengapa kita memilih untuk mengalah sebelum masuk ke medan tempur dan berusaha sehabis baik?Kenapa kita tidak kejar kesemuanya sekaligus-cemerlang akademik,ko-kurikulum,serta sahsiah dan akhlak terpuji?Sangat merugikan jika kebolehan ‘cream of the cream’ yang menjadi harapan rakyat tidak diasah sebaiknya semasa di peringkat universiti.
Kenapa Perlu Cemerlang?
Kita perlu cemerlang kerana kecemerlangan dalam sesuatu bidang mampu menyuntik semangat dan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.Dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan/degree juga,inshaAllah,anda juga telah memberi inspirasi kepada rakan sekeliling secara tidak langsung serta menggalakkan pertandingan yang sihat dalam arena akademik.Apatah lagi jika anda turut tidak ketinggalan untuk aktif dalam lapangan lain seperti bidang kepimpinan,sukan,seni lakonan etc.Pasti ada yang terfikir dan mahu berusaha untuk menjadi sehebat anda.Qudwah hasanah yang ditonjolkan mungkin bakal menjadi titik tolak kepada permulaan hidayah kepada sahabat kita yang lain.Buat pelajar muslim khususnya,keputusan peperiksaan kita might be associated with our religion,Islam.Kita akan senantiasa menjadi duta kepada Islam walau dimana sahaja kita berada.Janganlah kerana dek kelemahan kita,nama baik agama turut tercalar sama.
Dengan memperolahi result yang baik juga,anda bukan sahaja menggembirakan hati diri sendiri,malah anda juga menggembirakan kedua ibu bapa,keluarga dan guru-guru yang mendoakan kejayaan akademik anda tanpa henti.Sponsor pun happy,hehe...(don't start dreaming for extra allowance :P).Again,sijil degree itu bukanlah sekeping kertas keras cantik semata-mata.Sijil tersebut bakal melakar riak wajah mereka yang dekat dengan kita.Making people smile and happy is a charity indeed.
adik Nik Nur Madihah,pelajar terbaik SPM 2008. 
No doubt,keputusan peperiksaan yang baik memberi markah tambahan kepada anda dalam memohon pekerjaan yang diidamkan.Malah,berbekalkan ijazah yang sedia ada,anda telah memiliki sedikit sebanyak kuasa untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling,lebih-lebih lagi bagi pelajar lepasan luar negara.Saya percaya bahawa kelebihan ini adalah amanah Allah,maka gunakanlah ia sebaik-baiknya.Dunia akhir zaman ini amat memerlukan individu-individu yang berkualiti dan berhemah tinggi untuk memimpin masyarakat kepada perubahan yang lebih baik.
Namun sebelum melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam bidang yang diceburi,ada baiknya jika kita merenung kembali niat asal menuntut ilmu selama ini.Make sure we are always on the right track:
Niat Belajar (antara reminder daripada Ustaz Kadir Al-Joofre) 
Berapa ramai dikalangan kita yang belajar bersungguh-sungguh supaya mudah mendapat pekerjaan dan senang mengumpulkan harta dunia dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan dia lebih hebat,lebih pandai atau lebih alim daripada orang lain?
Berapa ramai yang belajar kerana mahukan dirinya dipuji dan dihormati?
Berapa ramai pula yang menuntut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan agama Islam?
Apa-apapun,usahalah dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan,sama ada anda suka ataupun tidak.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,our core business is study.Soal hasilnya biarlah Allah SWT sahaja yang tentukan.Dengan ini barulah dapat kita tahu tahap kemampuan sebenar yang dimiliki dan inshaAllah merasa lebih puas dengan hidup yang singkat ini.At least,we know we have tried our best. 
Kalau kalian mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan,lafazkanlah zikir memuji nama-namaNya…Sesungguhnya,setiap rezeki itu datangnya dari Allah.Ia tidak mungkin berlaku jika bukan kerana rahmat dan belas kasihanNya.Namun,jika keputusan yang diterima itu kurang memberansangkan mengikut pandangan umum,ketahuilah iaNya adalah kehendak Allah dan semoga kehendak Allah ini merupakan takdir yang terbaik dikurniakanNya kepadamu..
Kesimpulan 
Pada hemat saya,proses untuk mendapatkan degree merupakan fasa penting dalam kehidupan.Benar,life is not only about studying,tetapi janganlah memandang sijil degree hanya dengan sebelah mata sahaja.Menganggap ia sebagai suatu yang remeh lalu tidak berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana yang dituntut agama.Lihatlah ia dengan mata hati dan akal yang kurniaan Allah SWT.Dengan itu,anda tahu apakah kalian belajar kerana mahu mendapatkan kejayaan di dunia sahaja atau berusaha mendapatkan degree bagi mendapatkan keredhaanNya.Moga-moga anda sedar bahawa setiap detik yang berlalu itu ada nilai dan harganya;termasuklah masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan pengiktirafan ijazah di universiti.Tarbiah dari Allah tidak pernah berhenti. 
Besides,what you see determines what you get.
Allah knows best.

Tuesday 4 March 2014

Shaklee vs Herbalife

Boringkan,asyik kena jadi bahan buli orang?Just because our size is 'slightly' bigger,ramai yang underestimate  kebolehan kita =(

Nak Kurus dan Slim??

Tentu boleh bebbbb...

Tips dia senang je sebenarnya...you have to monitor your calory intake.Make sure that calory intake kita lagi kurang daripada metabolisme badan.Untuk ini,saya syorkan anda untuk guna application Myfitnesspal.Ramai juga yang dah berjaya dengan cara ini sebab nombor-nombor kalori tu agak menakutkan jugakla..heehee...Yang paling best,it's Free of Charge!!

