Like Us On FB!

Sunday, 30 November 2014

Perkongsian Bersama Brother Lim Jooi Soon

Assalamualaikum,

Baru-baru ini ofis Intan telah menganjurkan sebuah perkongsian bersama seorang penceramah/pendakwah yang pretty much terkenal di Malaysia khususnya dalam ilmu perbandingan agama.Tetamu jemputan yang dimaksudkan ialah Brother Lim Jooi Soon.Seingat Intan,dulu Intan pernah pi rumah dia,join event student KMB menuntut ilmu dengan beberapa ilmuan terkenal di Malaysia termasuklah Dr Maza. Al maklum,nak berubah dan bertaubat daripada jadi budak nakal...hihi..So,alhamdulillah diberi peluang untuk mendengar peringatan Allah SWT..Rindu okayyy nak dengar benda2 cenggini...Hati tengah gersang katakan,,huhu...

Antara perkara yang dibincangkan ialah:

Realiti dakwah di Malaysia.

Dakwah adalahh sunnah. Inviting people to Islam is sunnah. Tapi sunnah tersebut nyata sama sekali ditinggalkan zaman kini.

If people ask you about Islam,would you be able to answer them confidently?Would you be able to handle them?

Kalau diberi seorang non Muslim kepada kita.Boleh tak kita nak kita yakinkan mereka dengan agama Islam?

Masa di universiti Nottingham Msia, Intan pernah ditanya tentang  Islam,tapi instead ku cerita pasal ibadat orang Islam. Soooooo tak kena kan? Sebab kita tak pandai..Kita jahil dan tak pi belajar dengan orang yang pakar.Huhu..

Tapi kat Nottingham Msia nilah titik permulaan Intan untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Terutamanya tentang poligami,muahaha...dulu ku anti,tapi setelah difahamkan oleh seorang brother daripada Nigeria,ku lebih terbuka dan memahami,Sampai sekarang kot ku kenang jasa dia..hihi!So,jangan pelik kalau Intan macam cool2 je kalau tau orang berpoligami =)


Semasa perkongsian tersebut, Intan pun ada melontarkan beberapa soalan juga. 
  1. How to convince an atheist that God exist?
  2. What is Islam perspective towards dinosour? - x boleh blah kan? :P
Berkenaan soalan pertama, beliau menyentuh tentang teori expanding universe dan kajian Stephen Hawkings mengenai ini.Yang ni memang kena membacala adik kakak wehhh...Nak tahu lebih lanjut,sila baca ni...THE BEGINNING OF TIME

Kalau rasa tak berapa rajin sangat nak membaca (kiki), buleh tengok video kat bawah ni je.Short and sweet,dapatla brief idea about this theory.



2nd tu,senang sahaja jawapannya...Quran dan hadis tak pernah sebut tentang dinasour.Kalau ada,Islam tak ada masalah dengannya.Kalau tak wujud,Islam has no objection either.Tiada bangkangan.

Seronok sebenarnya belajar pasal perbandingan agama. Macam journey to understand ourselves and our religion.Kalau uolssss kawin dengan non Muslim,lagi penting untuk faham asas-asas akidah ini Tahu tak,sebenarnya kita sangat bertuah dilahirkan sebagai umat Islam.Tapi jarang sekali kita mensyukuri nikmat ini kan?Apatah lagi nak berkongsi nikmat ini bersama rakan-rakan lain yang masih belum mengenali Islam.

Ikutkan hati memang nak pergi berguru dengan diorang-diorang ni, bila dah kawin,bekerja dan berkeluarga ni macam-macamlah constrainnya.Niat dah ada,permission pun dah dapat. Ada rezeki kang,inshaAllah nampakla muka Intan kat kelas-kelas diorang kang.

So,jom tuntut ilmu dan hidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW ini.

Till then,cherioss!






0 Comments:

Post a Comment