Tapi,tak dinafikan juga ada di antara kita yang perlukan bantuan..Berlambak produk kelansingan di pasaran sekarang, termasuklah Herbalife,Shaklee,Jusmate,Advance Slim,Hi Goat etc.Tapi yang ramai orang dok curious is perbezaan antara Herbalife dan Shaklee.

To be frankly speaking,saya TAK TAHU,haha...Saya tak suka buat-buat tahu,sedangkan saya sendiri tak cukup ilmu.Tapi entah kenapa harini rasa datang wahyu, rajin sket nak menggoogle pasal ni,so ini adalah apa yang saya jumpa.Credit to Puan Aishah,who has consumed both Shaklee and Herbalife.Check it outtt!

 *********************************************************************************

 OK hari ini saya nak buat sedikit perbandingan pengurusan berat badan dua jenis produk yang semakin popular dan 'logik' pada pendapat saya la. walaupun sebenarnya anda boleh slimming secara semulajadi dengan mengamalkan kalori defisit serta bersenam, tetapi realitinya kebanyakan orang menjalani gaya hidup yang tidak kondusif seperti kekangan masa dsb. dan juga tak cukup kekentalan hati. Maka sedikit 'bantuan' diperlukan dalam proses nak kurus secara sihat, iaitu supplement dari Shaklee ATAU pengganti makanan dari Herbalife.


Saya pernah mengamalkan Herbalife jadi saya amat faham logik di sebaliknya. Saya tak berjaya mengurangkan berat sangat kerana sifat saya yang gemar makanan. Herbalife menawarkan pengganti makanan dengan Formula 1, Formula 3 yang tinggi protein serta teamix yang membantu metabolism. Herbalife mencadangkan penggantian dua hidangan harian dengan pengambilan formulanya yang tinggi protein dan rendah kalori. Bila anda dapat mengawal keinginan terhadap snek2 manis serta pengambilan karbohidrat lainnya, maka mungkin akan dpt mengurangkan berat dengan jayanya.

Shaklee pula menawarkan 2 supplemen yang berfungsi untuk detox dan bakar iaitu Herblax/Alfalfa dan juga Lecithin/Omega Guard. Kemudian ada juga produk seakan Formula 1/Formula 3 dari Herbalife iaitu Cinch Shake, dan ESP Soy Isolate Protein dan juga produk seakan Teamix iaitu Cinch Tea.



Apa yg berbeza antara ESP dan F1/F3 adalah kandungan protein dalam ESP ada 50g dalam setiap 100g, manakala F1 ada 35g protein setiap 100g, manakala F3 pula 83g setiap 100g. ESP bukan produk pengurusan berat badan yang disyorkan Shaklee akan tetapi Cinch Shake merupakan produk yang dicipta untuk tujuan itu. Apa yg berbeza dengan Herbalife, Cinch Shake diformulakan dengan LEUCINE, yang berupaya mengekalkan otot semasa penurunan berat badan.





LEUCINE adalah protein penting yang sering digunakan oleh atlit. Ia berfungsi :

  • memberi rasa kenyang lebih lama
  • beri signal kepada tubuh untuk mengekalkan otot disamping menambahnya
  • menyokong penambahan kadar metabolic akibat daripada pengekalan otot.


Jadi pengambilan Cinch akan mempercepatkan proses penurunan berat dengan fungsi formula LEUCINE yang wujud di dalam Cinch Shake.


Set slimming Shaklee yang juga datang dengan fungsi detox, dan pelarutan lemak juga membantu banyak dalam memberi keberkesanan yang lebih kepada program diet anda.

Apa pun dalam apa jua program diet Herbalife ke Shaklee ke, jika anda tak kawal pemakanan dan melantak juga macam biasa, memang agak sukar nak nampak kesan cepat. Susah juga jika Lecithin tu dijadikan passport untuk melantak dengan lebih banyak..susah nak kata..huhu

*********************************************************************************


So, sorilah...buat masa ni satu artikel ni je yang saya jumpa so far...al maklum ibu yang bekerja,tak sempat nak google lama-lama,dok selalu berebut komputer ni dengan anak dan suami . Ni pun stay up tengah-tengah malam ,tunggu suami dan kanak-kanak riang tidur dulu,baru boleh guna komputer ni secara bermaharajalela,hohoho..

Secara kesimpulannya, both Shaklee dan Herbalife ni sama-sama produk makanan kesihatan, dan membekalkan nutrisi semasa berdiet.Both produk yang bagus...jadi toksah la gaduh-gaduh naa produk mana yang lagi power..Haha..tak matang okeh?

My advice is to those yang dah beli produk kesihatan ni, please make sure tanya distributor the correct way of consuming the product.Tak adalah korang terkapai-kapai figure out sendiri macam mana cara makan benda-benda ni kan?To distributor pula, please prepare jadual untuk your customer and do some follow up sket...kasik motivasi,tazkirah,tips etc.Provide your best service to others.Ok,peringatan untuk diri saya jugalah..hehe..

So, sape-sape nak cari Shaklee distributor yang baik hati lagi penyayang,PM saya atau whatsapp 019-7626464 (teeeeeheeee!).Kalau nak beli produk herbalife, boleh cari pengedar Herbalife yang tinggal berdekatan dengan anda.

Anyway, kalau ada orang Herbalife yang baca artikel ni,sudi-sudilah kongsi input tentang produk anda especially kalau anda pernah makan Shaklee juga.Let's make this a platform to share our knowledge on the products  :)


Tenkiu~